5 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Undi Pos Dari 5 Hari Jadi 2 Hari?

PAS melahirkan kebimbangan terhadap proses pengundian pos yang dijalankan pada 8 dan 9 Oktober lebih-lebih lagi selepas pengundian selesai kerana baki kertas-kertas undi yang tidak digunakan oleh pengundi tidak turun mengundi boleh dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengundian Pos PAS Pusat bagi Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Suhaizan Kaiat berkata pada kebiasaan pengundian
pos yang dijalankan sebelum ini lebihan kertas-kertas undi yang tidak diguna akan dihantar semula kepada ketua-ketua kem tentera berkenaan.

"Kebimbangan kita adalah bila pengundi yang tidak keluar mengundi, kertas undi mereka akan diserahkan kepada ketua-ketua kem masing-masing dan ia boleh dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui Harakah semasa hari penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson baru-baru ini.

Ujarnya, Ketua kem tentera sepatutnya berhubung dengan pengundi yang tidak turun mengundi dengan memposkan kertas-kertas undi yang tidak digunakan.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kebimbangan terdapat risiko semasa proses menghantar kertas-kertas undi pos disebabkan tiada pantauan daripada agen-agen calon.

Suhaizan berkata hal demikian telah dibangkitkan ketika pertemuan yang dibuat bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof baru-baru ini.

Beliau turut mengetengahkan mengenai isu tempoh pengundian yang dipendekkan kepada dua hari sahaja berbanding lima hari pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu.

"Semasa PRU 12 lalu kira-kira lima hari diperuntukkan untuk proses pembuangan undi pos dijalankan tetapi kenapa kali ini hanya dua hari sahaja?

"Ia menjadi tanda tanya dan menimbulkan keraguan kepada kita, Pakatan Rakyat apatah lagi tempoh yang singkat boleh menyebabkan ramai yang tidak
sempat mengundi sekaligus memberi peluang kepada insiden yang tidak diingini berlaku," tegasnya.

Sementara itu, beliau turut menjawab mengenai kewajipan mengundi yang dikenakan ke atas kesemua anggota tentera.

"Saya hairan kenapa tentera tidak boleh mengeluarkan arahan atau semboyan bagi mewajibkan kesemua tentera keluar mengundi.

"Walau bagaimanapun saya berasakan adalah tidak sewajarnya pihak penjawat awam yakni tentera mengarahkan anggota bawahan untuk menyokong mana-mana pihak termasuk menggunakan teknik ugutan yang boleh menyebabkan pengundi berasa takut dan berasa tidak bebas untuk memilih" demikian ujarnya.

Berdasarkan analisis daftar pemilih yang dibuat di Bagan Pinang terdapat sekurang-kurangnya 15 pusat berdaftar pengundi pos. Berikut adalah realiti
jumlah pengundi pos yang berjaya dikesan mengikut pusatnya:

PUSAT PEMILIH POS BERDAFTAR & JUMLAH

1. BALAI POLIS TELOK KEMANG =28

2. IJED KEM KG SAWAH =847

3. IJED KEM SI RUSA =55

4. ILMI PORT DICKSON =103

5. IPDA PORT DICKSON =407

6. KAD KEM SUNGGALA* =1,130

7. KOMPENI KPD KEM SI RUSA =265

8. MARKAS STAF GARISON =1

9. MARKAS STAF STESEN PORT DICKSON =98

10. PLATUN SERBA BHG. 1 KOMPENI ANGKUT =2

11. PONDOK POLIS BATU =2

12. PUSASDA KEM SI RUSA* =1,903

13. SEK. PENG. TENTERA DARAT PORT DICKSON=57

14. SEKOLAH PERTUKANGAN PERINTIS =105

15. WORKSHOP BRIGED KEM KG SAWAH =165

JUMLAH PEMILIH POS BERDAFTAR DI PUSAT =5,168

(bertanda bintang* pula terdapat kira-kira 500 tentera keturunan Sabah dan

Sarawak)

Tiada ulasan: