6 Sep 2009

Era Najib Alrantuya : Polis Bertindak Liar Lagi

Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini, lapor malaysiakini.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.

Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.

Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.

Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

Ulasan GB

Ini adalah bukti nyata bahawa Polis Malaysia menjalankan tugas mereka secara berpilih dan tidak professional.

Saya ingin bertanya kepada Polis kenapa pendemo-pendemo perarakan kepala lembu beberapa hari lalu diganggu dan sehingga kini polis masih berdalih menyatakan ia dalam siasatan?

Kenapa polis mempertahankan ektremisme melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan pertumpahan darah?

Kenapa polis hanya bertindak ke atas mereka berhimpun secara aman yang dilakukan oleh bukan-UMNO dan bukan-BN?

Tiada siapa yang akan menghormati dan bekerjasama dengan polis jika demikian sikap polis kepada rakyat Malaysia.


Tiada ulasan: