15 Okt 2009

Era Najib Altantuya : SPRM Disyaki Tahu Beng Hock 'Hilang'

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki tahu kehilangan Teoh Beng Hock pada hari kematiannya ekoran kenyataan bercanggah dari pegawai siasatan bertanggungjawab, kata peguam Gobind Singh Deo.

Gobind ketika dihubungi berkata dakwaan Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham di Inkues bahawa pihaknya mencari mangsa selepas diberitahu hilang adalah sesuatu yang amat meragukan.

Jelas beliau, sekiranya Teoh dibenarkan pulang seperti yang didakwa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim semalam, maka tidak ada alasan untuk SPRM meronda mencari mendiang.

Terutamanya apabila beg, kunci kereta dan telefon bimbit mangsa masih dalam milikan SPRM.

“Tidak, ini yang berlaku semalam, mereka kata mereka telah membuat ronda dan dalam pejabat MACC untuk mencari dia, tapi soal yang timbul adalah kalau mereka berpegang kepada pendirian bahawa beliau sudah balik, jadi mengapa hendak meronda sana.

“Ini menunjukkan mereka sendiri syak bahawa beliau tidak tinggal tempat itu, beg masih sana dalam beg ada lagi, mereka pun membuat rondaan dan saya tidak faham ialah kalau seseorang itu tinggal beg, di situ dan sebagainya yang mana saksi itu kata agak luar biasa” katanya.

Hairul dalam akuannya berkata beliau tergamam selepas di maklumkan penemuan mayat Beng Hock di tingkat 5 Plaza Masalam.

“Mereka ada kontek nombor Teo Beng Hock, dalam kenyataan yang mereka telah ambil dan saya merujuk kepada saksi semalam, telefon nombor, pejabat dan sebagainya.

“Jadi kenapa tidak telefon bertanyakan samaada beliau telah balik, kenapa beliau tinggalkan beg itu dan adakah beliau selamat, ini yang menjadikan satu keadaan yang mencurigakan, apa yang perlu dibuat oleh MACC ialah memastikan Teo selamat ekoran tempat yang terakhir adalah di bawah kawalan mereka” katanya.

Kata Gobind, SPRM sepatutnya membuat laporan polis sebaik mengetahui Beng Hock sudah mati tetapi mereka bertindak sebaliknya.

“Itu menjadi misteri, kalau kita melihat kepada fakta yang sedia ada, barang-barang itu masih ada di MACC lagi, kenapa keadaan sebegini.

“Kalau kamu sebenarnya membenarkan seseorang meninggalkan tempat itu, jadi kenapa beliau tidak meninggalkan tempat itu di mana kita semua tahu MACC bukan tempat orang awam, kalau seseorang itu sudah habis kerja di situ, beliau seharusnya ditunjuk pintu keluar dan dibawa keluar kerana dalam MACC ada banyak dokumen-dokumen dan barang kes yang penting untuk siasatan semua kes,” katanya. -TVA



Tiada ulasan: