9 Nov 2009

Era Najib Altantuya : 1PAS, Kelmarin Pandai, Esok Tengin ...

Teman petik beberapa tulisan dalam pelbagai blog ...

Kata-kata AJK PAS Pusat,Ustaz? Abu Bakar Chik di mesyuarat yang turut dihadiri oleh TGNA.

1. Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan
2. Kalo boleh MBpun rakyat tok seimu sekarang ni
3. Menteri Besar, banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berenti

Kata-kata AJK PAS Pusat, Ustaz? Abu Bakar Chik ditujukan kepada Dr. Aziz Bari dalam Seminar Khas.

1. Kenapa secara jelas jadi agen Barat, apabila paksa kita ikut system dua parti? Kalau tidak agen Baratpun, agen nafsu dia. Turun, jadi orang politik

Ulasan teman : Takde teman sior berketuakan ustaz ABC. Pemikiranya masih primitif. Di Perakpun ada sorang macam ni .. si Taliban tu

Kata-kata Presiden PAS semasa penggulungan Seminar Khas

1. Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah. Saya tidak akan membuang baju amanah ini.
2. Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita berjiwa besar dalam menghadapi masalah. Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama. Kita pemain profesional, bukannya pemain kampung.

Ulasan teman : Hilang hormat teman pada tuan presiden. Pemikiran tuan masih dalam lingkungan feudal. Pepandai pulak kata professional. Dalam bola, kalo pemain, kapten atau pengurus bermasalah, lama udah dikeluarkan. Tak payah tunggu perlawanan abih. Ituler lain kali, main bola bagi gheti. Tak sesuai langsung PAS diibaratkan dengan bola .. Memang bola. Lantun sana, sepak sini ..

Dan lima resolusi hasil Seminar Khas

1. PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

2. PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi PRU 13 secara lebih proaktif

3. PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di setiap Kawasan PAS

4. PAS akan memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh Negara

5. PAS akan berusaha merealisasikan pelan tindakan dalam kempen nasional supaya menepati tema “PAS UNTUK SEMUA”

Ulasan teman : Kalo takat tulih ataih kertas tapi lambat buat, baik tak payah tulih. Getik teman kalo ungkapan PAS masih digunapakai dalam menghadapi UMNO. Tak bolehker tukor kepada Kelab Penyokong PR? Tak bolehker tukor kepada PR Untuk Semua? Memang PAS tak mahu berubah. Kalo berubahpun, masih dalam mangkuk primitif dan feudal.

Tengin .. -dango mamamat

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kelantan jemu dengan PAS. Umno bakal merampas Kelantan. More... http://margeemar.blogspot.com