23 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Mursyidul Am PAS Kecewa Bila Keputusan Muktamar Tidak Dipatuhi

Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk menentukan hala tuju kepimpinan PAS dipercayai ekoran kekesalan pemimpin veteran PAS itu terhadap apa yang berlaku di Selangor.

"Saya percaya Nik Aziz sangat kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Yang lebih dikesalinya adalah beliau tidak nampak ada sebarang kenyataan apatah lagi tindakan dari pemimpin PAS terhadap Hasan Ali yang menggoncang kerajaan Selangor dari dalam itu. Padahal muktamar PAS telah memutuskan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat.

"Ia menjadi semakin parah apabila PAS kalah di Bagan Pinang. Salah satu puncanya dikatakan kerana kekurangan sokongan orang bukan Islam. Salah satu puncanya pula dikatakan kerana mereka tidak berpuashati dengan apa yang berlaku di Selangor," kata seorang penganalisa politik PAS.

Beliau mengulas tulisan Nik Aziz dalam blognya semalam. Nik Aziz dalam tulisan itu mencadangkan agar diadakan satu mesyuarat agung khas untuk memilih kepimpinan PAS yang baru.

Tulisan Nik Aziz dipercayai dibuat bagi mengulas tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam sebuah akhbar harian yang melebelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai pro Umno.

Ekoran itu, Aziz mencadangkan agar PAS membuat perubahan pimpinan dan mencadangkan nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebagai ganti Abdul Hadi kerana bagi beliau Azizan lebih terbuka dan PAS Kedah pula lebih tersusun berbanding PAS Terengganu.

Tulisan Aziz diserang hebat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam web PAS, Harakahdaily. Harakahdaily juga menyiarkan tulisan sebuah badan PAS dari Terengganu yang juga menyerang Aziz.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan pula tulisan yang pro kepada Aziz yang dibuat oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin. Tulisan Hanipa mengambil sikap terbuka dengan tulisan Aziz sebagai satu kritikan untuk mematang dan membetulkan PAS.

"Saya yakin Nik Aziz kesal dengan apa berlaku di Selangor dan dia tidak lihat apa pemimpin PAS yang ada buat untuk membetulkannya," kata penganalisa itu.

Sementara itu, menurut sumber, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pakatan Rakyat untuk memperbetulkan apa yang berlaku di Selangor.

Beliau dikatakan merujuk kepada kes Hasan Ali dan meminta PAS khasnya membuat satu Standard Operating Procedure (SOP) dalam kes membuat kenyataan akhbar di kalangan pimpinan parti untuk mengelakkan pertembungan berlaku lagi di kalangan pimpinan Pakatan.


Namun, The Malaysian Insider difahamkan, Abdul Hadi belum menjawab surat itu dan pejabat MB Selangor dikatakan ternanti-nanti apakah reaksi PAS terhadap surat itu.

Namun begitu, The Malaysian Insider di fahamkan, tindakan telah diambil oleh PAS melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang telah memberikan amaran agar para pimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati dalam membuat kenyataan media.

Beliau meminta agar semua masalah sesama mereka diselesaikan menerusi mekanisma Pakatan.

Menurut sumber, Pakatan Rakyat telah menubuhkan Majlis Bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 33 anggota iaitu 11 dari setiap parti.

Ia juga akan ditubuhkan di peringkat negeri untuk menjadi platform antara mereka.

4 ulasan:

cicitHJHASSANu berkata...

tidak ada yang lebih baik daripada memenuhi dan menjalankan tanggungjawab setelah bermuktamar!!!

namun dari segi pelaksanaan ada beberapa kekeliruan yang sengaja ataupun tidak telah
pun dilakukan oleh beberapa pemimpin bukan hanya
Pas bahkan dari pemimpin Pakatan Rakyat...

kalau kita kritik untuk membuat koreksi dari sistem pengurusan dan disiplin parti,memang cantik....wajib buat!!!

tapi sekiranya kita bermuktamar khas(egm),hanya memfokuskan kepada siapakah yang layak memimpin...kita juga sebenarnya menyanggahi ketetapan dalam muktamar lepas,setuju??

janganlah bila sekali lingkup(majoriti beso)menggelabah tak tentu hala,jangan jadi seperti ekor lembu(amenoo),habis semua dilibas dengan telo-telo sekali padahal burung gembala kambing kat tengkuknya...

sudahkah bersedia untuk menerima apa-apa juga keputusan sekiranya EGM Pas berlaku dalam masa terdekat....
sudah pastikah dapat menerima walaupun tidak memenuhi citarasa kita,atau pun kita buat beberapa pusingan EGM sehinggalah orang yang benar-benar 'taste' kita dapat,cukup?..

kalau macam tu kita pun macam amenoo!!!
mampos amenoo......

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju 500% saranan Nik Aziz agar PAS buat muktamar khas bagi menentukan halatuju sebenar dan kedudukan 'Geng Perpaduan' yang kini menjadi duri dalam daging dalam PAS.

Sudah puluh tahun Nik Aziz berjuang untuk melihat umno tumbang, bila kejatuhan umno sudah mula tiba, alih-alih datang puak UG seperti ini menghulurkan tangan untuk beri umno ini bernafas.

Sejak isu Ustaz Nasha kantoi dgn pendedahan Pak Lah, Hasan Ali berlagak mcm nak ambil alih tempat MB, rakyat mulai curiga dgn keikhlasan puak UG ini. Orang cina dan india sudah mula nampak menjauhkan diri dari PAS. Buktinya di Bagan Pinang.

Puak UG ini betul-betul potong stim dan kini telah membuat PAS seolah-olah sebuah parti hikpokrit.

Jika saranan Nik Aziz nanti setuju dilaksanakan, silalah beri perhatian kepada Hj. Hadi, Ustaz Nasa, Hasan Ali, Stopa Ali, Ketua Pemuda & Ketua Penerangan...sebab apa?

Bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

kepada semua pembaca di sini.. sila beri perhatian dgn tajuk yg saya ambil dari blog ini...

Hikayat Tiga Masons Melayu:Mahathir,Anwar dan Nik Aziz

ini link dari blog:
http://mistisfiles.blogspot.com/2009/10/hikayat-tiga-masons-melayumahathiranwar.html

patut ke tak patut.. tuan-tuan nilailah sendiri...

Martoiriat berkata...

Aku juga setuju saranan yg dikemukakan olih Tuan
Guru Nik Aziz supaya muktamar khas diadakan utk
membuat penilaian semula terhadap pucuk pimpinan
PAS. Setelah itu baru kita tahu samada pimpinan
PAS dari UG diterima atau tidak. Puak2 ini sememangnya merosakkan PAS dlm perjuangannya utk
menjatuhkan UMNO. Persoalannya kenapa ahli2
jawatankuasa PAS pusat tidak mengambil tindakan
terhadap puak2 UG ini. Memang puak2 ini akan
merosakan PAS dlm pilihanraya akan datang dan
akan menjadi tali barut kpd UMNO. Berpuloh tahun
PAS berjuang utk menghapuskan UMNO tapi kini
setengah daripada pemimpin PAS sendiri yg
merosakan perjuangan ini. Kemungkinan kalau di
biarkan puak2 ini merajui PAS, sudah tentu
PAS akan kehilangan kuasa. Sebelum PAS menjadi
barah,pucuk2 pimpinan dlm PAS mesti mengambil
tindakan drastik terhadap puak2 ini sebagaimana
saranan Tuan Guru Nik Aziz supaya mengadakan
muktamar khas utk membuat rujukan dan penilaian
semula terhadap pucuk pimpinan PAS. Sekiranya
lambat bertindak, mungkin PAS akan berpecah dua.
Satu menyokong UG dan satu lagi menentang. Kalau
lah benar PAS menpunyai prinsip dlm perjuangan
nya, PAS perlu mengambil tindakan terhadap puak2
UG ini. Kalau perlu dibuang, nyahkan saja dari
PAS. Aku kira, kalau PAS biarkan puak2 ini berada
dlm PAS sebagai musang berbulu ayam, PAS akan
hancor dan tersungkur kebumi...