Padahal sudah diberi wang tunai seribu seorang untuk tanam semula getah dan kelapa sawit. Masih tidak berterima kasih? Tetapi walaupun masih ramai orang jahat di Manek Urai yang tolak UMNO, kini sudah ramai pula yang cerdik dan berperangai baik memilih UMNO.
Jadi rakyat (semua rakyat, bukan di Manek Urai saja) sudah menerima semula UMNO sebagai pembela bangsa, dan tahu betapa murah hatinya UMNO kepada rakyat. Dalam pilihan raya 14 Julai 2009 itu, UMNO yang pemurah itu tidak cukup wang, kerana ramai sangat rakyat yang perlu diberi wang RM300 sebagai upah mengundi mereka, yang datang dari jauh untuk pulang memangkah UMNO.
Kalau wang cukup ketika diperlukan, sudah pasti UMNO menang. Bagus juga UMNO tidak menang, satu rahmat bagi UMNO, kerana jika mereka menang dengan membayar RM300 kepada setiap pengundi, maka sudah sah mereka menggunakan rasuah untuk menang pilihan raya.
Sekarang mereka belum sah lagi rasuah, hanya sah menggunakan wang saja. Tetapi itu pun salah faham, bukan betul-betul pakai wang. Kata Ketua Wanita UMNO Kuala Krai, Rohani Abdul Majid (nama ini mesti diingati), wang RM300 itu untuk petugas UMNO yang berkempen untuk calon UMNO, untuk penampal poster, untuk perayu undi dan sebagainya. Wang RM300 (angka ini mesti disebut) untuk kerja sepuluh hari. Kata wanita itu, tuduhan UMNO bayar RM300 itu salah maklumat.
Kerana pekerja UMNO ramai, kita lihat ramai orang berhimpun di sebuah rumah untuk mengambil wang RM300 itu. Tuan rumah, yang tidak bernama, memberitahu “wang politik itu” (dia sebut begitu) daripada Datuk Aziz (gelarannya kepada calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat) untuk pengundi yang pulang dari luar Manek Urai.
Calon dan Ketua Wanita UMNO tidak bercanggah maklumat, hanya memberitahu dengan ikhlas wang memang keluar RM300 seorang. Untuk siapa dan untuk apa fikir sendirilah. Tapi memang ada orang yang dapat wang, yakni yang tahu di mana boleh dapat wang itu. Inilah perubahan besar dalam UMNO, dari tidak mengaku menggunakan wang, di Manek Urai mereka terang-terang mengaku memang menggunakan wang untuk menang pilihan raya.
Inilah kejujuran UMNO satu-satunya yang hanya berlaku di Manek Urai, tidak di tempat lain. Walaupun hanya di Manek Urai UMNO mengaku menggunakan wang, pada hakikatnya wang memang menjadi umpan yang ampuh kepada UMNO, dan digunakan dengan bijaksana sekali.
Itulah perubahan besar dalam UMNO, iaitu pengakuan mereka menggunakan wang, kerana didesak oleh rakyat Manek Urai yang tahu mereka tertipu selama ini. Mereka masih menunggu cerita sebenar tentang penipuan royalti minyak kepada Kelantan, tidak dibangkitkan sepatah pun di Manek Urai, hatta oleh PETRONAS yang membisu hingga sekarang. Tidak seorang pun penganalisis politik yang pandai-pandai memandai-mandai itu menyebut perubahan dan pengakuan UMNO ini, kerana mereka tahu jika mereka bercakap benar mereka akan menerima nasib seperti wartawan TV7 bernama Florence Looi, pengacara “Point of View” di TV7 yang meminta salah seorang tamunya memberi markah kepada PM One Malaysia, dan tamu yang jujur betul bendul itu memberi markah C atau D saja untuk pentadbiran PM One Malaysia dalam masa 100 hari pertamanya.
Hampir-hampir wartawan itu dibuang kerja, tapi yang pasti dia dengan serta-merta diberi tugas kecil saja, sebagai hukuman kerana berani bertanya dan meminta pendapat benar tamunya. Dia memang dilarang mengajukan pertanyaan itu, jadi dia telah melanggar disiplin organisasinya yang tidak membenarkan kebenaran dinyatakan oleh sesiapa sekali pun, kecuali jika kebenaran itu untuk berbohong. Yang penting dalam pilihan raya Manek Urai baru-baru ini bukan kemenangan PAS, walaupun kemenangan itu penting bagi PAS.
Yang penting ialah UMNO tidak berbohong untuk menabur wang, misalnya dengan membina jambatan, memberi wang subsidi kepada penanam getah atau kelapa sawit, memberi derma kepada orang miskin (kata penganalisis yang bodoh di TV ketika mengulas perkara ini, pemberian wang ini membuktikan UMNO jujur dan sangat murah hati untuk membantu rakyat miskin), membaiki jalan raya, memberi derma kepada masjid dan banyak lagi yang dihadiahkan oleh UMNO, tidak hanya 11 Hadiah Rakyat yang diproklamirkan oleh PM One Malaysia sehari sebelum hari mengundi.
