23 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Kekalkan Kekalahan BN, TGHA & Geng2 Perlu Berundur

Politik itu persepsi. Kekadang rakyat dikelirukan antara pemikiran politik dan pemikiran parti politik. Bahkan tidak semua pemimpin parti politik memahami maksud politik. Tetapi sejak era reformasi lebih kurang 10 tahun yang lalu, rakyat semakin faham akan peranan parti politik dalam politik Malaysia. BN semakin lemah. Tidak pernah UMNO mengemis melutut sebegitu rupa memohon simpati rakyat. Tidak pernah PAS mengecapi kejayaan yang begitu besar dalam pilihanraya. Tidak pernah terbayang yang PAS dan DAP boleh berkawan melalui orang tengah PKR.

Semuanya ini berlaku dalam tempoh 10 tahun. Rakyat bertambah yakin dengan gandingan yang dinamakan PR. Rakyat dengan tidak berkira sangat tentang latar belakang agama dan bangsa telah bersepakat menyetujui yang DSAI sebagai PM selewat-lewatnya pada PRU 13.

DAP melangkah gagah dengan berjaya menidakkan pengaruh MCA dan Gerakan. PAS juga telah berjaya mentarbiahkan pengikutnya supaya selesa mengundi calon bukan Islam. PKR pula berjaya menambat hati penyokong UMNO dan MIC untuk mengundi PKR, PAS dan DAP. Inilah kejayaan yang tidak boleh dinafikan. Kesannya, UMNO amat gentar untuk menghadapi PRU 13. UMNO mula memperlihatkan bahawa UMNO itu sebuah parti yang mahu memahami citarasa rakyat. UMNO mula melakukan perubahan demi perubahan. Dan yang menarik, pimpinan utama PAS terus menyalak dan menganggap perubahan ini sebagai gimik.

Di ketika UMNO sedang merawat lukanya, PAS mula menunjukkan simpati. Bahkan beberapa pimpinan utama PAS telah berjaya diperangkap oleh UMNO. Rakyat marhaen bertambah hairan apabila pemimpin-pemimpin ini masih terus degil dan sombong tanpa meminta maaf di atas ketelanjuran mereka. Bahkan suara dan pidato mereka semakin berbelit-belit seperti UMNO. Tahniah kepada UMNO kerana dalam sakit masih mampu menghuru-harakan PR melalui PAS.

Saya berpandangan, jikalau Presiden PAS sayangkan masa depan PAS, silalah berundur. Pendekatan politik di Malaysia hari ini tidak sama dengan pendekatan politik 20 tahun yang lalu. Pemimpin politik harus terus segar dan sentiasa bersedia dengan pemikiran yang sesuai mengikut suasana semasa. TGNA di Kelantan walaupun telah lanjut usia, pemikiran dan ketajaman akalnya lebih hebat daripada Tuan Presiden. Tidak malukah Tuan Presiden yang berbadan besar diherdik oleh seorang tua yang bertubuh kecil?

Kami rakyat marhaen mengharapkan PR memerintah Malaysia. Tidak ada gunanya PKR dan DAP kuat jikalau PAS tidak bersama. Bermakna, selagi Presiden PAS terus degil untuk mengungguli kerusi presiden, bukan PAS sahaja yang sakit, tetapi PKR dan DAP juga akan demam menghadapi UMNO.

Janganlah Presiden PAS menjadi seperti Samy Vellu yang mahu mati sebagai Presiden MIC. Jadilah seperti Pak Lah yang berundur sebelum UMNO merempat. Jadilah pesara politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Biarlah PAS disusun semula. Apakah PAS milik ulama? Apakah tokoh-tokoh lain seperti MB Nizar dan Husam Musa tidak boleh memimpin PAS? Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh diharap untuk menjadi Presiden PAS yang baru? Tetapi jikalau Nasharudin Mat Isa dan Nasrudin Tantawi masih mahu bertanding dan menang pula, usahlah diharap lagi yang PR akan memerintah Malaysia pada PRU 13.

Saya bukan ahli PAS yang aktif. Saya bukan perwakilan atau pemegang jawatan dalam PAS. Saya adalah pengundi biasa yang hanya menyumbang satu undi untuk PR. Mungkin satu undi saya ini tidak diperlukan oleh PAS. Maklumlah PAS disokong oleh rakan barunya UMNO! -Dango Mamamat

5 ulasan:

Yong berkata...

Yong rasa nak menangis bila baca tulisan mike. Sangat menyentuh perasaan. Yong sangat sedih kerana nampaknya pemimpin PAS masih tak sedor. Blogger ni deme anggap macam nyamuk je. Boleh sembur dengan DDT. Aduiii. Insafle tuan2 semua. Mike menang sebab pertolongan kawan2 mike PKR dan DAP. Bukan kerana pertolongan ameno. Mike semua skolah agama. Tentu tahu kisah nabi dan rasul2 sebelum Nabi Muhammad (SAW) lagi. Saudara terdekat yang tak nak ikut Islam semua ditinggalkan. Jadi, ngapale nak terjun kapal kita demi nak selamatkan kapal ameno yang nak karam sebab terlampau banyak salahgunakuasa dan rasuah tu?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sahabatku....

Saya rasa biarlah PAS diperintah oleh golongan ulama yang lebih mencerminkan identiti parti Islam Semalaysia seperti berjubah dan berserban. Memang benar pendapat saudara itu, tapi bayangkan jika pucuk pimpinan pas bersikap dan berperwatakkan seperti pemimpin2 parti yang lain, apalah beza Pas dengan parti lain? Jangan arus kemodenan dan perubahan yang kita nak bawa ini akan mengikis imej Islam itu sendiri. Saya juga bukan aktivis mana2 parti tapi saya ahli Pas yang ingin terus melihat pas di tadbir oleh pucuk pimpinan ulama. Biarlah pas terus berjuang menentang kebatilan dengan caranya sendiri, yang penting tanya diri kita sendiri, APAKAH SEBENARNYA KITA IKHLAS BERJUANG UNTUK ISLAM? Berjuang demi Islam memang pahit, kerana syurga itu manis, bukan sedikit mahar yang perlu dibayar, bukan sedikit peluh yang ditagih.
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri sendiri. Janganlah dijadikan kekalahan di Bagan Pinang sebagai pengukur kekuatan parti Pas kerana dan 50 tahun pas dah biasa dengan kekalahan, takkan kerana sekali kalah ini terus kita nak minta bubar pucuk pimpinan sekarang dan naikkan pucuk pimpinan baru? Marilah kita sama-sama rapatkan saf, terus maju ke depan dan jangan tangisi kekalahan lalu sebaliknya jadikan ia sebagai kekuatan untuk masa depan.
BERSAMA ISLAM SELAMANYA.....TAKBIRRRRR!!!!ALLAHHUAKHBARRRR!!!!!

Nizam berkata...

Anon 10:26

Memang betul kata anda tapi biarlah kita dipimpin oleh ulama yang bijaksana. Bukan ulama yang tak ada idea dan tak ada wawasan.

Memang kita impikan syurga tapi sebelum ke syurga kita perlu lalui dunia ni dengan aman tanpa rasuah serta kezaliman.

Untuk kecapi keamanan tu, kita patut lawan UMNO, bukan tolong UMNO. Untuk lawan UMNO ulama perlukan kebijaksanaan. Tanpa ulama yang bijaksana bagaimana nak memimpin ummah.

Contohilah kebijaksanaan Rasulullah.

Tanpa Nama berkata...

Kepada 'Geng Perpaduan' dalam PAS undurkanlah diri anda demi kebaikan PAS pada masa akan datang, terutama sekali Ustaz Nasa yang 'terkantoi' dengan pendedahan Pak Lah tempohari...kredibiliti anda telah 'zero'...

Orang agama, sekali dia menipu sampai ke tulang hitam orang akan ingat...

john berkata...

Apabila ada sekawan yang melihat rumput disebelah pagar lebih hijau daripada rumput dikakinya. biarkan siawang terju dengan labu-labunya.. biarkan biarkan