6 Sep 2009

Era Najib Altantuya : 600 Ahli BN Sertai PKR Di Perak

Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak yang kebanyakannya dari MCA telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini semalam.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

Borang-borang penyertaan telah diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam satu dewan yang penuh sesak untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang itu dengan bekas Naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Jui Meng yang telah menyertai PKR lebih awal.

Chua, di dalam ucapannya menyatakan penyertaan beramai-ramai ahli MCA ke PKR mencerminkan kesedaran telah timbul di kalangan para ahli MCA bahawa parti MCA hanyalah penutup rekahan di dalam struktur BN yang telah retak.

Beliau yang sebelumnya merasa gembira kerana telah membuat keputusan menyertai PKR menyatakan kini kebolehan berceramah yang dimilikinya telah dapat dipergunakan sebaik-baiknya dan orangramai akan benar-benar mendengar apa yang diucapkannya.

Mereka yang hadir tidak diberikan apa-apa yang percuma seperti pengangkutan, nasi bungkus, wang atau cenderamata lain.

Malah, ramai yang datang dari jauh untuk menghadiri majlis-majlis ceramah.

Bekas pemimpin MCA itu menyataka beliau belum pernah melalui pengalaman seperti sambutan yang paling meriah dan hebat untuk mana-mana majlis politik yang dihadirinya sehinggalah beliau menyertai PKR.

“Saya telah berada di Permatang Pasir, membantu pilihanraya kecil dan begitu mengkagumkan untuk melihat rakyat berpusu-pusu hadir.

“Sungguh mengharukan untuk melihat rakyat dari pelbagai lapisan kaum bekerjasama dan bersatu tenaga — untuk melakukan perubahan,” tegas Chua di dalam satu sidang media selepas majlis tersebut.

Ditanya mengenai pilihanraya kecil Bagan Pinang apakah beliau akan turut sama di sana, beliau secara spontan menjawab, "sudah pasti saya akan di sana."

Tiada ulasan: