12 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SPRM Lambat Bertindak Siasat Khir Toyo

TTindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.

“Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,

“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.

Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. .

“Sebab kalau kita tengok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya. -TVA/TVS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akhirnya........(seperti lagu anita sarawak) berjumpa kertas nak ditulis, berjumpa pen buat menulis, berjumpa fail nak difail, berjumpa kunci kereta nak pergi, berjumpa peta nak meuju ke mana, berjumpa stesen minyak baru bergerak, berjumpa petty cash buat advance.. Tahniah SPRM, biar lambat daripada tak buat kerja.