18 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Bukan Melayu Tolak BN Di Permatang Pasir

Harapan Barisan Nasional untuk mengharapkan sokongan masyarakat bukan-Melayu di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir hancur berkecai dengan disebabkan dua isu penting yang melibatkan kaum bukan-Melayu.

Yang pertama ialah isu skandal Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang. Pendedahan bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat menerima RM10 juta dari CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dari kontraktor utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Datuk Seri Tiong King Sing di samping Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sudah cukup untuk menghancurkan kredibiliti parti MCA, sebuah parti komponen utama BN.

Hari ini Tiong membuat satu lagi pendedahan, dengan mendakwa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) milik MCA, di Penampang, Sabah.

Kesemua unit kedai terdiri daripada lapan blok bangunan empat tingkat milik Wawasan Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Dijaya Corporation. Ia disewa oleh KTAR sejak Februari 2007.

Sebelum ini, ketika ditemubual oleh akhbar berbahasa Cina, Tiong dilaporkan menyifatkan jumlah RM1 itu sebagai tanda simbolik sumbangannya kepada kolej dan parti berkenaan.

Pendedahan terbaru ini merupakan rentetan daripada pertelingkahan terbuka di antara Tiong dan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang semakin serius - ekoran isu membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sementara isu N.Gobalakrishnan yang tercedera akibat keganasan polis telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat India yang akan berkempen habis-habisan menentang calon BN di Permatang Pasir.

Malah tidak cukup mencederakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat tersebut, beliau kini dikenakan pula tuduhan jenayah kekerasan terhadap seorang anggota polis semasa berlangsungnya proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Beliau yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam, dibawa ke mahkamah majistret di sini dengan ambulans kira-kira 11.20 pagi tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kedua-dua isu itu telah menimbulkan kemarahan kaum bukan-Melayu dan meletakkan BN kini menjadi parti yang amat dibenci oleh mereka di Permatang Pasir yang membentuk hampir satu pertiga dari jumlah keseluruhan pengundi.

1 ulasan:

PutraMerang berkata...

Kerja macamni, biasa la dalam BN. Wang rakyat diputarbelitkan dalam bulatan kuasa mereka saja. Aku pun heran macamana parti pembangkang boleh survive for the past 52 years. Demokrasi macam ni, sampai bila bila pun parti pembangkang tak akan boleh ambil kerajaan pusat. Macam main golf la. BN handicap 0 tapi declare 24. Pakatan Rakyat handicap 36 tapi kena declare handicap 24. Pakatan Rakyat hanya boleh menang kalau BN patah tangan aja. Jom kita patahkan tangan BN !!!