5 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Pakatan Rakyat Tetap Kukuh Di Selangor

Wakil-wakil rakyat negeri Selangor Pakatan Rakyat tetap berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tetap kukuh dan usaha Barisan Nasional untuk menggoncang kerajaan negeri Selangor tidak akan berhasil.

Perkara ini dinyatakan oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat iaitu ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafie, dan Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dalam satu temubual ekslusif bersama TVSelangor di pejabat TVSelangor, hari ini.

Menurut Suhaimi, mereka akan berpegang teguh dengan akauntabiliti Tan Sri Khalid sebagai pemimpin yang berdedikasi dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam pemerintahan.

“Saya berpegang teguh daripada segi profesionalisme, keputusan membuat sesuatu, ketelusan melaksanakan sesuatu, kita katakan akauntabiliti Tan Sri Khalid yang memang seorang yang mempunyai reputasi yang tinggi, dari segi pengurusan kerajaan negeri, saya nampak bagus, kalaupun ada, sedikit,” katanya.

Katanya, kerajaan BN hanya memainkan propaganda untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dan apa yang pasti, mereka tetap dengan pendirian dan pegangan tinggi terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, S.Manikavasagam berkata, tidak akan timbul isu lompat parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

Walaupun BN dilihat sangat berminat dengan Selangor, namun pendirian kuat wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tetap kukuh sekaligus menghalang BN menguasai Selangor.

“Bukan nak lompat, tidak ada seorang pun yang akan lompatlah, kerana rakyat memilih kita, kita akan kekal, termasuk Adun Pelabuhan Klang yang saya jumpa baru-baru ini, saya rasa beliau tidak akan lompat, akan bersama dengan parti media yang mainkan,” katanya.

Menurut Suhaimi, pendekatan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor sekarang adalah berbeza dengan pemerintahan kerajaan BN yang lepas.

Segala isu dan masalah yang berbangkit akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti PKR dan kerajaan Selangor yang mana beberapa pandangan dan pendapat akan diambil untuk mengatasinya.

“Di mesyuarat tersebut, akan mengeluarkan pandangan dan memberikan idea-idea dan cara terbaik bagaimana kita merapatkan dan membantu rakan-rakan kita yang lain diperingkat kerajaan negeri.

“Dan diperingkat kerajaan Selangor dipengerusikan oleh Menteri Besar dan semua isu-isu yang agak sensitif diperbincangkan,” katanya.

Begitu juga bagi S.Manikavasagam, perbincangan dalaman akan dilakukan bagi mengelakkan sebarang salah faham dalam parti yang merangkumi parti PKR, Pas dan DAP.

“Isu-isu semua patut Menteri Besar panggil semua, termasuk adun, ahli parlimen, semua boleh selesai, semua remeh..takde masalah parti, tapi UMNO-Barisan dapat ada isu-isu memainkan isu ini dibesar-besarkan.

“Patut ada perbincangan dalaman sendiri, sepatutnya sering diadakan untuk memahami antara satu sama lain dalam tiga parti berkenaan,” katanya.


Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor Dapat Sokongan Tinggi: Merdeka Center

Kajian sebuah organisasi bebas di Selangor, mendapati kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat sokongan tinggi daripada rakyat Selangor, sejak mengambil alih pentadbiran, 8 Mac tahun lalu.

Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center antara 5 Jun dan 15 Jun, 2009 mendapati 60% daripada rakyat Selangor, merasakan Kerajaan Negeri berada dalam hala tuju yang betul dan 63% berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar.

Sebanyak 64% rakyat negeri Selangor berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, selepas memenangi Pilihan Raya Umum pada Mac 2008, manakala 22% lagi tidak berpuas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian yang mengumpulkan pendapat orang ramai itu mendapati 59% Melayu, 69% Cina dan 69% India, menyatakan puas hati terhadap hala tuju kerajaan pakatan rakyat sekarang.

Antaranya, mereka berpuashati terhadap program kebajikan yang dilaksanakan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah dalam pentadbiran baru kerajaan negeri Selangor.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar hari ini mengatakan, kajian itu melaporkan, dalam tempoh 100 hari pentadbiran, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, termasuk beberapa program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma kepada rakyat, dana pendidikan anak pekerja ladang dan Hadiah Anak Masuk Iniversiti.

Dalam urusan pentadbiran ekonomi negeri pula, 58% menyatakan mereka berpuas hati iaitu 13 % teramat yakin, manakala 45% lagi menyatakan yakin.

Kerajaan Negeri Selangor telah mendapatkan khidmat Merdeka Center untuk menjalankan kajian ini dengan tujuan menilai pandangan dan persepsi rakyat Selangor terhadap prestasi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kajian ini juga mengenalpasti beberapa bahagian yang perlu diperbaiki, termasuk sistem komunikasi, mewujudkan kesedaran tentang program yang telah dilancarkan, mengurangkan karenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

Kerajaan Negeri amat berterimakasih di atas keyakinan yang diberikan oleh rakyat Selangor dan kepercayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan negeri bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran, berlandaskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor.”



Tiada ulasan: