23 Sep 2009

Era Najib Altantuya : PRK Johol Selepas Bagan Pinang?

Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak. -zainulfaqar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai usaha meleraikan kemelut 'Tahun Pilihan Raya Kecil' ini sepatutnya PM panggil semula PRU baharu untuk pulih dan bersihkan integriti dan wibawa kerajaan yang memerintah. Sana sisni kemelut yang tiada kesudahan. Kesan pimpinan PM Penidur sebelum ini. Paling elok sekalikan dengan pilihantara negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak berpa lama lagi itu.
Jika terjadi maka itulah satu rekod permulaan satu pilihan raya parlimen dan negeri serentak seluruh negara. Tentu nama PM kini akan disebut-sebut pencipta sejarah berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

bubar parlimen dan adakan pilihanraya 1malaysia,hai ada beranikah pm membuat keputusan begitu?berani berlindong disebalik osa,isa sprm dan pdrm adalah dan semestinya akan berbuat begitu.belum terbaca disejarah mana pun pemerintah akur pada kehendak rakyat.kalau ada pun raja british melepaskan tahta,itu pun demi kekasih bukanya rakyat.kalau ada pun rakyat terpaksa menumpah darah mengusir pemerintah,hakikatnya tidak akan akur pada kehendak rakyat.

Tanpa Nama berkata...

bubar parliment dan adakan sumula pilihanraya...pastikan semua calun mesti ada lapuran perubatan (medical report) kita mau wakil rakyat yg bersih dan 'Fit'....klu dah takdir itu lain cerita...