6 Sep 2009

Era Najib Altantuya : DAP Gerakkan Jentera PR Untuk Bagan Pinang

DAP Telok Kemang semalam bertindak menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah penting sebagai persediaan awal melaksanakan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil secara sistematik.

“Untuk persiapan awal ini, tindakan pantas harus diambil. Barisan jawatankuasa akan mencari penempatan untuk bilik gerakan di sekitar DUN Bagan Pinang dan seterusnya perancangan untuk merebut kerusi DUN berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata penubuhan jawatankuasa itu akan memantapkan lagi jentera pilihan raya kecil bagi memastikan kemenangan pembangkang di kawasan berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas; Timbalan Pengerusi DAP, P Gunasekaran; Naib Presiden II DAP negeri, John Fernandez dan Setiausaha Perhubungan PKR negeri, Sabaruddin Mat Yassim.

Sementara itu, di SEREMBAN, Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, Pas telah bersedia berhapan pilihan raya kecil itu dan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman bagi penamaan calon.

“Kalau ikutkan, kita mahu mengekalkan penguasaan pada pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya

Tiada ulasan: