28 Sep 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Pun Sokong Hassan Ali

Sambil memperoleh mandat daripada Badan Perhubungan Negeri petang semalam, Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menegaskan, kritikannya terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) adalah satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor di sini.

Ia merupakan pertemuan kedua dalam tempoh 24 oleh pemimpin PAS negeri Selangor. Ia diadakan sehari sebelum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas tiga penjuru.

Mesyuarat tiga penjuru itu akan berlangsung di sini malam ini.

Hasan berkata, Badan Perhubungan PAS negeri telah meluluskan enam resolusi termasuk yang berkaitan dengan kritikan terhadap cara beliau mempertikaikan tatacara Selcat dua minggu lalu.

Resolusi pertama diluluskan untuk memperakui dan menyokong beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri.

"Kedudukan sebagai Pesurujhaya negeri dibuat oleh Presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar," kata beliau sambil menambah, tiada pihak yang harus mempersoalkan kedua-dua jawatan itu.

Kata Hasan, PAS Selangor juga menerima cadangan beliau untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik.

Hasan berkata, PAS Selangor akan meminta kerajaan negeri agar mengkaji jentera operasi Selcat untuk menerima penghormatan di kalangan rakyat.

Katanya, PAS negeri juga meluluskan resolusi bahawa ia akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat Selangor.

"Kami tidak akan meninggalkan Pakatan," katanya.

Satu lagi resolusi yang diluluskan berkaitan dengan saraan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kakitangan awam.

"Hubungan antara kerajaan negeri dan pegawai-pegawainya mestilah harmoni sepanjang masa bagi menjamin kelancaran jentera kerajaan negeri," katanya.

Ulasan GB

Jika Dr Hassan Ali bertanya, "Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik" maka kita ingin bertanya,

"Adakah salah orang lain menegur seorang exco yang mengkritik secara terbuka untuk mengaibkan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat. Mengapa tidak boleh mengkritik mengikut saluran?"

Dr. Hassan boleh mendapat sokongan PAS Selangor, tetapi belum tentu disokong oleh semua pengundi-pengundi Gombak Setia.

Yang nyata, pendirian PAS Selangor itu sokongan yang membawa rebah, apatah lagi, UMNO BN juga kini gembira dengan kritikan Hassan Ali itu.

TETAPI UMNO hanya sokong Dr. Hassan bila ia mengkritik PR, tak da sorang pun ahli UMNO nak undi Hassn Ali di Gombak Setia. Mereka tetap undi calon UMNO jugak.

So, gigitlah jari sendiri nanti.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak salah menegur untuk kebaikan,tapi salah teguran jika teguran sekadar sindiran untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Tanpa Nama berkata...

ni baru betul2 kerajaan pakatan..tak la sokong membabi buta macam umno..klau umno mana boleh ahlinya tegur pucuk pimpinan..klau tegur confirm kena sita..hasan ali cuma bagi clue kepada rakyat selangor bahwa kerajaan pakatan boleh bangkang sesama sendiri demi kemajuan rakyat dan demokrasi yg sebenar..kan ke bagus kerajaan pakatan ni..boleh bangkang wlaupun sesama sendiri..dalam pd itu pengurusan kerajaan negeri tetap jalan dgn baik..pihak umno je yg numpang sekaki isu ni..nak dpt sokongan rakyat dan nak melepaskan ahlinya yg mungkin kena sisasat..terkena umno dgn isu ni..