Tugas pertama Ezam untuk menghentam bekas ketuanya itu ketika pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh. Dari satu pentas ke satu pentas selama beberapa malam, Ezam diberikan mikrofon untuk menyerang Anwar dan menyalahkan Ketua Umum KeADILan atas apa saja yang berlaku. Demi untuk membuktikan kesetiaannya kepada Umno, Ezam dengan nada suara dan gaya yang menyamai Anwar terus menerus menghentam bekas ketuanya itu.
Akhirnya berkat kesungguhan Ezam yang sanggup menjadi kuda tunggangan Abdullah, keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh berpihak kepada Anwar. Kerusi parlimen Permatang Pauh kekal ditangan KeADILan dengan Anwar menang besar. Lawan Anwar dari Umno memperolehi undi kurang dari jumlah ahli Umno di Permatang Pauh.
Usai pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh, Ezam terus ditugaskan untuk menyerang dan menghentam Anwar dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Tanpa banyak soal, dengan gaya ucapan yang menyamai Ketua Umum KeADILan, Ezam dari satu pentas ke satu pentas selama beberapa malam terus menyerang Anwar. Selain menyalahkan Anwar dalam pelbagai hal, Ezam juga mengelak dari dibebani dengan isu enam kotak yang pernah menjadi tema ceramahnya ketika bersama KeADILan suatu masa dahulu.
Dan tentunya Anwar akan menjadi mangsanya. Tidak cukup dengan isu enam kotak rahsia yang diserahkan kepada Anwar, Ezam juga ketika itu mendedahkan Anwar pernah meminta beliau menyerahkan sepucuk surat kepada Dr Mahathir sebagai usaha untuk berdamai. Ezam dengan penuh bangga membaca isi kandungan surat tersebut dan juga mengakui tidak sempat menyerahkan surat tersebut kerana kelewatan beliau tiba ditempat yang sepatutnya.
Pendedahan yang dibuat oleh Ezam mengenai tugas menyerahkan surat untuk berdamai itu mengejutkan banyak pihak. Rata-rata rakyat bukan terkejut kerana Anwar mahu berdamai dengan Mahathir sebaliknya terperanjat kerana Ezam tidak mampu menyelesaikan tugas yang semudah itu. Kalau tugas semudah itu tidak mampu digalas, bagaimana kalau diamanahkan untuk memimpin rakyat? Begitu persoalan yang bermain di fikiran rakyat.
Selain dari terkejut kerana Ezam tidak mampu menyelesaikan tugas semudah itu, bukan sedikit rakyat yang menyalahkan Ezam kerana menyebabkan krisis politik di negara ini terus berpanjangan. Kalangan ahli Umno juga ramai yang kecewa kerana Ezam gagal menyelesaikan tugas tersebut. Bagi mereka, jika Ezam dapat menyerahkan surat tersebut, Umno tidak akan dihimpit masalah seperti mana hari ini.
Namun segala cemuhan itu tidak dihiraukan Ezam, apa yang penting beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Umno. Digelar 'balaci' atau 'kuda tunggangan' bukan satu masalah bagi Ezam, yang penting beliau dapat mana-mana pentas untuk menyerang bekas ketuanya dan membuktikan kehebatannya berceramah saling tak tumpah macam Anwar. Kerana itu, untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Ezam meneruskan tugasnya sebagai 'kuda tunggangan' Umno dibawah ketua baru, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk terus menyerang dan menghentam Anwar.
Itulah Ezam selepas kembali menyertai Umno, sebagai 'balaci' atau 'kuda tunggangan' yang setia kepada ketua, Ezam sanggup kemana sahaja untuk menghentam dan menyerang Anwar. Demi Umno dan presidennya tidak kira Abdullah atau Najib, Ezam sanggup terus menerus menyerang Anwar biarpun ramai yang kini melihat Ezam tidak lebih seperti badut sarkas atau anak yang tidak cukup kasih sayang.
Itu kisah Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) yang mampu berceramah saling tak tumpah seperti Anwar. Kini sebaik saja Najib rasmi menjadi Perdana Menteri, seorang lagi mengalas tugas yang sama seperti Ezam. 'Balaci' atau 'kuda tunggangan' terbaru Umno kini merupakan bekas presiden parti itu sendiri. Malah lebih hebat, badut sarkas Umno kali ini juga merupakan mantan Perdana Menteri yang keluar dari Umno kerana kecewa dengan Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir pada 4 April lalu dengan rasminya kembali menyertai Umno apabila menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke enam yang juga Presiden Umno yang baru. Cara penyertaan Mahathir sama seperti Ezam, menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri. Dan sebagai tanda kesetiaan kepada Umno, Mahathir juga diarahkan oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak agar turun membantu jentera kempen BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Akur dengan arahan ketuanya itu, maka pada 6 April lalu, Mahathir turun ke Bukit Gantang bagi menyelesaikan misi beliau sebagai 'balaci' Umno. Sama seperti Ezam, Mahathir juga menyerang dan menghentam Anwar. Mahathir sepertimana ketika mengkritik Abdullah yang menghentam apa yang pernah dibuatnya semasa menjadi Presiden dan Perdana Menteri.
Di Bukit Gantang, Mahathir mengkriktik Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan menganggap Nizar sebagai penderhaka biarpun ketika krisis politik di Perak tercetus, beliau dalam blognya mempertahankan apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Mahathir juga di Bukit Gantang membuktikan bahawa bukan Melayu yang mudah lupa sebaliknya beliau seorang pelupa kerana menganggap Nizar derhaka sedangkan beliaulah 'Bapa Penderhaka' kepada raja-raja dan sultan Melayu ketika krisis perlembagaan tahun 1993.
Begitulah nasib dua bekas ahli Umno yang kembali ke pangkuan parti tersebut. Dan bila keduanya ghairah menyerang Anwar petandanya ahli parlimen Permatang Pauh itu masih besar pengaruhnya dalam landskap politik negara serta amat digeruni oleh Umno.
- gitajiwa
5 ulasan:
takpe la bungalow nya dah besar
banyak bole letak kotak lebih dari 6 kotak tu..
ummmm dalam kotak tu ada apa betulke document sulit rasuah...
ataupun penuh dengan duit dari am..no.
tu pasal la dia tak nak bagi kotak tu.
kotak o kotak
kenapa aku tak muncul
macam mana aku nak muncul
tuan akau bacul
tuan o tuan mengapa engkau bacul
mana mana aku tak bacul
mamak masuk umni balik
mamak o mamak
mengapa kau masuk umno balik
macam mama aku tak masuk balik
aku dah tak masyhukkk...
Ko tu yg bodoh bagang.. kotak tu rahsia kerajaan, kalau dedah sekarang alamatnya nk mampus... mahkamah pun dijadikan kuda tunggangan, yg salah kat umno jadi benar & yg mana benar utk PR jadi salah... itu pun tak nampak ke wahai Sibuta hati & mata Oiiii....
Anonymous - pencacai UMNO -sebijik macam ezam.
bodohnya cik anum 5:47
cik anum 5:34 kutuk ezam n mahathir
baca elok elok
tiba tiba je memjerit macam maya karim puntianak harum sundal malam kj.
yela bro cik anum semua
cik anum 5:34 dok kutuk ezam tu
awaq la cik anmu 5:47 marah sangat nooo.baca la betui betui...
ore kito seremo tu bakpo dok balohnya.
Catat Ulasan