2 Okt 2009

Era Najib Altantuya : MP Kapar Kesal Hanya Seorang Didakwa Dalm Kes Kugan (updated)

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, menyatakan kekesalan hanya seorang dari 11 anggota polis yang dituduh membunuh mendiang Kugan Ananthan tidak didakwa di mahkamah.

Pemimpin PKR itu berkata adalah tidak munasabah hanya seorang anggota berpangkat rendah diheret ke muka pengadilan walhal 10 lagi dari pelbagai pangkat dikatakan terbabit dalam pembunuhan itu.

"Mengapa seorang sahaja dihadapkan? dan dia seorang India. Perihal dia hanya seorang konstabel? Perihal ada pegawai yang OCPD ada, Chief Inspektor ada. Sebanyak 11 orang ada. Ditukar dari balai ke pejabat, kerja pejabat. Tapi sekarang saya tengok, satu orang sahaja yang didakwa" soalnya.

Manikavasagam menambah kerajaan tidak harus membedakan undang-undang untuk orang-orang kecil dan orang-orang besar termasuk polis. Sekiranya perbicaraan kes bunuh ini didapati tempang, maka rakyat akan melihat pemerintah menghalalkan penderaan dan keganasan polis.

"Ini saya rasa sepatutnya 24 jam mereka melakukan siasatan ke atas Kugan dan sekarang nampak seorang sahaja yang didakwa.Tetapi dalam kes di Batu Cave perhimpunan Hindraf, mereka baling batu tetapi didakwa kes bunuh, peguam negara dakwa kes bunuh tapi di sini seksyen lain pula. Yang ringan. Maksudnya anggota polis boleh bunuh sesiapa sahaja, tapi denda dia RM 10, 000 dia boleh keluar" ujarnya lagi.

Semalam, seorang dari 11 anggota polis yang membunuh mendiang A Kugan diheret ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Konstabel Navindran Vivekanadan dibicarakan untuk dua kesalahan menyebabkan kecederaan semasa memeras pengakuan dari mangsa, 16 Januari lalu.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan kerana memeras mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan mangsa mengalami cedera parah.

Jika disabitkan kesalahan, Navindran menghadapi 10 tahun penjara dan denda bagi Seksyen 331 dan tujuh tahun penjara bagi Seskyen 330. Navindran mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan ikat jamin RM10,000 dan 5 November untuk sebutan kes.

Kugan telah ditahan pihak polis pada 15 Januari lalu kerana dikatakan terlibat dalam kes curi kereta mewah.

Beliau mati setelah lima hari berada dalam tahanan polis dengan keadaan badan cedera parah.

Navindran adalah anggota di Balai Polis Taipan, namun dipindahkan ke Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam selepas kejadian.

Menurut Peguam Negara Abdul Gani Patail, empat dari 92 saksi yang disoalsiasat polis mengenalpasti konstabel itu yang mencederakan Kugan pada waktu-waktu kejadian. Mangsa dikatakan dibelasah dengan hos getah sebelum ditemui mati empat hari kemudian.

Peguam Negara menambah polis terbabit tidak akan didakwa di bawah kesalahan bunuh atas alasan mangsa mati empat hari kemudian selepas dibelasah.

"Double standard. Orang awam satu dakwaan, pegawai polis satu dakwaan. Bagi kita, kita tidak puas hati. Pada hari Selasa ini kita akan hantar 1 memorandum kepada tatatertib Bukit Aman dan juga mendesak Musa Hassan untuk letak jawatan. Dan pada 10/10, kita akan hantar memorandum ke istana, untuk desak dakwa yang 10 orang lagi".



Tiada ulasan: