21 Apr 2009

UMNO Grik Edar Pil Ecstacy, Tajol Rosli Perlu Jelaskan..

PAGI ini saya buka e-mail saya, terdapat berita ini..

Jumaat lepas (10/4)…empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa. Mereka ditangkap dipekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12/4/09 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut. Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Grik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan. Maka dengan itu..polis Grik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand. -sumber berita dari: Rambo


Nampaknya, demi menjaga kehormatan dan nama baik UMNO, Ketua UMNO Bahagian Grik, DS Tajol Rosli kena jelaskan segera, sekurang-kurangnya menafikan berita ini, kalau benar-benar tidak berlaku. - ibn hasyim


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika berita ini benar, UMNOlah sebenarnya yang mempunyai kekebalan di Malaysia negara Islam berdemokrasi ini. Krisis perlembagaan dahulu yang menghadkan kekebalan Raja-raja hanya taktik Mahathir untuk memindahkan kekebalan itu kepada UMNO nampaknya.