16 Jul 2009

KEDAH TERIMA PELABURAN RM35.7 BILLION

Kedah bakal pesat membangun selepas ini apabila menerima projek hub penapisan minyak terbesar di negara ini yang bernilai RM35.7 bilion.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyaksikan pelancaran projek itu melalui majlis menandatangani perjanjian antara Merapoh Resources Corporation dengan para pelabur mereka.

Merapoh oil refinery di Yan, Kedah yang bernilai US$10 billion (RM35.7 billion) akan mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 350,000 tong minyak sehari, sekali ganda kemampuan kilang yang kedua terbesar di Malaysia iaitu di Melaka.

Kilang ini akan dibangunkan oleh Merapoh Resources Corporation dan dananya akan disokong oleh pelabur antarabangsa.

Kilang ini akan menapis minyak mentah dari Timur Tengah untuk diekspot kemudiannya ke China.

Azizan berkata, kerajaan negeri menjangka, pelaburan untuk industri minyak dan gas akan bernilai RM80 bilion di masa depan dengan terbinanya hub ini. - siasahdaily



1 ulasan:

abdulhalim berkata...

Tahniah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sebenarnya hal ini telah disebut semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-53 Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) pada 23.5.2009 lalu. Itulah kali pertama setelah PSMCK berusia 53 tahun dirasmikan oleh seorang Menteri Besar, pada hal sebelum ini telah berkali-kali jemputan bertulis dibuat. Dalam ucapannya, beliau berjanji dalam masa terdekat akan mengusahakan ruang pejabat untuk PSMCK di samping menyediakan peruntukan dana tahunan apabila program yang dijangka amat menguntungkan ini berhasil kelak.