Ezam telah menyertai UMNO semula semasa Abdullah Ahmad Badawi masih sebagai Presiden UMNO. Ezam masuk Umno bila Mahathir keluar Umno. Konon zaman Mahathir zaman gelap, zaman Pak lah zaman 'reformasi'.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pula pernah ditanya media tentang kisah pahlawan muda yang kini berpencak dalam gelanggang lama.
Respon pertama Tun - "Takpa la...saya keluar, dia masuk."
Kemudian Tun sambung lagi dalam majlis lain. Tun kata Ezam macam katak. Lompat masuk, lompat keluar... but the pot now is calling the kettle black, isn't it?
Sekarang bagaimana cerita? Mahathir yang masuk, Ezam tak keluar ke?
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Ezam sebagai seorang yang tidak berprinsip. Ada benarnya.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat kisah katak-katak di dalan UMNO ini apa kesudahannya nanti.
Ramai beranggapan, rumah UMNO kini lintang-pukang. Dan UMNO akan hancur di tangan ahli-ahlinya sendiri.
4 ulasan:
Tak perlu di hi-light kan si budak Ezam tu..kalau dulu dia kaya dan kuat dgn si KJ sekarang ni KJ sendiri pun dah tak laku..so u pun boleh pikir lojik dia nak dibuang kat mana...keje sapu lah kat mana2 patut ok
Berubahlah ezam. Bersemangat semasa berceramah tapi semua cerita lama aja. It will not do any good to you but will haunt you. Now you are helpless. Even Mahathir is not in your favour.
eh! bukan ke mamat ni dah tukar nama ke? nama pena yang paling matching ngan dia 'MAT KOTAK'..org lain sibuk nak join pakatan,dia lak nk cuba nasib dlm umno-bn..huhu..sdgkn khairy yg habis berjuta pun xdapat jd menteri..sedar la wahai MAT KOTAK!!!
Dalam dunia politik, akan ada jalan yang berliku dan berisiko. Orang yang tidak terbabit secara langsong dalam politik akan merasa pelik apabila melihat kerenah seseorang ahli politik menentang arus.
Tetapi bagi orang yang hidupnya bergelumang dalam politik beranggapan apa yang dilakukan itu adalah langkah "menyelamatkan diri" demi dilihat sebagai ahli politik yang berpengaruh.
Apa pun jenis perkataan yang kesat mahu disebutkan dan ditujukan terhadap orang politik, ianya tidak akan menjadi kudis kepada mereka.
Sebagai contoh Tun. Dr. Mahathir yang telah menjadi ahli politik sejak berpuluh tahun yang lalu telah menerima kecaman dan kutukan yang berbagai tetapi sehingga hari ini dia tetap berdiri diatas pentas dan terus bercakap dihadapan orang awam.
Ini menunjukkan bahawa kata-kata sama ada kesat atau kutukan yang ditujukan pada ahli politik tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap mereka kecuali undi.
Semua ahli politik akan merasa takut dan gerun apabila mereka terpaksa berhadapan dengan undi... kerana undi adalah penentu nasib mereka akan terus naik keperingkat tertinggi atau terus jatuh kedalam gaung yang dalam.
Oleh kerana itu kita lihat pemimpin UMNO amat memerlukan rasuah "membeli undi" demi menjamin perjalanan politik mereka berjalan lancar.
Catat Ulasan