Menurut Bernama, SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.
Mohammad Fairus, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.
Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.
Namun di pilihanraya kecil DUN Penanti nanti, SPR melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi.
Ia dilihat oleh banyak pihak sebagai satu usaha dari SPR lagi bagi mengenakan tekanan kepada parti-parti selain BN untuk tidak dapat mengetahui dan mengesani arah aliran pengundi-pengundi dan sepastinya SPR melakukannya bagi tujuan-tujuan tertentu yang sebenarnya ada kaitan dengan percubaan mereka sekali lagi cuba untuk membantu calon BN memenangi pilihanraya kecil nanti, jelas seorang penganalisis politik di sebuah ipt di sini hari ini.
Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas. Satu hujjah tipikal SPR yang sering diberikan apabila ada pihak cuba mendedahkan usaha terancang SPR tersebut yang bertindak secara jelas berpihak kepada parti pemerintah.
"Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu bagi membantah peraturan baru tersebut kerana ia dilakukan tanpa mengambil kira pandangan parti-parti politik bukan-BN disamping ia mencabuli prinsip-prinsip asas demokrasi," tegas seorang penganalisis politik.
"Disamping itu sekalipun tidak dinyatakan jumlah penyokong dihadkan, ada pelbagai kemungkinan provokasi boleh berlaku dihari penamaan calon dan hari mengundi bagi menjustifikasi tindakan mereka untuk melaksanakan peraturan itu dimasa akan datang dan Pakatan rakyat perlu berwaspada mengenainya," tambahnya lagi.
1 ulasan:
Ini pengulangan kepada peraturan sebelum ini yang menghadkan pondok panas mesti berada diluar 200m kawasan mengundi. Apa yang saya bimbangkan ialah muslihat bagi membolehkan atau membawa pengundi hantu tanpa disedari oleh penduduk tempatan. Ini perlu diinsafi dan adalah langkah bijak meneruskan amalan merakam setiap pergerakan di pintu masuk pusat mengundi. Tq
Catat Ulasan