Apatah lagi, topik yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan politik wang, masakan Zahid mahu mengelak diri dari memperkatakan topik tersebut kerana beliau sendiri pernah menyatakan Umno teramat serius untuk membenteras politik wang.
Sudah tentu bukan sahaja penyokong-penyokong pembangkang yang ingin melihat kehebatan Husam Musa di dalam mengulas isu ini, tetapi saya percaya ramai di kalangan ahli-ahli Umno dan Bn yang ingin mendengar bagaimana formula Zahid untuk menghapuskan politik wang yang sudah sebati dengan Umno ketika ini.
Malang sekali, Menteri Pertahanan yang sepatutnya mempunyai jiwa keberanian umpama tentera, disaat-saat akhir menarik diri dari menyertai rancangan tersebut. Saya rasa semacam sudah menjadi `badi' pula buat Zahid dengan penarikan diri Umno untuk bertanding di dalam PRK Dun Penanti hinggakan terpaksa menarik diri dalam rancangan yang sudah diatur ini.
Saya tidak ingin mengatakan Zahid pengecut, tetapi kalau ada yang berkata demikian sukar untuk saya menepisnya. Saya juga tidak tergamak menuduh Umno pengecut di Dun Penanti, tetapi jika ada yang beranggapan demikian mungkin saya terpaksa bersetuju. Pada anggapan ahli-ahli Umno, parti mereka adalah parti yang kuat dan gagah serta pantang dicabar, oleh yang demikan wajar Umno tarik diri dari bertanding di PRK Dun Penanti. Kelakar tapi tidak pelik juga.
Memandangkan rancangan Hujah TV9 telah diatur, maka terpaksa dibawa masuk Raja Sesumpah yang terlalu banyak jasanya kepada Umno itu. Atas kapasiti apa Raja Sesumpah itu dipanggil? Ketua Cawangan Umno? Ketua Pemuda Cawangan Umno? AJK Bahagian Umno atau Ahli MKT Umno ? Menteri atau Timbalan Menteri jauh sekali. Topik yang hendak dibincangkan adalah melibatkan dasar parti dan kerajaan, maka pelik juga mengapa sebarangan orang dibawa untuk mengulas isu tersebut? Apakah rancangan tersebut bertujuan untuk memperkecilkan Umno?
Pada hemat saya, tindakan Husam Musa yang menangguhkan dahulu penyertaan beliau di dalam rancangan tersebut tepat sekali. Biar buku bertemu ruas, dan Husam akan membuang banyak masa melayani Raja Sesumpah yang mempunyai ` lidah bercabang' itu. Raja Sesumpah yang tiada jawatan di dalam Umno itu hanya sesuai berbicara atau bertegang urat di warung-warung kopi sambil kena teh tarik sahaja.
Saya berharap di lain masa, TV9 akan dapat mempertemukan tokoh-tokoh yang hebat di dalam rancangan tersebut. Penonton tidak mahu melihat pencacai-pencacai yang tidak ketahuan berbicara di dalam rancangan berbentuk ilmiah tersebut. Kita masih menunggu bilakah masanya TV9 akan mempertemukan dua tokoh iaitu Najib dan DS Anwar.
Mungkin harapan kita ini seperti mengharapkan `kucing bertanduk'. Tetapi, ianya tidak mustahil berlaku sepertimana kita tidak pernah menjangkakan Speaker Dewan boleh `diragut' dan diheret keluar dari Dewan. Tiada yang mustahil di bawah PMR (Perdana Menteri Rakyat). -wfauzdin
3 ulasan:
he3..aku tgk smalm..kelakar le bang ezam ni..
kotak xde pulak kat sya..kat DS ANwar plak..
he3
koTAK kepala hoTAK ezam... naik boTAK PM kite di teTAK rakyat.... rampas perak gune kaTAK... boTAK-boTAK... zahid hamidi pulak kuat menyaLAK tapi mintak mamat koTAK gantikan die... zahid g sambut tarian bogel lagi kut... hehehe
Semalam Ezam kantoi menipu dikhalayak ramai. Adakah patut dia kata sebab utama dia masuk geng gerombolan PEKEMBAR kerana tertubuhnya SPRM yang lebih telus.
Lupakah sikatak ni yang dia join that group sebelum PR12, Sedangkan SPRM baru je beberapa bulan ditubuhkan. Tiada kaitan langsung SPRM dgn Ezam.
http://nmjnh.wordpress.com/2009/05/26/the-art-of-rethoric/
Satu lagi, Husam ada kt Seri Pentas, tai tak nak naik pentass bersama Ezam, sbb Ezam bukanlah lawannya. Buat jatuh std je pg sana sbb Zahid kecut tak berani dtg berhujah secara langsung one on one.
http://globalbreakingnews.blogspot.com/2009/05/if-i-were-pm-dsai.html
Catat Ulasan