17 Mei 2009

Najib Altantuya PM Satu Malaysia Pecahbelahkan Satu Kampung!!

Hampir setiap hari PM saya ini menjaja gagasan Satu Malaysia. Gagasan yang kononnya dapat membawa harapan baru kepada rakyat seluruh Malaysia. Gagasan yang kononnya dapat menyatupadukan rakyat.

Satu Malaysia gagasan besar. Tapi tak mungkin sesuatu yang besar boleh dilaksanakan tanpa sesuatu yang kecil. Gagasan besar hanya boleh menjadi kenyataan dari pengukuhan gagasan-gagasan kecil di bawahnya. Seperti juga bangunan besar tidak mungkin tersergam di hadapan mata tanpa penyatuan batu-bata kecil yang membentuknya.

Begitu juga dengan Satu Malaysia, ia tidak mungkin wujud tanpa adanya Satu Kampung kerana kampung adalah lokaliti yang paling kecil sebelum ianya membentuk pekan kecil, bandar, daerah, negeri dan negara. Tapi bagaimana PM boleh menjaja gagasan Satu Malaysia yang besar itu jika di peringkat kampung pun dia gagal mewujudkan perpaduan? Bukan saja gagal mewujudkan perpaduan, malah BN sendiri yang menjadi agen utama perpecahan!!

Bukti kukuh ialah apabila Kerajaaan Persekutuan mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) bagi menyaingi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR selepas PRU-12 dahulu. Sebelum ini JKKP telah diwujudkan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak sebaik saja BN tewas di negeri-negeri itu. Hari ini benih-benih perpecahan yang diilhamkan BN dicambahkan pula ke Kelantan. Hari ini, ketika dalam kereta tadi saya mendengar berita dari radio yang melaporkan bahawa JKKK yang dibekukan sejak tahun 1990-an apabila PAS menguasai Kelantan akan ditubuhkan semula dengan fungsinya diubahsuai termasuk namanya akan dikenali sebagai JKKP Kelantan.

JKKP bukannya satu idea baru, ia idea lama BN untuk memecah belahkan perpaduan masyarakat. Malangnya benih-benih perpecahan ini dimulakan di peringkat paling bawah, di peringkat paling asas, di peringkat on the ground! Bayangkan jika dalam sesuatu bangunan asas batu batannya dibina tidak kukuh, sengaja dipecah-pecahkan, tunggulah ketika sesuai apabila bangunan itu pasti akan runtuh! Dan paling malang pencetus perpecahan ini ialah Kerajaan Persekutuan sendiri! Malangnya agen pepecahan ini datang dari idea mereka yang kononnya adalah penyoong kuat gagasan Satu Malaysia. Mereka ingin membina Satu Malaysia tapi mereka sendiri memecahbelahkan Satu Kampung!!

Soalnya jika Satu Kampung pun BN gagal mewujudkan perpaduan, malah menanam bibit-bibit perpecahan, bagaimana hendak disatu padukan Satu Malaysia? Jika Satu Kampung pun gagal diterapkan idea perpaduan, usahlah bermimpilah tentang gagasan Satu Malaysia!! - pendikargunungkriang

Tiada ulasan: