10 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Ketua Polis NS Perlu Minta Maaf Secara Terbuka - Salehuddin

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Osman Salleh agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung satu kenyataan yang dibuat semalam, menyatakan beliau enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

"Saya minta Ketua Polis Negeri Sembilan agar memohon maaf secara terbuka kerana menyatakan saya tidak mahu hadir memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson," ujarnya pada sidang media harian PAS di Markaz Induk PAS, Port Dickson pagi ini.

Menurutnya, ASP Azman datang ke Markaz Induk PAS untuk memaklumkan beliau perlu hadir ke IPD Port Dickson untuk memberikan kenyataan berhubung beberapa kes keganasan yang terjadi sejak kempen dijalankan.

"Kenapa ketua polis negeri sembilan menyatakan saya tidak mahu datang memberi kenyataan dan bekerjasama dalam membantu kes keganasan dan kekecohan yang berlaku.

"Ini satu fitnah kerana saya telah hadir ke sana, pada jam 6.45 petang semalam bersama peguam saya, Hanipa Maidin," ujarnya.

Tegasnya, beliau tidak bertanggungjawab mengenai kes-kes keganasan yang berlaku.

"Saya telah mendedahkan terdapat lima laporan polis yang dibuat sebelum ini walaupun ada laporan akhbar yang mendakwa hanya wujud satu laporan sahaja.

Sebaliknya, beliau kesal dengan pihak polis yang tidak membuat apa-apa tindakan ke atas pemuda Umno yang mengaku membawa kumpulan komando bagi membantu parti itu.

"Apa yang saya ingin pertikaikan, Kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas kumpulan komando yang dibawa Pemuda Umno pada pilihan raya kali ini?" katanya lagi.

Beliau juga menasihatkan pengundi agar tidak perlu takut untuk keluar mengundi esok dan berani melakukan perubahan dalam memastikan keadaan yang lebih baik.

"Jangan takut untuk keluar mengundi dan yakin untuk membuat perubahan pada pilihan raya kali ini," demikian ujarnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teoh dah beri kenyataan dipejabat SPRM,tapi pergi tak kembali.