Menurut sumber, Nik Abduh dinasihat supaya menarik balik semua tulisannya yang menyebabkan kecelaruan banyak pihak dalam PAS. Selepas beberapa hari media harian yang dekat dengan Umno menggamatkan isu dicetuskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz, hari ini Dewan Ulamak PAS Pusat tampil meminta dihentikan polemik tersebut.
Ketuanya, Dato’ Mohamed Daud berkata, amat tidak wajar sekali sekiranya laman blog digunakan untuk kebaikan parti menjadi medan mendedahkan keburukan orang lain.
“Perbuatan itu jelas merugikan parti sendiri. Kami berharap semua pihak menghentikan pelbagai spekulasi serta andaian peribadi berhubung kerajaan perpaduan dalam blog masing-masing.
“Anggota parti juga diingatkan tidak menyerang atau cuba menonjolkan orang tertentu yang diminatinya kerana ia akan mewujudkan kesan yang negatif,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Terdahulu Bernama melaporkan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa badan itu masih belum berbincang berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Abdul Hadi.
Timbalan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan yang menjejaskan kewibawaan bapanya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Abdul Fatah Haron yang juga Ahli Dewan Harian Pas Kelantan berkata, tulisan Nik Abduh dalam blog bahawa bapanya diberi maklumat tidak tepat oleh para pembantunya mengenai kerajaan perpaduan, memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz tiada pemikiran sendiri dalam membuat keputusan politik.
“Sepatutnya sesiapa (ahli parti) yang menulis dalam blog atau apa saja berhati-hati dalam penulisan mereka. Sehingga hari ini rakyat beri kepercayaan penuh kepada tok guru.
“Jadi jangan buat sampai tok guru hilang kredibiliti. Apabila ditulis sedemikian seumpama tok guru tiada buah fikiran sendiri,” katanya.
Ditanya mengenai siapa yang mungkin dimaksudkan Nik Abduh, Abdul Fatah yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan berkata, semua rakyat dan ahli PAS adalah pembantu Nik Aziz.
“Pembantu ayahnya adalah semua orang. Nik Aziz apabila mendengar pandangan sama ada dalam parti atau kerajaan tidak pernah menerimanya bulat-bulat. Sebaliknya beliau akan mendengar semuanya dan akhir sekali melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah sebelum membuat keputusan,” katanya.
Baru-baru ini Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS menulis dalam blognya menghentam pembantu bapanya berkaitan isu kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ekoran itu media berjaya mencipta fenomena baru bagi memburukkan PAS menjelang muktamar tahunan yang akan diadakan Jun depan di Shah Alam.
Mohamed Daud yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Iraqi berkata individu tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkenaan cadangan kerajaan perpaduan memandangkan ia telah disepakati akan diputuskan pada muktamar nanti.
Menurutnya sebelum ini mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat, Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat ketetapan isu kerajaan perpaduan akan diputuskan dalam muktamar Jun ini.
“Maka orang perseorangan tidak boleh membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu kerana ia akan menggelirukan orang ramai. Bukan itu sahaja ia juga akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mempermainkan isu terbabit seperti yang berlaku sekarang,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan anggota parti tidak mengunakan blog untuk mendedahkan perkara negatif mengenai orang lain kerana ia akan menguntungkan pihak musuh.
“Kita sebagai sebuah parti Islam dan tentunya perjuangan dan cara kita juga tidak sama dengan pihak lawan,” ujarnya.
Ditanya mengenai ada kawasan yang mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan katanya, sewajarnya jawatan utama tidak dipertanding dan terus diterajui kepimpinan ulama. Bagaimanapun beliau berpendapat bagi jawatan Naib Presiden dan anggota jawatankuasa perlu ada gandingan di antara profesional dan ulama.
Ditanya lanjut mengenai kerajaan perpaduan beliau berkata, Dewan Ulamak tiada masalah untuk menyokong cadangan itu sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam.
“Namun persoalannya adakah pihak lain boleh menerima kerajaan perpaduan itu bergerak mengikut acuan Islam,” katanya. -sanggahtoksaga
Email kepada Jiwokelate
DUA TOK GURU KINI “DIBELAGAKAN” OLEH NIK ABDUH
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ..dulunya bukanlah seorang yang tersohor. Akan tetapi kini beliau sudah berdiri sebagai “orang-orang yang sudah dikenali” seperti terkenalnya Manohara Odelio Pinot, Tengku Ampuan Kelantan itu. Tulisan Nik Abduh telah tersergam di blog-blog dan terhias di dada-dada akhbar. Bukan senang untuk seminggu berada di helaian akhbar arus perdana Malaysia kecuali bagi orang-orang yang tersohor.
HEBATNYA Nik Abduh adalah kerana keberanian beliau mendedahkan suatu rahsia yang ada dalam “kain” parti. TAHNIAH! kerana jarang orang atau ustaz yang berani “menyelak kain” saudara mara sahabat handai sejamaahnya kecuali NIK ABDUH.
Katalah, benar semua dakwaan Nik Abduh bahawa “pembantu-pembantu ayahandanya adalah orang-orang jahat”, yang memberi nasihat salah tentang “Kerajaan Perpaduan” maka perlukah beliau dedahkan kepada orang luar dari lingkungan ayahandanya?. Kenapa beliau tidak memaklumkan kepada ayahandanya sendiri? Atau beliau sebenarnya mempunyai agenda lain?
Kita tidak merasa hairan sekiranya orang yang jahil dan bukan ustaz atau ulama yang menyelak dan mendedahkan “aurat” ini. Tetapi bila Nik Abduh yang “menyelak” serta mendedahkannya, maka timbullah tanda tanya BEGINIKAH ADAT BERJAMAAH DALAM ISLAM? Di mana letak duduk ilmu berjamaah dalam diri Nik Abduh?
SEKARANG ini isu yang “diselak” oleh Nik Abduh sudah menjadi isu nasional. Seluruh media sudah “membogelkan” ayahandanya. Apa perasaan Nik Abduh? Keceluparan tangan dan pemikiran beliau telah diguna sepenuhnya oleh media massa jahat untuk melaga-lagakan ayahandanya dengan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Beliau telah memberi saham yang besar kepada media pengfitnah untuk meneruskan kerja-kerja beliau sendiri. Kini beliau tidak perlu bimbang lagi kerana kerja-kerja beliau sudah di ambil alih oleh media munafik itu. MAKA kini, siapa yang melagakan siapa sebenar?
BERTAHNIAHLAH Nasaruddin Tantawi dan Roslan SMS di atas keberanian Nik Abduh “menyelak kain” ayahanda dan jamaahnya. Inilah pemimpin masa depan parti!. Inilah para Da’i muda PAS. Bagi mereka,hanya mereka sahaja yang berjuang untuk PAS. Hanya amalan mereka sahaja yang layak Allah terima. Kita yang jahil dan hanya sekadar berpeluang untuk menaikkan bendera serta menampalkan poster ini bagi mereka mungkin patut berada di pinggir syurga sahaja!
NIK ABDUH jangan ingat apa yang ada di dalam kain beliau orang lain tidak tahu. Jangan sampai orang lain juga tidak segan silu untuk mendedahkan di sini. Perfectkah hubungan kita dengan keluarga kita? Bersih sangatkah kita sehingga sesenpun kita tidak makan duit dari hasil balak dari mana-mana orang? Tidak pernahkah kita walaupun sepatah menggunakan nama ayahanda kita untuk berunding pasal balak? Harta-harta yang ada disekeliling pinggang kita itu adakah semuanya suci bersih? Tidak pernahkah kita mempengaruhi ayahanda kita untuk memilih calon pilihan raya si anu dan si anu?. AYAH ANA cukup sinonim dengan anta!
ITU SEMUA adalah tazkirah untuk kamu! Jangan seronok dibuai sokongan padu dari orang yang tidak tahu apa-apa tentang kamu. Apabila orang jahil mula “menyelak”, maka sudah tentu mereka lagi tiada batasan dan disiplin untuk melakukannya. Jangan salahkan mereka sekiranya ini terjadi, kerana sebenarnya kamu yang mengajar mereka begitu. Sekiranya kamu bersedia untuk ditelanjangi keluarga kamu, silakan!
NIK ABDUH! Berhentilah dari kerja-kerja bodoh yang boleh melemahkan jamaah. Pemimpin boleh datang dan pergi akan tetapi jamaah perlu berdiri tegap dan kukuh. Kini kamu sedang meruntuhkan kekuatan jamaah. Kamu telah menghulurkan pisau kepada musuh kita, Umno-BN. Mereka sedang menghunus pisau yang kamu beri itu ke dada ayahanda kamu dan jamaah. Apakah kamu gembira melihatnya?
Sebenarnya, kamu juga mempunyai “pembantu-pembantu yang sesat dan angkuh sombong”. Sekiranya tidak angkuh sombong sudah pasti tidak celaru biru kampong halaman yang mereka diami. Tiket pendidikan agama yang kamu warisi sepatutnya bukan untuk disalah gunakan. Apakah apabila bernama ustaz maka sesenang itu kamu melempar segala tomahan dan kata-kata kesat?
INGATLAH NIK ABDUH! Sekiranya kamu boleh bersikap kasar dengan mereka (pembantu-pembantu ayahanda yang kamu kata sesat itu), apa jaminan mereka juga tidak akan berkata begitu kepada kamu. Jadi, dimana uslub dakwah yang kamu pelajari itu – bil hikmah? Orang seperti kamu inikah yang akan menjadi pemimpin masa depan PAS?
Apa yang penting, JANGAN kamu seret perbalahan peribadi kamu ke dalam jamaah. Kamu boleh berbalah dengan mereka tetapi jangan guna platform parti. Parti bukan hak kamu. Kami yang tidak ada apa masalah dengan kamu turut terpalit dan menjadi mangsa sindiran musuh akibat dari keceluparan tangan kamu.
AYUHAI PIMPINAN PAS! Apakah kamu tidak mampu menghentikan kerja-kerja bodoh ini?
6 ulasan:
emmm. saya pun sebenarnya merasa loya dengan beberapa orang yang memperjuangkan kerajaan perpaduan .. nik abduh, roslan sms, hassan tantawi, suhaimi embong dan lain-lain. golongan ini amat merugikan perjuangan Islam. lihatlah saja adab nik abduh yang tak segan silu menyelak kain ayahandanya sendiri untuk didedahkan kepada umum. sedangkan ayahandanyalah yang menitiskan airmata bermohon kepada Allah melepaskannya dari kamunting. umno yang menzalimiya juga dicari untuk dijadikan rakan dan menempelak ayahandanya sendiri.
Hoi!!
Yg pegi Kemuntin tu Nik Adli la... Apa la.. Buat la homework ckit sblm nak komen!
slm.. wahh satu artikel yang berani.. kata kt org x leh dedahkan keburukan org.. kata nik abduh x reti adab berjemaah sbb dedahkan kelemahan parti.. yg ko pun nampak cuba nk dedah kn keburukan peribadi nik abduh lah pulak.. klu nik abduh dedahkan sumer tu sbb nak selamatkn parti.. pastu dia x bg tau sapa pun suspek yg terlibat secara jelas.. sapa makan cili dia terasa pedas.. patut kita amik muhasabah lah.. kenapa melenting pulak.. ker ko yg terasa.. tp ko ni terang2 ngan kutuk nik abduh.. mcm ugut ajer.. tu klu betul.. klu apa yg ko cakap ni x btul ko dah kira tabur fitnah.. ni ker cara penyelesayan korang.. kata power tarbiyah.. tapi 2 X 5 ajer ngan UMNO.. pastu nak suruh org dakwah lah.. bil hikmah lah.. mcm la bgs sgt.. aku igt kn ko tlg jgn buat lg provokasi kt gb ni.. org nak selesaikan masalah.. ko lg tambah masalah.. jgn buat kerja bodoh lg..
apa la korg ni, masih lg tak paham-paham, kata TGHH dgn UNMI(ustaz nasharudin mat isa) nak bawak PAS masuk UMNO, mana ada, ko ni buat-buat cite ni, apa nak masuk neraka ker? jelas dah TGHH kata perkukuhkan PR, mana ada nak kluar dari PR, slama ni mmg PAS cukup setia dgn PR berbanding kompenen lain, di pining bukan korg sume tak tau mcm mana DAP layan PAS, kt perak sampai hilang kerajaan sapa punye angkara? sapa yg tak setia? ada PKR amik tindakan tegas, ada PKR pastu sungguh-sungguh nak kembalikan kerajaan perak semula,haram jadah lah, anuar tu bkn amik kira sgt dgn kehilangan kerajaan perak, yg dia nak, nak jd PM, tp PAS terus perkukuhkan PR, klu tak dah tentu kita akn hujum PKR dgn DAP ttg masalah yg berbangkit, mintak diorg bersungguh sikit dalam PR ni, tp TGHH senyap aje, dah mcm ni pun ade org kata PAS nak kluar PR, tambah sedih lg bila ahli PAS sendiri yg tuduh mcm tu.
Anon 3:52,
saya rasa ahli PAS tidak membuat tuduhan melulu - 'tiada angin, masakan pohon bergoyang'.
Bagi saya, saya tidak bersetuju dengan pendirian Nik Abduh tentang Unity Government. Saya lebih condong kepada pendapat Greenboc seperti yang terkandung dalam postingnya tentang isu ini.
Walau bagaimanapun, saya tidak selesa dengan tindakan yang diambil terhadap Nik Abduh itu. Hakikatnya, blog sememangnya menjadi platform bagi kita meluahkan perasaan dan pendapat masa kini. Kita boleh pertikai mengapa hal dalaman diceritakan kepada umum, mengapa tidak dibincang dalam mesyuarat atau usrah sahaja dan blah, blah,blah tetapi kadang-kadang terlalu banyak isu yang tidak sempat (atau tidak diizinkan) dibincang dalam mesyuarat atau usrah. Bagi saya, kalau UMNO atau mana-mana pihak pun nak ambil kesempatan atas pergolakan yang wujud dalam jemaah, itu perkara lumrah. Kalau kita aman sahaja dan tiada masalah dalaman pun, mereka akan reka atau cipta isu untuk diperkatakan juga. Itu sudah memang kerja musuh. Saya rasa PAS tidak begitu 'fragile' hingga kita terpaksa begitu berhati-hati atas alasan 'takut memberi keuntungan kepada pihak musuh' - bukankah PAS telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan dan masih mampu bertahan? Bagi saya, pertikaian, perbalahan semuanya adalah asam garam kehidupan dan perjuangan. Mungkin ada orang yang naif di luar sana yang akan rasa takut dengan pergolakan di dalam PAS, yang merasakan PAS tidak mampu memerintah kalau berbalah sesama sendiri. Apa kata kita lalui proses kematangan? Hakikatnya, tiada organisasi/parti yang akan sunyi dari perbalahan dan pergolakan. Tiada organisasi/parti yang sempurna kerana manusia itu sendiri, sifatnya tidak sempurna. Tetapi ketidak sempurnaan, perbalahan dan pergolakan di kalangan manusia tidak bermakna manusia itu tidak kuat atau tidak mampu untuk memerintah. Lihat saja pada zaman Rasulullah dan Khalifah-khalifah Rasyidun - pelbagai masalah, pergolakan, malah peperangan berlaku, sedangkan mereka adalah manusia paling mulia dan dijanjikan syurga! Apatah lagi bagi manusia kerdil seperti kita?
Saya berharap semua pihak boleh bersikap lebih terbuka. Nik Abduh tidak puas hati dan ingin meluahkan perasaan dalam blognya sendiri, silakan. Orang lain pula tak puas hati dengan Nik Abduh dan mahu mengkritiknya, silakan. Ini negara demokrasi, bukan? Kita manusia, sememangnya mempunyai perasaan dan pendapat masing-masing, bukannya robot. InsyaAllah, ia akan berlalu juga dan timbul isu lain pula nanti (storms in teacups). Tapi, saya amat berharap tiada halangan rasmi dari PAS ke atas ahli-ahlinya untuk bersuara dalam blog mereka sendiri. Sudah terlalu banyak kebebasan (liberties) yang telah dirampas dari rakyat Malaysia, negara demokrasi ini, oleh pemerintah yang zalim. Janganlah PAS juga turut merampas sedikit kebebasan yang masih ada.
sedangkan ayahandanyalah yang menitiskan airmata bermohon kepada Allah melepaskannya dari kamunting. umno yang menzalimiya juga dicari untuk dijadikan rakan dan menempelak ayahandanya sendiri.
izinkan saya perbetulkan ayat saya di atas
sedangkan ayahandanyalah yang menitiskan airmata bermohon kepada Allah melepaskan ahli keluarganya dari kamunting. umno yang menzalimiya juga dicari untuk dijadikan rakan dan menempelak ayahandanya sendiri.
Catat Ulasan