28 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Surat Untuk Pemimpin PAS

Datuk Seri,

Apabila angin ribut kuat di tengah laut, Datuk Seri tak terasa sejukkah ketika Datuk Seri sedang memancing jerung. Ketika badai melanda, Datuk Seri tak kecewakah apabila kail hanya lekat anak gelama tengkerong?

Arus politik di daratan barangkali lebih dari angin ribut di lautan. Datuk Seri baliklah cepat dan lihat di sebuah negeri ehsan mengehsan, yang kaya dengan pucuk batubata.

Memurut khabar, seperti yang saya pernah tulis berkali-kali, anak buah Datuk Seri ini gila dan ketagih sangat nak bercakap atau membuat kenyataan akhbar. Kononnya ‘press confren’. Hasilnya selalu jadi bola tanggung. Orang ‘kelepup’ kepala kita balik.

Apa yang terjadi di negeri ehsan mengehsan itu? Dalam sidang akhbar dan TV (kedua-duanya media tak sebulu dengan PAS) kononnya seorang yang bertaraf Pesuruhjaya tidak akan tunduk kepada ugutan rakan sepemerintahnya yang menggesa pucuk pemimpin kerajaan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu arak.

Tuan Guru Datuk Seri,

Betulkah status atau pangkat PESURUHJAYA setiap negeri itu adalah status atau pangkat MENTERI BESAR kalau Pas memerintah? Maaf Datuk Seri, terlupa pula saya. Datuk Seri juga Pesuruhjaya kemudian jadi MB dulu. Di Kedah, Datuk Seri Azizan, Pesuruhjaya, kini MB juga.

Begitulah bla...bla...bla...

Maka terah sekian lama hengar bingar, kecuh hebuh tentang Ronnie Liu dari DAP dengan seorang pesuruhjaya di negeri ehsan mengehsan ini belum reda lagi. Semua orang tahu. Isunya bukan pasal arak sangat. Isunya isu yang ada main acilut di belakang tabir.

Tapi yang jelas kita nampak sekarang, ianya seperti satu perjuangan MAHA SUCI, MAHA JUJUR dan maha-maha demi prinsip, dasar dan kewajipan konon. Saya tak berapa faham tentang ini Datuk Seri tapi saya fikir sia-sia jika kita nak minta berdamai atas nama pakatan, perkongsian dan lain-lain, kerana ada sebahagian mereka bukan ini perjuangan mereka, walaupun dikatakan sebagai ahli Pas yang tidak gila pangkat dan darjat.

Apa yang dihebuh sebenarnya bukan isu itu. Datuk Seri pasti faham. Inilah satu penyakit yang saya sangat-sangat takut Datuk Seri, apabila melanda ke atas pemimpin dan perjuangan Pas. Siang malam menjeri mengatakan kerana Allah, jihad, demi Islam tetapi sebenarnya tingkah laku, gerak dan feel, malah kelip mata pun orang tahu, yang dikejar bukan itu. Kata ulama, inilah ‘hubbun dunya.’
Betulkah?

Datuk Seri, maafkan saya.

Bagaimana kalau kita buat bacaan begini dalam situasi sekarang:
PKR sekarang ada 15 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi

Yang peliknya, 8 kerusi ini, parti yang Datuk Seri terajui, hingar bising, kelupur melenting lebih dari 15 kerusi atau lebih dari 20 kerusi. Mereka menaruh impian yang sangat tinggi, melaram yang tak menasabah. Bercita-cita tak kesampaian. Bagi mereka walaupun 8 kerusi, mereka boleh perintah.

Kalau yang 20 kerusi melenting dan kacau, tidak menghairankan. Kan itu pembangkang. Tapi yang 8 ini, apa jadahnya?

Kalau hanya 8 kerusi berimpian boleh memerintah, formulanya apa?

Saya nak peringatkan Datuk Seri, Nasaruddin, Salehuddin Ayub, Datuk Mahfuz dan Setiausaha dan lain-lain diperingkat pusat ini, hubaya-hubayalah dengan melenting dan menggelupur mereka yang bertaraf pesuruhjaya ini kerana pesuruhjaya memungkinkan terus melompat menjadi Menteri Besar.

Formulanya sangat senang:

Bersusik-suksik, berbisik, mengenyit mata dan keremot hidung dengan hidung mancung berkilat merlit, maka akan terjadi 8 kerusi menduduki bersama dengan 20 kerusi. Akan jadi 28 kerusi.

28 kerusi akan sama dengan PKR dan DAP: 15+ 13= 28.

Apabila seimbang begini, berlakulah beli membeli untuk melebihi hanya satu jari kelingking, maka pihak itulah yang akan jadi kerajaan. Atas muslihat busuk dan khianat yang dirancang sekian lama, maka apakah tidak mustahil seorang dari yang 8 ini menjadi MB dan ia tentulah dipilih dari kalangan Pesuruhjaya kerana itulah tarafnya pun.

Bukan mustahil Datuk Seri. Ketika itu Datuk Seri akan melihat terpelantingnya prinsip Islam, perjuangan Islam, Lillahita`ala, jihad demi hanya gilakan sedikit kuasa. Katika itu Datuk Seri akan menangis kerana begitu jadinya setelah berpuluh tahun tarbiah dan usrah Tuan Guru tidak menjadi.

Jadi Datuk Seri, maafkan saya kerana saya tak percaya apa yang bergolak sekarang hanya kononnya nak mempertahankan prinsip, demi Islam dan demi maruah. Yang sebenarnya formula seperti di ataslah yang menjadi kegilaan. Kemungkinan akan berlaku. Jangan tidak percaya dan jangan terkejut kalau ada ‘press confren’: kami 8 orang mengisytiharkan keluar dari pakatan dan menyertai Umno.

Bukankah politik itu seribu kemungkinan Datuk Seri.
Wallahu aklam. Maaf. - Azizi Abdullah

Ulasan GB

Nota : Surat di atas ditulis sebelum berlaku pergolakan SELCAT yang ditimbulkan oleh Dr Hassan Ali.

3 ulasan:

hussin berkata...

DEMAGOGY

"Ignorant people often resort to demagogy to justify themselves. This is a method by which they maintain their rights, or prestige, by using emotional, dishonest or oblique arguments rather than reason. Apart from these ploys, the way people conduct themselves is also an efficient element of demagogy. Interrupting, shouting and telling lies are well-known methods of demagogy. Disbelievers demonstrate a remarkable capacity for this 'art'. To justify their point of view or to establish superiority over others, they resort to inconceivable methods. The main purpose of all these efforts is to oppose the truth. They make all these efforts to justify themselves and thereby to find a pretext to ease their remorse.

This, however, is not a method developed by the individuals themselves. As in many other issues, Satan guides them. The statement of Satan in the following verses shows that Satan was the first demagogue in history.

(God) said: "O Iblis! What prevents you from prostrating yourself to one whom I have created with My own hands? Are you haughty? Or are you one of the high (and mighty) ones?" He replied : "I am better than him. You created me from fire, while him You created from clay." He said: "Go forth from hence, for you are outcast." (Surah Sad: 75-77)

When he was told to prostrate himself before Adam, Satan arrogantly refused, and offered wicked explanations. This was typical demagogy; his pretext for not following the command of God is stated in the following statement of Satan: "You created me from fire, while you created him from clay." However his main purpose is to revolt against God. The comparison between fire and clay is only a pretext.

The attitude of ignorant people is exactly the same. They first decide to disobey and then find excuses for their disobedience. At this point, they do what Satan did and employ the various methods of demagogy to cover their dishonesty and to comfort themselves.


Satan indoctrinates them by stealth and constantly whispers methods of demagogy to their souls. Meanwhile, the individual struggles to choose between the voice of his common sense whispering the truth and the voice of his soul, that speaks for Satan. In this way, Satan approaches man in all circumstances and tempts him.

That is why for ages people all around the world employ exactly the same tactics and methods against religion. This fact is underlined in the Qur'an:

But they say what the ancients said before them. (Surah al-Mumenoon: 81)

However, one point deserves mention here: Satan is a being completely under the control of God like all other creatures, such as the jinns, the angels and human beings. Contrary to the commonly held view, Satan is not a separate being, apart from and independent of God. He is in the service of God to test man in this world. This fact is explained in the following verse:

He said: Then you are of those reprieved till The Appointed Day. He said: My Lord! Because You have sent me astray, I shall truly make pleasant the path of error for them on the earth, and shall mislead them every one. Save such of them as are Your perfectly devoted slaves. He said: This is a right course incumbent upon Me. As for My slaves, you have no power over any of them, save such of the sinners as follow you. (Surah al-Hijr: 36-42)”

From harunyahya.com

“Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran.

"UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa."

- Allahyarham Dato’ Fadzil Noor

Makkal Sakhti berkata...

PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???
Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. ikuti dalam blog saya...

Tanpa Nama berkata...

possible......!! (memetik kata2 tompel)