17 Mei 2009

Pengalaman Seorang Peguam Muda Di Balai Polis Brickfields

Ketika tiba di balai polis Travers, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 pagi. Kami diberi sepasang baju berwarna pink dan seluar warna hitam. Fadiah, Murnie dan Syu enggan memakai baju tersebut kerana ia berlengan pendek. Akhirnya polis wanita tersebut mengalah dan memberi mereka sepasang baju dan seluar berwarna oren terang. Baju tersebut berlengan panjang. Ketika Fadiah menyarungkan baju tersebut, kami kedua ketawa berdekah-dekah selama 10 minit. Ini kerana beliau nampak sangat lawak dan sangatlah hiphopper wannabe.

Kami disuruh diam oleh polis. Kemudian, cermin mata dan sepit rambut kami diambil. Kami juga tidak dibenarkan memakai bra dan selipar juga kena ditanggalkan. Kami diberi seikat gelang getah yang selalu digunakan untuk bermain 'zero point' ketika kecik-kecik dahulu untuk mengikat rambut. Fadiah telah mengambil segenggam getah tersebut dan menyarungkan kesemuanya ke rambut. Kata beliau, lepas ni kita boleh main "zero point" dalam lokap.

Keempat-empat kami ditempatkan di dalam lokap yang sama. Lokap yang paling hujung, bersebelahan dengan bilik air yang tak ada pintu. Bau jamban mula menusuk ke hidung. Keempat-empat kami tidak diberikan selimut dan bantal. Kami baring berbantalkan lengan. Kami cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Maka kami hanya berbaring sahaja memandang ke siling. Kami berbaring sebaris menunggu hari pagi.

Kira-kira pada pukul 9 pagi, sarapan kami pun tiba - 2 keping roti yang disapu marjerin dan sebungkus teh o tanpa straw. Kira-kira sejam selepas itu, Murnie dipanggil keluar oleh seorang polis wanita. Kami yang lain terpinga-pinga. Sejam selepas itu, seorang polis lelaki berada di depan bilik lokap kami. Fadiah terus bersembunyi di belakang aku kerana dia tidak bertudung ketika itu. Polis lelaki tersebut bertanya kepada kami tentang firma guaman manakah kami beramal, dan alamat firma. Selepas mengambil butir-butir tersebut, polis tersebut mengarahkan kami dibawa ke ruang depan balai.

Apabila keluar dari pintu, aku nampak Kak Lat dan ibu Murnie. Seorang polis wanita menyarungkan gari kepada aku. Aku kata, "Tak perlulah, saya bukan penjenayah berat". Tapi akhirnya kami digari juga.Kami telah dibawa ke bangunan sebelah. Di sana, cap jari dan gambar kami diambil. Ketika itu, datang seorang pegawai polis dan berkata, buat"Kamu ni peguam-peguam muda apa nak kecoh-kecoh. Sebab kamu, Majlis Peguam buat press conference. Lepas ni kamu akan diblacklist dan akan susah nak kerja." Fadiah kata, "Eh lepas ni lagi senang kami nak buat kerja!" Aku hanya tersenyum - Puspawati Rosman.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah dia Malaysia, negara demokrasi...

ok berkata...

Tahniah dan syabas peguam muda, anda berani. Gunakanlah untuk berjuang di jalann Allah SWT

Tanpa Nama berkata...

TUJUANNYA NAK POPULARKAN FIRMA GUAMAN SENDIRI AJE. BIASALAH. TAKTIK LAMA

Tanpa Nama berkata...

Salah satu 'Pratikal perundangan' yang paling berkesan dan memanmbah pengalaman dari segi penguatkuasaan undang-undang.

Saya ucapakan syabas dan tahniah kepada peguam-peguam muda yang berani didalam menentang unsur-unsur mereka yang menyalahi mengunakan undang-undang untuk 'periok nasi'.

Tanpa Nama berkata...

TUJUANNYA NAK POPULARKAN FIRMA GUAMAN SENDIRI AJE. BIASALAH. TAKTIK LAMA

Maknanya kalau sokong kerajaan tokleh popular dan tokleh cari makan ler ya

So baik jgn sokong lagi BN

Tanpa Nama berkata...

Kepada Peguam Muda,

Anda telah mendapat sedikit pengalaman menghidu udara dalam lokap. Dan sekarang anda telah mengetahui sedikit sebanyak bagaimana hina nya seseorang itu apabila disumbat kedalam lokap walau pun orang itu hanya disyaki melakukan kesalahan.

Sepatutnya anda juga perlu merasai bagaimana rasa sakitnya apabila dibelasah oleh anggota polis dengan tangan digari. Anda boleh melihat wajah anggota polis macam "sial" ketika menyoal siasat anda.

Bagaimana perasaan anda setelah merasa duduk dalam lokap dan bagaimana perasaan anda melihat anggota polis membelasah rakyat dalam kemelut politik Negeri Perak...?

MONA berkata...

betul tu
pengalaman dilokap tak sama dengan teori jer

bila dah ada pengalaman baru senang nak buat kerja

bila dah terkenal lagi maju syarikat guaman anda, tahniah

Tanpa Nama berkata...

itu bulum lagi makan nasi campur lokap berulamkan kangkung balai ..macam hang tuah..