19 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Alahai PAS Selangor...

Arakian maka terkejutlah akan PAS Selangor apabila bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah ditakut-takutkan orang dengan ugutan bunuh.

Kemudian daripada itu, tergagau-gagaulah akan hamba di manakah gerangannya perisytiharan terkejut PAS Selangor akan ugutan hendak membunuh Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad.

Puaslah sudah saya ini menggunakan bermacam-macam kata kunci menggoogle untuk mencari-cari perisytiharan terkejut PAS Selangor akan ugutan hendak membunuh Khalid itu. Tiadalah jua saya berjumpa.

Tiadalah saya terkata apa-apa kerana tiada berjumpa tiadalah semesti tiada wujud akan dia... -penarikbeca

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Emmm.. dosa PAS Selangor yang menipu ahli PAS di muktamar tahun 2009 dgn menerima penajaan syarikat kroni umno tidak mungkin boleh dilupa dan dimaafkan oleh ahli-ahli PAS.

Dengan tindakan Hassan ALi menukarkan beberapa orang pimpinan PAS Selangor dengan muka-muka mereka yang menjulang idea kerajaan perpaduan membuktikan bahawa PAS Selangor adalah duri dalam daging kepada Pakatan Rakyat.

PAS Selangor akan kalah di dalam pilihnraya umum akan datang!

sea-man berkata...

sayang bebenau PAS Selangor kpd Khir Toyo. ini smua keje "golongan celaka" (pinjam istilah Presiden sendiri) yang bermuka-muka di dalam PAS. Sekejap UG sekajap Pakatan.