22 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Saya Tetap Dgn PKR - Jeffery

Naib Presiden Keadilan Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak perlawaan Parti Bersatu Sabah pimpinan abangnya untuk kembali menyertai parti itu dan Barisan Nasional.

Jeffrey sebaliknya menjemput pemimpin dan ahli PBS menyertai beliau dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat bagi membela rakyat kerana PBS gagal menangani pelbagai permasalahan rakyat akibat politik Barisan Nasional yang hanya memetingkan kuasa.

"Terima kasih atas jemputan itu tetapi perjuangan saya adalah untuk rakyat dan oleh kerana itu saya tetap bersama Keadilan dan Pakatan Rakyat," Jeffrey memberitahu pemberita di Kota Kinabalu lewat malam tadi.

Semalam akhbar-akhbar pro-Umno-BN di Sabah memberi liputan meluas kepada tawaran kepimpinan PBS kepada Jeffrey supaya kembali menyertai parti itu yang ditubuhkan bersama oleh beliau dan abangnya Joseph Pairin Kitingan hampir dua dekad lalu.

Jeffrey berkata PBS harus sedar bahawa keanggotaannya dalam Barisan Nasional semakin ditolak oleh rakyat termasuk kaum Kadazan yang menjadi teras sokongan parti itu.

"Apakah yang sedang berlaku sekarang di bawah pimpinan BN? Masalah pendatang tanpa izin bertambah teruk, kemiskinan semakin berleluasa dan sebagainya," kata Jeffrey.

"Jadi saya menggesa mereka dalam PBS sudah mengakui perkara ini dan kembali bersama saya dalam perjuangan untuk membela rakyat," tambah beliau.

Jeffrey sebelum itu hadir bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan Datuk Zaid Ibrahim pada majlis pelancaran buku yang mencakupi masalah Pendatang Tanpa Izin akibat dasar-dasar BN untuk terus mengekalkan kuasa di Sabah.

Dalam ucapannya kepada kira-kira seribu penyokong Keadilan dan Pakatan Rakyat, Jeffrey berkata tsunami politik yang berlaku di Semenanjung pada pilihanraya umum Mac 2008 akan bersambung di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, rakyat di kedua-dua negeri itu semakin sedar mereka kini mempunyai pilihan dalam Pakatan Rakyat untuk mengubah kerajaan bagi membebaskan diri daripada kemiskinan yang berbuah daripada enyelewengan kuasa dan kerakuasan Umno-BN.

Beliau berkata Umno-BN akan terus melaksanakan dasar-dasar untuk sengaja "memiskinkan" rakyat Sabah bagi memastikan mereka terus bergantung kepada parti itu bagi bantuan asas.

"Umno-BN selama in menimbulkan persepsi bahawa rakyat tidak ada pilihan selain memilih daripada parti itu untuk memerintah," kata Jeffrey.

"Kita dimiskinan, Dahulu Sabah kaya. Apabila BN pimpinan Umno memerintah, peruntukan semakin banyak untuk pembangunan, tetapi kemiskinan bertambah. Mana pergi semua duit itu. Bagaimana Sabah boleh jatuh, menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia," tanya Jeffrey.

"BN telah sengaja memiskinkan kita supaya kita terus bergantung kepada BN untuk bantuan dan subsisi. "Dalam ertikata lain kita menjadi tawanan BN," kata beliau.
Namun, tegas Jeffrey, keadaan politik sudah berubah, rakyat di Sabah sebagaimana di Sarawak dan Semenanjung, mulai sedar bahawa mereka kini mempunyai alternatif dalam bentuk Keadilan dan Pakatan Rakyat.

"Mereka melihat Pakatan Rakyat mempunyai pengalaman mentadbir di lima negeri. Rakyat juga mempunyai internet untuk mendapatkan maklumat mengenai salah laku BN... semua ini semakin disedari rakyat bahawa sekarang mereka mempunyai pilihan selain Umno-BN," kata Jeffrey.

Jeffrey juga menolak slogan 1Malaysia yang dibawa oleh Najib Razak dan dicanang kepada rakyat Malaysia oleh Ketua Menteri Musa Aman.

"Umno-BN naikkan gaji menteri-menteri.... kalau rakyat didahulukan, kenapa bertindak untuk kepentingan pemimpin sahaja, rakyat dapat apa. Kenapa rakyat yang duduk atas tanah kerajaan dan rizab hutan di halau, rumah mereka di bakar, tanaman mereka di racun. Sebaliknya syarikat-syarikat dibenarkan bertanam kelapa sawit," kata Jeffrey.

"Inikah yang dimaksudkan rakyat di dahulukan?

Jeffrey berkata perubahan yang perjuangkan oleh Keadilan dan Pakatan Rakyat mencakupi pelbagai aspek dan bertujuan memastikan rakyat tidak lagi ditindas akibat penyelewengan kuasa oleh pemimpin.

"Perubahan yang kita inginkan ialah perubahan dari segi demokrasi, dasar, undang-undang dan sistem pemerintahan itu sendiri," kata beliau.

"Pada masa ini kuasa kerajaan ditumpukan kepada eksekutif. Mahkamah dikuasa oleh eksekutif. perundangan dibawah eksekutif.., Perdana Menteri menguasai segala-galanya. Ini sistem yang tidak ada kawal selia antara satu pihak dan yang lain. Mereka (Umno-BN) boleh buat apa saja,." tambah beliau.








1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak nampak pun perubahan yg dilakukan oleh PR? yg mana janji2 semasa pilihanraya umum? terlaksanakan semua? tak ada pun. Pakatan Rakyat adalah pakatan pendusta