27 Mei 2009

UMNO PR Penanti : SPR Nak Batalkan Kemenangan PKR Jika...

Di dalam satu tektik untuk mengalahkan PKR ialah dengan membatalkan kemenangannya. Demikian langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika pihak mereka mendapati calon PKR bersalah.

SPR hari ini menyatakan akan meneliti salinan rakaman audio cakera padat berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sebelum mengambil tindakan lanjut.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata salinan cakera padat yang diserahkan calon Bebas Pilihan Raya Kecil DUN Penanti Aminah Abdullah itu akan dihantar ke ibu pejabat untuk disiasat.

"SPR akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat kes ini. Kami akan teliti isi kandungan cakera padat itu untuk pastikan siapa yang terlibat, dan sekiranya calon PKR terlibat, kami akan ambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad, di Jalan Stesen di sini hari ini.

Banyak pihak melihat kenyataan Pengerusi SPR itu sebagai cara untuk menekan calon PKR kerana SPR sudah pun mengetahui bahawa yang terlibat di dalam cakera padat berkenaan tidak ada kena-mengena dengan calon PKR iaitu Dr. Mansor Othman.

"Untuk apa Pengerusi SPR membuat pengumuman sehingga berkata nak membatalkan keputusan kemenangan calon PKR sedangkan siasatan pun belum bermula? Nampak sangat niat jahat SPR yang menjadi kuda tunggangan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dari dulu sampai sekarang," tegas seorang pemimpin PR yang menghubungi Kelab GB.

"Lagipun mengapa tidak boleh berlaku adil dan profesyenal, dimana SPR dan SPRM mesti turut menyiasat samada kes Aminah tersebut adalah genuine (sahih) atau sengaja satu rekaan / konspirasi Aminah atau sesiapa juga yang berkepentingan di belakangnya?" tambahnya lagi.

Abdul Aziz sejak mengambil-alih jawatan Pengerusi SPR telah dilihat keterlaluan di dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan serta mengambil tindakan-tindakan yang terlalu berat sebelah seperti yang dilakukan di dalam kes keengganan mereka untuk menerima writ Speaker DUN Perak bagi peristiharan kekosongan tiga DUN di negeri berkenaan beberapa bulan dahulu sehingga menyebabkan berlakukan kemelut politik Perak yang berpanjangan sehingga hari ini.



Tiada ulasan: