5 Jul 2009

Isu Ke Manek Urai : DAP Kedah Masih Komponen PR - MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyatakan DAP Kedah masih lagi merupakan rakan komponen Pakatan Rakyat di Kedah sekalipun ADUN tunggal DAP, Lim Guan Aik telah mengumumkan menjadi ahli bebas.

"Saya yakin dia (Lim Guan Aik) tidak keluar walaupun diberi makluman di dalam media, pada saya, beliau masih lagi rakan saya, masih di dalam Pakatan Rakyat kecuali saya menerima surat rasmi dari PAS Pusat atau sekurang-kurangnya dari Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu saya tiada lagi DAP di dalam (kerajaan negeri) Kedah," tegas Dato Seri Azizan.

Beliau menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Ketua de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini

Lee dilaporkan sebelum ini telah bertindak menjadi ahli bebas pada 3 Julai lalu selepas Majlis Bandaraya meruntuhkan bangunan penyembelihan khinzir di Alor Star pada 1 Julai. DAP telah menarik diri dari Pakatan Rakyat sebaik sahaja usaha mereka untuk menahan bangunan tersebut dari dirobohkan oleh MBAS gagal.

Dato Seri Anwar menganggap masalah perobohan bangunan pusat penyembelihan khinzir di Kedah sebagai selesai dan menyatakan bahawa pihak kerajaan negeri Kedah telah bertindak dengan mengikut peraturan sewaktu merobohkan bangunan berkenaan.

Di dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan Pejabat Daerah Pendang menolak cadangan pembinaan tapak penyembelihan babi di Kampung Cina di sini kerana didapati tidak sesuai dan mendapat bantahan penduduk.

Pegawai Daerah Pendang, Abdul Shukor Abdul Ghani berkata keputusan itu dibuat selepas kajian dilakukan oleh jabatan terlibat yang melawat kampung itu baru-baru ini.

"Hasilnya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebulat suara mendapati lokasi itu tidak sesuai kerana dekat rumah penduduk dan akan mencemarkan kawasan berkenaan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima meorandum bantahan daripada Pengerusi Belia 4B daerah Pendang Ramli Abu Bakar, Abdul Shukor berkata pembinaan tapak penyembelihan dalam jarak 100 meter dari rumah penduduk juga tidak memenuhi syarat zon penampan sepanjang 500 meter yang disyaratkan JAS.

Selain itu, pemilik tanah yang bersetuju menyewakan tanah mereka bagi pembinaan premis juga telah pun menarik balik persetujuan itu kerana mengambil kira kepentingan penduduk.

Sebelum itu, lebih 100 penduduk Kampung China berarak dari Bangunan Umno Pendang menuju Pejabat Daerah Pendang bagi membantah pembinaan tapak penyembelihan babi di kampung mereka.

Seorang penduduk, Edin Chok Edin Proot, 52, berkata bantahan dibuat disebabkan tapak penyembelihan itu terletak berdekatan dengan Watt Siam tempat penduduk kaum Siam beribadat.

Katanya sekiranya tempat penyembelihan babi dibina di kampung mereka, lebih 800 penduduk akan berhadapan kesan pencemaran yang teruk dan menjejaskan kehidupan mereka.

"Kami menolak cadangan pembinaan di kawasan ini dan berharap kerajaan negeri mempertimbangkan semula serta mencari kawasan lain," katanya.


2 ulasan:

Makkal Sakhti berkata...

Saya melihat media Harakah agak ketinggalan dlm kebanyakan isu-isu semasa. Banyak persoalan dibiarkan tergantung tanpa ada keputusan dari PAS. Tindakan ini menyebabkan ahli-ahli tidak berminat utk mejadikan harakah daily sebagai tatapan utama dan pertama kerana isu-isu yg dibahaskan sudah basi. Sepatutnya organ rasmi PAS mestilah terkehadapan dlm menyiarkan pandangan2 dan isu-isu yg timbul atau sekurang-kurangnya dibahaskan menurut pandangan hukum Islam. Saya melihat media malaysiakini.com lebih terkehadapan berbanding harakahdaily. Contohnya dlm isu babi di Kedah. Pelbagai pendapat politik diberikan oleh pelbagai pihak. Tetapi apakah pandangan Islam dlm isu-isu seperti ini? Kita membicarakan keadilan Islam kepada penganut bukan Islam, oleh itu apakah hak2 mereka telah diberikan dgn sebaiknya dlm pemerintahan Islam? Disamping itu adakah pembelaan yg sewajarnya kepada rakyat yg saban hari terpaksa menghidu udara yg tidak bersih tlh diambil perhatian yg sewajarnya kerana Islam juga mementingkan kesihatan sepertimana penganut agama lain mahukan. Persoalannya adakah wajar tempat penyembelihan itu dirobohkan juga? Setakat yg saya belajar dgn ilmu yg cetek ini, sbg contoh jika sesuatu tempat perjudian itu ditutup, maka tidak perlulah bangunannya juga dirobohkan. Cukuplah sekadar menyita premis dan mendenda pemilik shj. Dengan ini pemilik bgn tsb boleh berikhtiar utk menjlnkan aktviti perniagaan yg lain selain berjudi. Itupun perlu diberikan tempoh yg munasabah agar semua pihak mendapat keadilan yg sewajarnya. Inilah yg sepatutnya ditonjolkan dlm isu ini iaitu bagaimana Islam menyelesaikan segala permasalahan yg timbul. Jgn tiru spt UMNO/BN yg rakus merobohkan hartabenda rakyat sesuka hati atas nama pembangunan dsb. Sekali lagi saya menggesa pimpinan PAS membuat anjakan paradigma, tidak terkongkong dgn kepentingan individu-individu tertentu yg seolah-olah tidak membawa PAS dan PAKATAN RAKYAT kehadapan, malahan dilihat oleh kebanyakan ahli PR sebagai PERENCAT kepada kemajuan PR. Kita tidak bermasalah dgn org UMNO yg menentang Islam kerana kejahilan mereka, tetapi kita amat bimbang dgn PARASIT2 yg berkeliaran disekitar atau didalam PR yg seolah-olah badan bersama2 kita, tetapi hati bersama musuh2 kita. Malahan PARASIT2 ini kadang-kadang diberi tempat dan dilayan oleh segelintir pimpinan utk meneruskan agenda peribadi mereka. Biarlah saya berterus terang dgn gelagat penulis Mohd Sayuti Omar (MSO) yg jelas secara halus menjalankan jarum-jarum jahiliyah dlm penulisan beliau terutama berkaitan dgn Kerajaan Perpaduan. Secara halus beliau melaga-lagakan kepimpinan PAS melalui akhbar SIASAH dan tulisan-tulisan di blog peribadi beliau. Disamping MADU diberikan, didalamnya diletakkan RACUN BERBISA yg boleh merosakkan minda ahli2 PR. Saya menggesa semua ahli PR MEMBOIKOT AKHBAR SIASAH sepertimana kita memboikot UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN! Saya juga menggesa pimpinan PAS utk mengambil tindakan proaktif dan berani utk menstruktur semula organisasi Harakah agar ianya menjadi media yg berkesan utk menangkis dakyah musuh, dan bukannya menjadi medan utk kepentingan individu tertentu. Jgn biarkan Harakah menjadi milik individu, tetapi jadikanlah Harakah sebagai media PAS dan Pakatan Rakyat dgn sebaik2nya. Adalah tidak wajar bagi Mustapa Ali masih memegang peranan besar dlm Harakah, sedangkan dlm masa yg sama memegang peranan penting iaitu SU Agong PAS Pusat. Ini akan menjadikan beliau tidak sempat utk mengendalikan Harakahdaily dgn berkesan. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinan utk melakukan perubahan.
Rakyat dibawah mengharapkan yg terbaik. Wallahu a'lam.

Cokolat Angin berkata...

Walaupun kisah merobohkan bangsal penyembelihan babi di Alor Setar minggu lepas oleh MBSA,baru sekarang aku nak tulis sesuatu tentangnya,walaupun kejadian ini akan menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.

Aku tahu perkara yang sebenar yang mungkin dibincangkan ketika MB Kedah dan ahli ting tang beliau ketika menjamah nasi mangkuk bertingkat yang dibawa semasa perjalanan ke Kuala Lumpur dari Sri Mentaloon.Pas sebenarnya tidak berminat dengan kerjasama PAS,PKR dan DAP di Kedah,Mereka lebih senang memerintah Kedah tanpa parti Pakatan.Banyak bukti2 yang menunjukan Pas terlalu dominan dalam melaksanakan pemerintahan di Kedah.

Rancangan demi rancangan sedang diatur bagi memastikan kemenangan mutlak mereka yang akan membolehkan mereka memerintah Kedah pada masa akan datang tanpa bantuan rakan pakatan yang lain terutama DAP dan PKR.Kekuatan DAP dan PKR adalah kombinasi pelbagai bangsa di kawasan dun2 terlibat,seperti Lunas,Sidam,Kulim dan beberapa tempat lain.Orang Melayu tidak terusik terhadap isu ini dan Pas beranggapan ia lebih menguntungkan mereka walaupun tidak untuk Pakatan Rakyat.

Masyarakat bukan Melayu mula sangsi terhadap komitmen kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat terutama di Kedah untuk membela dan memelihara kepentingan bukan Melayu.Undi mereka akan merosot untuk parti2 Pakatan rakyat pada PRU13 sekiranya baik pulih tidak dilakukan segera.Perkara ini akan menyebabkan impak negatif kepada parti yang bertanding dikawasan bercampur-campur yang akan ditandingi oleh PKR mahupun DAP.

Sebaliknya PAS kurang terkena tempiasnya kerana majoriti PAS bertanding dikawasan majoriti Melayu.Pas mudah untuk mengekalkan kerusi mereka tetapi untuk PKR dan DAP agak sukar.Pas akan meraih lebih kerusi jauh meninggalkan PKR dan DAP dan akan mampu menubuhkan kerajaan Kedah walaupun tanpa bantuan PKR dan DAP.Pas juga yakin tindakan membiarkan perobohan bangsal penyembelihan babi ini akan membuatkan pengundi Melayu bertambah dan mengundi mereka pada PRU akan datang,Inilah niat sebenar PAS yang senantiasa tidak ikhlas terhadap rakan2 dalam Pakatan.