21 Apr 2009

Pasca Bukit Gantang : Usung Gambar Altantuya - 8 Ahli PKR Dilanjutkan Jaminan Sebulan

Polis Taiping hari ini melanjutkan tempoh jaminan selama 1 bulan ke atas 8 ahli PKR yang ditahan semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang lalu, tanpa sebarang alasan. Mereka ditahan kerana dipercayai kerana terbabit dalam dalam kes mengusung gambar mendiang Altantuya semasa PRK 7 April lalu.

Salah seorang tertuduh Mohd Yusri Yaakob yang juga Ketua AMK Lumut menyifatkan tindakan polis menahan mereka sebagai permainan politik Barisan Nasional kononnya untuk tidak menganggu perjalan pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Menurut Mohd Yusri, mereka tidak mengaitkan gambar Altantuya dengan Najib, tetapi sekadar membawa gambar dan keranda Altantuya sebagai memperingati pembunuhan kejam yang berlaku ke atas Altantuya.

Kelapan-lapan ahli PKR tersebut hadir di Mahkamah Sesyen Taiping pada pukol 8.30 pagi hari ini. Walau bagaimanapun pada pukol 9.00 pagi mereka bersama peguambela mengambil keputusan untuk pergi ke Balai Polis Taiping untuk mengetahui keadaan sebenar.

Dep. Supt. Leong Weng Yew kemudiannya memaklumkan kepada mereka bahawa tempoh jaminan mereka dilanjutkan sehingga 21 Mei depan untuk sebutan kes di mahkamah yang sama. Mereka ditahan mengikut Seksyen 4A Akta Keselamatan Pilihanraya 1954 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 5 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.



Tiada ulasan: