Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pasukan itu akan membincang langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di samping mengambil pendekatan secara bersepadu antara jabatannya untuk mengemas kini segala aspek yang diperlukan bagi tujuan itu.
Kenyataan Ketua Polis Negara di atas menjelaskan kepada kita bahawa memang pasukan polis tidak mempunyai kredibiliti di dalam menangani masalah jenayah di dalam negara.
Sebenarnya rakyat tidak menaruh harapan kepada polis yang kerap kali bersekongkol dengan "penjenayah" sepertimana di dalam beberapa kes kematian seperti A.Kugan di mana terlalu jelas bahawa terdapatnya unsur "cover-up" yang dilakukan sejak dari awal lagi oleh pihak polis terhadap anggotanya sendiri yang telah melakukan jenayah.
Rakyat sudah terlalu faham bahawa polis mengambil jalan mudah di dalam menyelesaikan sesuatu isu seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa kes: sebarang demonstrasi dis elesaikan dengan water-canon dan unit FRU yang akan bertindak seperti binatang kepada rakyat.
Dan kedua, orang yang disyaki penjenayah akan "ditembak mati" agar tiada perbicaraan yang kelak menyukarkan pasukan polis.
Polis yang sepatutnya menjadi pihak yang melaksanakan undang-undang telah menjadi penyangak yang mengejar pangkat dan kedudukan tanpa ada rasa kemanusiaan yang sepatutnya mereka bertugas menegakkan "kebenaran" dan "keadilan".
Di dalam banyak keadaan, rakyat yang berbeza parti dan pendapat dengan kerajaan pusat akan menjadi mangsa tekanan dan kezaliman polis.
Dengan sebab itu maka rakyat menyambut baik inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco Selangor, sekalipun ada yang meminta agar kes tersebut disiasat oleh Suruhanja Diraja juga,.
Pembentukan inkues adalah lambang kekecewaan rakyat kepada polis dan polis tidak perlu lagi bising-bising mahu soal-siasat itu dan ini dalam hal kematian Teoh. Tiada siapa yang nak dengar siasatan kamu yang merapu untuk mengatur dan melakukan pembelaan kepada SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan