5 Jul 2009

MANEK URAI : MENJELANG PENAMAAN CALON ESOK

Menjelang sehari sebelum hari penamaan calon, Manek Urai semakin menjadi tumpuan apabila pertandingan antara dua parti major di negara ini, PAS dan Umno-BN bakal merakamkan sebuah lagi sejarah dalam landskap politik semasa.

Semakin hari, semakin ramai polis dan tentera berkampung di Manek Urai kononnya untuk menjaga keamanan dan mengelakkan sebarang insiden pergaduhan antara penyokong PAS dan Umno menjelang hari penamaan calon.

Dalam tinjauan yang dibuat, kelihatan 'perkampungan Martek PDRM' telah pun didirikan di Laloh dan semakin banyak pondok-pondok polis dibina di sekitar Manek Urai.

Di sebalik perang poster dan bendera yang semakin rancak di kiri kanan jalan, kenderaan polis seperti trak, kereta dan motorsikal juga semakin bertali arus dilihat di sepanjang jalan raya menuju ke Kota Bahru.

Bilik-bilik gerakan kedua-dua belah pihak juga semakin banyak dan aktif menjalankan mesyuarat tidak kira pagi atau petang.

1 ulasan:

ubatkuat berkata...

SALAM BUAT SEMUA

INSYAALAH,,DGN BANTUAN ALLAH SWT PAS TETAP MENANG DIHATI RAKYAT DUN MANIK URAI,,MENANG ATAU KALAH ITU URUSAN DIA TETAPI KITA PERLU BERUSAHA DENGAN SEBAIK BAIKNYA

TAKBIR TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

WASSALAM