1 Mei 2009

Kalau Jah Jadi Hantu Macam UMNO, Saya Tak Sokong PAS Lagi.

Kelmarin saya ke sebuah pusat servis kenderaan milik seorang kenalan dari kaum Tioghua. Saya katakan beliau "kenalan" kerana sudah kira-kira 10 tahun itulah satu-satunya pusat servis yang saya kunjungi.

Sesuatu yang saya suka mengenai pusat servis milik kenalan yang dikenali dengan nama Chan ini ialah layanan yang baik dan mesra pekerjanya seramai 6 orang itu dan kefasihan Chan menguasai Bahasa Melayu dialek Kedah. Biasanya pemilik pusat servis ini memanggil saya 'cikgu' walaupun perguruan bukanlah profesyen saya.

Walaupun saya menganggap Chan - pemilik pusat servis itu sebagai 'kenalan' namun hari ini baru saya tahu saya tidak mengenali beliau secara dekat. Rupanya masih ada sesuatu yang tidak saya tahu mengenai kenalan ini. Ketika Chan menghulurkan kunci kereta kepada isterinya baru saya mengetahui sesuatu. Tiba-tiba saya ternampak rantai kunci dipegangnya yang berlatar belakangkan warna hijau dan berlambang bulan penuh putih di tengahnya.

"Chan, you pun penyokong PAS ka?", soal saya. Tapi Chan tidak menjawab, dia cuma tersenyum seperti menghulurkan kunci kepada isterinya.

"Bukan penyokong la boss, dia orang kuat PAS!", kata mekanik muda Tionghua yang bekerja dengan Chan.

Lepas itu baru Chan bercerita dia sebenarnya adalah ahli Kelab Penyokong PAS Kedah. Bukan setakat ahli biasa, tapi ahli yang aktif dan banyak memberi sumbangan tenaga dan wang kepada perjuangan PAS. Malah dalam sibuk menyelenggarakan pusat servisnya itu pun, dia sempat pergi ke Taiping untuk membantu kempen PAS dalam pilihanraya Bukit Gantang baru-baru ini.

Bila saya bertanya mengapa dia tertarik kepada PAS, jawapannya ialah kerana keperibadian penyokong PAS yang sangat berbeza dengan UMNO. "Mereka kerja kuat, nampak jujur, tidak pernah harap balasan, malah sanggup keluar wang sendiri untuk parti. Bukan seperti orang UMNO yang kerja untuk duit dan tak malu pula minta duit orang. Ini yang orang Cina suka dengan PAS - depa jujur, tak gila kuasa."

Dia juga tertarik dengan prinsip kesetiaan kepada parti oleh penyokong PAS dan tidak pernah gila kuasa seperti orang UMNO. "Orang UMNO kebanyakannya gila kuasa, sanggup buat apa saja untuk dapat kuasa. Tengoklah bila PAS hanya ada lebih satu kerusi di Kelantan saja dulu, tak ada pun yang lompat parti. Kalau orang UMNO atau PKR, I sudah boleh agak apa depa buat!", katanya sambil ketawa, "Ini yang orang Cina paling respek PAS, depa tak gila kuasa macam UMNO."

Sembang punya sembang, akhirnya tiba ke topik mengenai Penanti - cerita PAS yang tidak mahu PKR mewakili PR bertanding di Penanti. Ini yang tak syok dengar ni, kerana tiba-tiba saja Chan berkata, "Kalau macam ni la perangai orang PAS, I tak mau sokong PAS lagi!"

Rupanya Chan sangat kecewa dengan PAS yang katanya sudah terikut-ikut dengan perangai orang UMNO yang gila kuasa. "Patutnya depa kena hormat PKR yang sudah lama pegang kerusi itu, tak patut depa berebut kerusi macam parti-parti dalam BN! Kalau dah nampak PAS pun macam BN, pasai apa I nak sokong PAS lagi. PAS special dulu sebab kami (orang Cina) nampak PAS berbeza dari UMNO, kalau dah jadi 'hantu' macam UMNO lebih baik I tak sokong PAS lagi!!"

Sebelum meninggalkan pusat servis itu, Chan bertanya saya, "Cikgu pun orang PAS juga ka?", katanya sambil memandang beberapa stiker yang boleh menyakitkan hati penyokong UMNO yang tertampal di kereta saya. - Pendikargunungkeriang

- komen seorang sahabat : ini semua angkara gagasan Unity Government yang celaka.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa anda yg post comment ini tidak faham apa itu unity goverment
anda haru baca banyak buku2 politik tentang buku
politik.
unity goment adalah sebuah kerjaan yg terdiri dari beberapa parti seperti
BN,PAS,DAP dan PKR
Masing mempunyai kuasa dan tidak timbul sesiapa harus tunduk pada sesiapa
unity gomen bukan bererti kita duduk bawah telunjuk umno seperti tahun 70an dulu.

isu tentang penanti ,anda harus faham
yg sedang buat kacau itu adalah ust hafiz nordin
beliau adalah ketua pemuda PAS pulau Pinang
Semua itu terjadi kerana hasutan beliau
Adakah beliau ahli PAS atau SB???
Soalan belum terjawab.
Tapi yg pasti PAS pusat telah mengeluarkan arahan agar akur pada kehendak Pakatan rakyat bahawa kawan DUN tersebut adalah kepunyaan PKR
jadi soalan penting dah terjawab,dgn automatik sesiapa yg telah mengatakan PAS gila kuasa adalah org umno sendiri..dan barua2 sedang berusaha keras agar pakatan rakyat dipecahkan.
AWAS!!!

Tanpa Nama berkata...

unity government helah presiden pas untuk "bercampur" dengan umno. kemudian tuduh ahli pas tak banyak membaca. al-quran dan hadith tak de sebut pun unity government. kalau tak nescaya Allah dah perintahkan Mohd berbaik-baik dengan abu jahal dan abu lahab untuk bentuk kerajaan perpaduan mekah. tetapi rasulullah diperintahkan berhijrah demi mengeakkan kebenaran dan keadilan.

ulamak sesat mencelakakan umat!

bart berkata...

tulisan yang baik. biar pemimpin PAS buka mata. terasa sombong dan megah bila dah diberi kemenangan yang sedikit.

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:23PM
unity governmnet helah presiden PAS?

ulamak sesat mencelakakan umat?

saya yakin anda bukan ahli PAS..
dan anda tidak faham apa itu unity government dan apa permasalahan sekarang....

Tanpa Nama berkata...

orang yg berjuang untuk unity government sendiri bangang dan tak faham apa itu unity government. berpusing2 macam ust.hadi, katanya hanya sesuai masa pak lah badawi. skrg najib perintah, unity government dah tak sesuai katanya... bukankah itu bangang namanya?

Bajukumbang berkata...

hahaha..hujah yg mantap. tapi kesian la cakap diorang bangang.

betul jugak kata sedara, masa paklah sesuai buat UG, masa najib xsesuai UG. hahaha...saya nak anon yg pertashankan UG kat atas jawab balik. kalau UG tu bagus, kenapa xleh buat masa najib. takut najib ke? awak kata kalau kita buat UG kita tidak akan tunduk kpd UMNO. apecerr?

explain sikit..mmg sy kurang faham dan kurang membaca.