Selama ini UMNO menolak dengan keras sebarang tuduhan ke atas mereka bahawa mereka menggunakan wang, dalam bentuk semu (bentuk mimpi, seperti membina jambatan di Manek Urai) atau betul-betul. Kini mereka mengaku dengan ikhlas mereka memang menggunakan wang yang banyak. Hanya mereka masih segan hendak memberitahu berapa banyak wang yang dipakai. Ada anggaran melebihi RM300 juta, ada pula yang baik hati berkata tidaklah sebanyak itu membazir wang untuk kawasan yang diakui akan kalah, jadi angkanya tak sampai pun satu juta. Adalah barangkali RM100 ribu saja. Hanya musuh UMNO, kata mereka, menukar ribu menjadi juta, kerana angkanya tidak berubah.
Mana boleh menipu sampai begitu besar dengan wang rakyat, cacing pun akan marah kerana tempat orang mendapat wang itu dipijak lumat sampai cacing pun lari. PAS pula bagaimana? Memanglah PAS papa kedana, tidak ada wang, jadi mereka lempar batu kepada Puteri UMNO, sampai ada yang patah gigi. Kata ketua UMNO, kami tidak tahu ada dua orang pekerja PAS dari Perak yang dibelasah teruk oleh pekerja UMNO, sampai masuk hospital. Itu hanya khabar angin saja, tidak benar kerana tidak ada bukti. Kami ada bukti orang yang baling batu itu sudah ditangkap polis. Ke mana pun hendak mengelak, kata orang UMNO, yang jahat tetap PAS juga, bukan kami yang tabur wang. Lagi pula kami mengaku, hanya salah maklumat saja.
Tapi itu sudah dibetulkan, jadi kami sebenarnya tidak menabur wang sedikit pun, hanya menabur janji saja (sambil tersengih), macam orang PAS juga. Jadi sudah jelas kami hanya ikut apa yang PAS buat, bukan kami buat betul-betul ... Ada satu cerita yang lebih menarik, yang tidak pernah disebut di mana-mana sekali pun. Ini cerita bohong, tetapi benar-benar berlaku. Ceritanya perihal Tok Guru Nik Aziz beri cuti sehari di Kelantan, yang benar-benar terjadi. Tujuannya supaya semua pengundi Manek Urai yang bekerja di seluruh daerah Kelantan boleh kembali mengundi. Dan mereka pergunakan cuti itu dengan betul, sehingga yang keluar mengundi melebihi 87 peratus.
Lebih ramai ialah pengundi di luar Kelantan, terutama yang bekerja di Kuala Lumpur dan lain-lain bandar. Bilangan mereka yang boleh pulang kecil saja, untuk mendapat wang RM300 sebagai wang tambang. Jumlah lebih besar tidak boleh pulang kerana mereka bekerja. Inilah cerita menarik yang sangat penting diketahui. Mereka ini tidak dibenarkan pulang. Tidak perlu mengundi. Dulu pun mereka bertindak khianat tidak mengundi UMNO bila dibenarkan pulang dengan mengadakan hari mengundi para hari cuti. Dengan kerjasama SPR, UMNO dengan sengaja (agaknya tidak berniat jahat kerana kejahatan itu sudah dikhaskan kepada Pakatan Rakyat) menjadikan hari bekerja sebagai hari mengundi untuk memastikan PAS kalah.
Tetapi ternyata Tok Guru Nik Aziz lebih cerdik dan lebih berani, lalu menjadikan “peristiwa mengundi di Manek Urai” sebagai hari cuti umum. Walaupun pengundi PAS tidak diberi imbuhan wang, mereka tetap pulang untuk mengundi. Jadi UMNO sudah membuat silap besar. Tidak saja mereka berbohong, mereka dengan sengaja menggunakan kuasa untuk menetapkan hari mengundi pada hari yang menguntungkan mereka. Itu pun mereka kalah. Memang benarlah kata ulama dan orang tua-tua, yang terkutuk dan berniat jahat akan tetap terkutuk selama-lamanya. Tidak ada kata-kata yang lebih manis dari itu, walaupun PAS sudah hilang hampir 2000 majoriti. - Mohd Affandi Hassan
3 ulasan:
kesian UMNO..kalah tu nak buat mcm mana. Ia takdir. Yang saya kesian.. mereka masih lagi tenggelam dan bergelumang dengan najis rasuah. Seakan rasuah ini telah menjadi sebati dengan mereka, sepertimana sebatinya dadah dengan penagih. Mereka memang tahu, rasuah adalah di antara beberapa punca lain yang menyebabkan rakyat tolak mereka pada PRU-12 dulu..hingga 6 negeri termasuk WP ruyup.. Mereka tahu.. tapi ketagihan kpd rasuah, penyelewengan dan kemungkaran serta segala kebobrokannya sangat kuat, sangat kental, tidak upaya mereka meninggalkannya. Mereka gagal membebaskan diri daripada cengkamannya. Mungkin mereka berkata : "Bukti menunjukkan rakyat mahukan pembangunan; rakyat tetap pilih BN walaupun kita "merahsuah" mereka.." Mereka "misread, misinterpret" !
Begini jawapan saya, mudah saja:
1) Tolong jgn salah kan media arus perdana! Takdir ilahi telah menentukan, mereka di lahirkan untuk mengadu domba jemaah kita!
2) Dalam barisan jemaah kita ini, masih ada yang MUNAFIQ…kecintaan pada allah hanya di bibir, di hati …..lain kot!!
3) Bezanya ialah; MUNAFIQ yang ada dalam jemaah kita ini sedikit bilangan nya (secara relatifnya) daripada yang berada di gerombolan be-END
4) Walaupun berada dalam jemaah islamiyah, kita tetap memegang tittle yang sama…MELAYU
5) Ingat! MELAYU ini kaya…kaya dengan: hasad dengki, busuk ati, tak boleh tengok org senang, suka cari pasal, suka cari publisiti murahan, suka glamor, singkat akal,...dan yag palin penting! CEPAT LUPA DIRI!
6) Apa yang jemaah lupa? Jemaah kita lupa apa yang berlaku di tahun 1999+2008 (menang bergaya!) berbanding 2004(kalah teruk!)..Lupa menginsafi diri! Lupa, bagaimana cara menguruskan kemenangan.
7) Ada beza dia antara berikut ini: mengurus atur kemenangan, mengekalkan kemenangan, mencari kemenangan dan……mempertahan kan kemenangan untuk satu jangka waktu yang panjang!
8) Jemaah lupa! Mereka di luar sana sedang memerhatikan kita (terutama yang bukan islam kot)…tentang perselisihan pendapat kita, tentang pertelingkahan secara terbuka, tentang perpecahan kepimpinan… Mungkin juga ada yang MUAL melihat semua ini..Hentikan lah….!(susah kot nak berhenti..sbb kita pegang tittle yang sama = MELAYU!)
9) Yang tersirat nya adalah…..ini adalah kemenangan mutlak & besar be-END…usaha tentang UG telah membuah kan hasil.
10) Jgn kita bodoh menanalisis apa yang PiEM Najib katakan…. Yang tersurat nya adalah skongan kembali pulih..tetapi untuk kita yang malas berfikir…biar aku jelas kan, yang tersirat nya kesah dongengan Kerajaan Perpaduan telah menampak kan hasil untuk be-END…. Bersedialah wahai jemaah..”peperangan“ yang lebih besar dlm bentuk “tersirat“ akan dtg lagi...lebih dahsyat lagi! Soalan nya: telah kah kita bersedia!??????
11) Jika pilihanraya ini adalah permainan bolasepak, saya boleh simpulkan PiEM Najib adalah “pakar taktikal” …pikir2 kan lah…
12) Takbir…allahu akbar….
Mungkin beberapa komen Syahriza di atas ada kebenarannya. Tetapi untuk beliau menanggap 'ada juga 'munafiq' dalam jemaah PAS adalah keterlaluan. Saya faham anda ("Syahriza") tidak mengatakan "Mamat ni munafiq, si anu tu "munafiq" dan si polan ni "munafiq") namun meluahkan kemarahan kepada rakan2 jemaah secara semborono begitu menampakkan siapa kita (yg menuduh) itu sebenarnya. Saya selalu dapati lazimnya orang2 yang berilmu, yang betul2 bertaqwa, para ulamak, dan yang berpendidikan tinggi jarang sekali menganggap orang lain sedemikian rupa. Kalau marah atau "tak berkenan" pun mereka luahkan pandangan secara sopan dan beradab. Jangan kita prejudis atau berburuk sangka dengan mengatakan sesuatu..misalnya "busuk ati", dengki dan sebagainya. Spt yg saya katakan, melalui kata-kata, pertuturan dan tulisan dan tindakan kita, orang akan dapat meneka siapa kita (berpendidikan atau tidak; bertaqwa atau tidak,
dan sebagainya)
Anda harus ingat dua perkara ini. Pertama soal "munafiq" atau tidak adalah jauh tertanam di dalam hati. Ia terlindung dari pandangan manusia. Maksud saya tiada sesiapa yang "nampak" atau mengetahuinya, kecuali Tuhan. Bagaimana anda mengetahuinya ????
Kedua, apa yang kita fikirkan, perkatakan, pertuturkan, dan apa yang kita percaya (mengenai sesuatu apapun) tidak semestinya betul. Jangan beranggapan apa yang ada dalam kotak fikiran kita semuanya betul! Lebih-lebih lagi jika kita dipengaruhi oleh prasangka, kurang kefahaman, kurang maklumat dan sebagainya. Islam melarang kita berprasangka. Kesimpulannya, apa yang ada dalam fikiran saya (dan anda) mungkin betul..DAN mungkin TIDAK BETUL !! jangan lupa.
Kita harus belajar menerima perbezaan pendapat secara terbuka. Itu perkara biasa, kelaziman, dan resam. Sayapun tak berapa gemar idea 'kerajaan perpaduan' tetapi saya tidaklah boleh menjadi hakim pulak, kerana saya tidak tahu apa sebenarnya yang ada di dalam kotak pemikiran TGHH. Saya lebih condong kpd menolak idea beliau buat masa sekarang. Wallahu a'llam.
Catat Ulasan