5 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Aksi AMT UMNO Yang Terlampau

Setelah terdedah bahawa beliau melakukan pembohongan dan pendustaan kerana kononnya dipukul dan ditumbuk oleh sembilan orang ahli PAS, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tiba-tiba muncul dengan gambarnya memakai pelindung tengkuk dan terlantar di HKL.

Beliau telah menuduh bahawa yang menyerangnya ialah ahli PAS berdasarkan baju PAS yang dipakai oleh "penyerang" berkenaan. Polis sebelum ini tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut kerana tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan.

Isu berkenaan terus dijadikan modal politik pihak media massa UMNO serta para pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang sgala kebebalannya cuba membebalkan rakyat 1Malaysia kononnya PAS bertindak ganas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS telah menolak dakwaan tersebut kerana beliau berkata sesiapa pun boleh menyamar dengan menggunakan baju PAS yang boleh dibeli di mana-mana.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyatakan bahawa Azeez nyata pembohong kerana tiada kecederaan yang dialami oleh Azeez. Beliau juga pernah melakukan perkara yang serupa di Kuala Terengganu sewaktu pilihanraya kecil P059 Kuala Terengganu dimana Azeez mendakwa dirinya dipukul oleh Ahli PAS.

Sebaik sahaja beliau dituduh berbohong, tiba-tiba muncul Azeez terlantar di hospital dengan memakai pelindung tengkuk..

Seorang blogger menyifatkan Azeez layak menerima gelaran Pelakon Terbaik Malaysia 2009.


Kelakar dan tidak logik. Itu yg boleh disimpulkan dengan kenyataan ketua putera UMNO yang kononnya dipukul oleh penyokong pakatan rakyat. Ader lagi politik kebudak-budakan dalam Malaysia ini? Ternyata ape yang dilakukan nampak sangat tidak logik. Ini adalah kerana "kecederaan" yang ditunjukkan kpd pengampu media BN hanya kecil ajer. Tidak kot patah dan luka. Hanya lebam sahaja kot. Itu bolehlah diterima akal lg. Tp media pengampu BN hari ini menyiarkan keadaan Ketua Putera UMNO tersebut yg telah memakai pelindung tengkuk. "Kecederaan" yang dialami kecil tak payah berlakon sampai pakai pelindung tengkuk itu. Dalam Buletin Utama TV3 disiarkan Abdul Aziz terbaring di hospital dalam keadaan cukup lemah dan tak bermaya. Ehhh... rupa-rupanya Abdul Azeez mengalami kecederaan serius selepas 24 jam... Mungkin orang yang memukul Abdul Azeez ilmunya hanya mujarab selepas sehari! Hebat betul lakonan! Kalau tak silap saya masa pilihanraya kecil di Terangganu Abdul Azeez turut mengemukakan dakwaan yang sama seperti di Bagan Pinang. Bila keluar berita ni sekali lagi muncul di Bagan Pinang saya nasihatkan agar Abdul Azeez lebih layak bertanding jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan akan datang. Lagi satu aper kene mengena "kecederaan yang dialami terus datang penyakit darah tinggi. Tak pelik ka......... Kalo pn org nie kene pukul mmg patut pn sebab si bijak sorang nie tunjuk hero di laluan penyokong Pakatan Rakyat yg memang hangin satu badan bile lihat pemimpin UMNO. Walau apa pun lakonan anda sangat berkesan..Congrats

Lawan Tetap Lawan


Kita berpendapat satu hari Azeez akan menerima hukuman yang dasyat, pasti tengkuknya akan dipatahkan Tuhan kerana itu yang diminta oleh Azeez sendiri!


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gb .. setahu aku korang pakatan ni la pelakon terbaik ... pelakon haram yang terbaik ...

ni kes dia pun ko tak tau dia betul2 ke kena pukul ko dah kata dia tipu.. jadi yang selama ni terjadi pada pemimpin pakatan rakyat pun tipu la?

bila diselarrrrrr 'penipu', korang pakatan marah pulak. Belajarlah terima kenyataan.. hahahaha!

Tanpa Nama berkata...

jom la kita gi ziarahi dia tu kat spital

Tanpa Nama berkata...

tidur malam tu, mimpi BN tumbang dan terkejut hingga jatuh bantal agaknya???