Malah tanpa ada maruah dan harga diri, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh walaupun berita pada hari sebelumnya menjelaskan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri memberitahu, Ramzi dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
"Ini semua akibat dari sikap polis yang menjalankan tugas dengan membelakangkan professionalisme tetapi lebih mengutamakan mematuhi arahan pihak-pihak tertentu sehinggakan jika kes itu melibatkan UMNO, ia akan cepat-cepat ditutup dan dianggap selesai," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.
"Bagaimana mungkin ada dua kenyataan yang bercanggah dari dua pegawai polis terhdap kes yang sama, satu kata Ramzi dicari dan seorang lagi menafikan," tambahnya.
Pada pada 14 April lalu, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid; Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas menerima SMS ugutan berkenaan.
Tujuh Adun lain yang bersimpati dengan mereka kemudian bersepakat tidak hadir pada hari kedua sidang DUN pada hari itu.
Mereka bagaimanapun hadir semula sidang DUN pada hari berikutnya selepas diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selain mendapat jaminan keselamatan polis.
Manoharan juga dilaporkan telah turut meminta kerjasama pelbagai pihak termasuk orang ramai dan media agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.
"Spekulasi apa lagi jika polis dengan jelas telah mencabul professionalismenya dengan menutup kes berkenaan hanya semata-mata ia melibatkan pemimpin UMNO?
Banyak pihak telah menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan terbaru polis terengganu tersebut dan ia sekaligus telah menjejaskan nama baik polis di mata masyarakat.
1 ulasan:
Sepatutnya Polis diRaja Malaysia berkhidmat dibawah naungan DYMM Seri Paduka Yang diPertuan Agong tapi disebabkan kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir menukar posisinya maka kini Polis DiRaja menjadi Polis Di Perdana Menteri.
Oleh kerana itu kita lihat polis sentiasa menjadi pelindung pada ahli UMNO saja dan menjadi samseng pada ahli parti pembangkang.
Catat Ulasan