26 Mei 2009

Husam dan Zahid Dalam HUJAH Malam Ini

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi akan bertemu dalam Program Hujah TV 9 pada 26 Mei 2009 (Selasa) jam 9.30 malam.

Program tersebut akan menampilkan Profesor Madya Agus Yusof sebagai pemudahcara dengan tajuk “Rasuah Politik” dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9.

Husam dilaporkan akan menyentuh perkara-perkara slogan Bersih Cekap Amanah yang semakin dilupakan oleh pemimpin-pemimpin BN, isu korupsi, agensi-agensi kerajaan yang lebih bertindak sebagai agen parti pemerintah seperti SPR dan SPRM, insitutsi kehakiman dan lain-lain.

Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu minggu depan.

Selain Husam, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dijangka akan mempertahankan jawatan tersebut.

Blog Kelab GB akan cuba menayangkan program tersebut secara lansung pada pukul 9.30 mlm ini iaitu setengah jam sebelum rancangan Isu Semasa dan Irama Malam Bersama GB di radio tko.fm bermula.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tgk iklan dalam tv3 suku pg td husam vs ezam kotak, yang mane satu ni??

Tanpa Nama berkata...

yang tu tak jadi. malam nie ezam sumpah keramat dng husam baju si kotak-kotak