Setelah dilucutkan keanggotaannya dari Umno, dunia politik Datuk Ibrahim Ali sekaligus dilihat sudahpun menjunam di lembah kehancuran. Tambahan ketika itu, suaranya juga sudahpun tidak diaminkan orang.
Namun demi mempertahankan karier politiknya agar tidak terkubur bersama keaiban beliau tanpa segan silu membuat permohonan kepada PAS untuk bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am pun memberi keizinan kepada Ibrahim. Malangnya selepas menggapai kejayaan, beliau tidak menghargainya lagi.
Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan Ibrahim memohon untuk bertanding atas tiket PAS dari PAS Kelantan.
Beliau menyifatkan Ibrahim tidak ubah seperti pengemis politik yang tidak mengenang budi setelah menang dalam PRU 2008 atas tiket PAS apabila sanggup menghentam PAS dan memuji Umno.
Tindakan Ibrahim itu membayangkan beliau seolah-olah kepingin benar untuk meyakinkan Umno agar menerimanya kembali.
Bagi beliau, PAS tidak melarang Ibrahim menyertai Umno kembali, tetapi tindakannya biarlah profesional bukan seperti kebudak-budakkan.
Tegasnya, Ibrahim mesti ingat bagaimana sifatnya, yang merendahkan dirinya semasa menulis surat kepada PAS memohon untuk menggunakan logo PAS pada pertandingan pilihan raya dulu.
“Dia tidak perlu hentam PAS atau Tok Guru dan puji Umno untuk meyakinkan Umno terimanya semula. Kalau rasa perjuangan dia sama dengan Umno, pergilah,” jelasnya selepas menghadiri majlis hari raya bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB – BRI).
Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin Melayu yang tinggi nilai budinya, Ibrahim sepatutnya tidak mudah melatah menghentam PAS secara terang-terangan.
Sekiranya ada perkara yang tidak dipersetujui ia boleh diselesaikan melalui perbincangan.
Baru-baru ini Nik Aziz mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ibrahim wajar meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan PAS.
Bagaimanapun ketika menjawab desakan Nik Aziz, Ibrahim bertegas tidak akan meletakkan jawatannya kecuali diminta oleh rakyat Pasir Mas. Sebaliknya beliau berkata Nik Aziz yang harus meletakkan jawatannya memandangkan perkhidmatannya sebagai Mentri Besar sudah lama dan faktor kesihatan serta usia yang sudah lanjut.
Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Mohd Suazhar Abdullah, berkata sepatutnya Ahli Parlimen Pasir Mas itu sedar bahawa jawatan yang disandangnya sekarang adalah melalui sokongan penyokong-penyokong PAS.
Katanya, Ibrahim tidak perlu mendabik dada mengakui kemenangannya itu bukan bersandarkan kepada lambang bulan yang ditumpanginya tetapi kerana kekuatan pengaruhnya, sebab umum sudahpun masak dengan sikapnya yang sebelum ini amat popular dengan gelaran pak katak (tidak tetap pendirian).
Suazhar melihat sikap Ibrahim sebagai satu pengkhianatan yang nyata apabila selepas pilihan raya beliau tiba-tiba menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Ini satu pengkhianatan yang jelas. Dia (Ibrahim) tidak akan menang tanpa lambang bulan kalau berpandukan kepada rekodnya sebelum ini,” katanya.
Suazhar memberitahu perangai Ibrahim di kecam hebat oleh pengundi Pasir Mas yang mengundinya dulu seraya beranggap lebih baik Ibrahim meletakkan jawatan dengan berhemah sebelum rakyat menghukumnya pada PRU ke 13 nanti dengan lebih mengaibkan lagi.
Ibrahim sebelum ini pernah digugurkan jawatannya sebagai Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 kemudian digantung keanggotaan (ahli) Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU ke 11 pada Mei 2004.
Beliau juga pernah hilang wang pertaruhan setelah tewas dalam pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005 apabila hanya mendapat 415 undi.
Justeru tidak hairanlah jika mutakhir ini ramai yang mengatakan sikap Ibrahim bagai kacang lupakan kulit, umpama ayam gilakan sangkar, sanggup mencarik adat teratak yang pernah ditumpanginya semata-mata untuk kembali ke sangkar lama yang sebelum ini sudahpun meminggirkannya secara terhina. -MI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan