Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin Wan Ahmad wajar dijadikan calon BN kerana kenyataan beliau yang dianggap menyebelahi Barisan Nasional.
“Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak,” kata Shamsul dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Wan Ahmad yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya seperti yang dilaporkan media, 27 April lalu.
SPR telah bercadang untuk menguatkuasakan beberapa pendekatan baru. Antaranya ialah menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding serta menguatkuasakan ‘hari bertenang’ menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.
Menurut Shamsul, rancangan ini adalah sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini.
“AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon,” Kata Shamsul lagi.
Shamsul menambah, walau ramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak.
Malah menurut Shamsul, terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang ‘jelas kelihatan’ menyokong BN.
Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK, menurut Shamsul tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.
“AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,
“Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja,” katanya lagi. -suarakeadilan
1 ulasan:
Bagitulah selagi ada puak2 anggok2 masih dalam perkhdimatan awam seperti SPR apa saja kehendak UMNO mesti ditunaikan...ingatlah UMNO itu adalah sebuah parti juga..jangan jadi boduh...ada otak fikir sikit..
Catat Ulasan