5 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Ada Pihak Sengaja Wujudkan Ketegangan

Segala usaha Kerajaan Selangor untuk menyelesai isu pemindahan kuil dengan mengadakan dailog bersama penduduk Seksyen 23 tidak dihargai, sebaliknya Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk itu yang diadakan di Wisma MBSA bertukar kecoh.

Ia bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Yang jelas penduduk Seksyen tersebut telah datang bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk merendah-rendah kewibawaan kerajaan negeri serta ada diantaranya dipengaruhi sentimen kebencian kepada kerajaan Selangor akibat tewasnya UMNO-BN di negeri itu.

Apa yang diucapkan sama seperti pendemo-pendemo kepala lembu, lebih bersentimenkan perkauman dan lagak ekstrim, satu cara tipikal orang-orang UMNO apabila tertekan seperti pemimpin mereka yang menjujung keris sewaktu perhimpunan UMNO.

Mereka dikatakan bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan, lapor Malaysiakini.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TENANGKAN FIKIRAN SEKEJAP DAN BUAT KESIMPULAN.
Seramai 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Kekecohan pertama : Lima penduduk melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kekecohan ke 2 : Beberapa penduduk bertindak menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kekecohan ke 3 : Beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Kekecohan ke 4 : Apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam ada beberapa penduduk yang mengeboo mereka.

Kekecohan ke 5 : Taklimat sering diganggu oleh beberapa penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Bukankah ini jelas menunjukkan ada segelintir orang yang besar kemungkinan didalangi oleh pihak2 tertentu yang tidak ingin melihat majlis dialog antara kerajaan negeri Selangor dan penduduk Seksyen 23 dijalankan dengan aman dan tenteram. Kekecohan sengaja dilakukan untuk menganggu dialog dijalankan dengan lancar. Sepatutnya dialog ini diadakan bagi menyelesaikan masalah tetapi mengapa kekecohan pula sering terjadi sebelum dan semasa dialog dijalankan. Siapakah SEGELINTIR ORANG ini yang sengaja buat kecoh agar dialog ini tidak dapat dijayakan ? Siapa pula yang mendalangi SEGELINTIR ORANG ini ?
JAWAPAN DITANGAN ANDA SENDIRI !!!