
2. Ada yang mengatakan para sahabat memang membelakangkan Syaidina Ali yang sibuk mengurus jenazah Nabi. Ada riwayat menyebut, Syaidina Ali patut jadi khalifah kalau beliau hadir dalam mesyuarat itu. Kalau..
3. Bagi orang yang mahu menerima Abu Bakar sebagai khalifah, mereka terus memberikan ketaatan kepadanya. Sebaliknya mereka yang enggan, sering mengulangi cerita apa yang berlaku di Balai Saqifah.
4. Keadaan inilah yang berlaku dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya. Tak kira apa jenis mesyuarat atau apa pertemuan. Keputusan mesyuarat atau pertemuan, ramai tak ambil kisah. Yang dikisahkan ialah cerita dalam mesyuarat atau pertemuan. Memanglah dalam mesyuarat, kita berdebat, bertengkar, berhujah dan kadangkala sampai tumbuk meja untuk menguatkan pendapat. Memang ada jenis yang datang mesyuarat bawa telinga tapi apabila balik mulut pula sibuk pet pot pet pot.....
5. Orang Melayu (UMNO ke, PAS ke, PKR ke....) memang tidak mahu bergaduh depan-depan terutama dalam mesyuarat. Nanti dipanggil orang tak beradab. Orang Melayu dulu-dulu, kalau dengki, marah, tak reti nak bantah...... mereka main hantu (macam Sultan Abdullah nak bunuh J.W.W Birch) ataupun main santau..... sekarang depa main internet.....sejenis makhluk halus jugalah. Banyak yang halimunan. Anonymous.
6. Sebab itulah, sesetengah orang Melayu memang kelihatan sopan santun walaupun dalam hati penuh rasa dengki yang meruap-ruap. -muhaiminsulam
3 ulasan:
Salam...
boleh kluar kan artikel ayat al-quran...hadis apa2 berkaitan dgn perkara di atas x...
Dosa besar cerita benda buruk pasal para sahabat...
untuk komfermasi je...
jangan salah faham
Ada di kalangan malaikat, ada juga dikalangan iblis, semoga di kalangan malaikat.. amin.
Bercakap biar beradap , Orang melayu lah bangsa yang paling beradap sebelum terhakisnya oleh angkara umno.Mana ada bangsa di dunia yang boleh berkongsi 1Malaysia dengan bangsa lain. Jadi jangan jadi egen halus pihak yang ingin menanamkan pepecahan dikalangan orang melayu cukuplah. Tuan penulis sebagai orang terpelajar yang masih lagi belajar cubalah menyatukan orang -orang melayu. Jangan nak menghina bangsa sendiri sahaja. Tiada bangsa didunia ini yang hari-hari kutuk bangsanya sendiri.Cubalah bangunkan bangsamu .
Catat Ulasan