21 Mac 2009

PAS GESA SPRM JALANKAN SIASATAN KE ATAS ALI RUSTAM

PAS menggesa supaya Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Said Hamdan supaya menjalankan siasatan ke atas Ketua Menteri melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang telah disabitkan dengan kesalahan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO baru-baru ini.

PAS Tanjung di Pulau Pinang telah membuat laporan ke pejabat SPRM Pulau Pinang terhadap Mohd Ali yang telah dilarang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden di dalam pemilihan UMNO dan tiga orang agennya telah digantung keahlian dalam UMNO.

Sekalipun telah didapati bersalah Mohd Ali terus dibenarkan memegang jawatan Ketua Menteri Melaka dan keahlian UMNOnya kekal.

"Kita datang untuk membuat laporan kerana menyahut cabaran Ketua Pesuruhjaya SPRM yang suruh sesiapa juga yang tidak puashati di atas perkara Ali Rustam untuk (tampil) membuat aduan kepada SPRM," kata Berahim Mohd Said, Timbalan Ketua PAS Tanjung.

"Dia telah didapati bersalah di atas kesalahan rasuah, kita tidak berpuashati apabila dia masih duduk sebagai Ketua Menteri Melaka. Seorang perasuah ialah seroang penjenayah, seorang penjenayah (masih) menjadi Ketua Menteri. Kita mahu negara kita sekarang ini bebas dari pemimpin-pemimpin yang (amalkan) rasuah," tambahnya.

Semalam satu demonstrasi dan serahan memorandum telah diadakan di Masjid MITC Melaka meminta Mohd Ali Rustam meletak jawatannya oleh Pakatan Rakyat.

Rayuan Mohd Ali untuk bertanding telah di tolak oleh Panel Rayuan parti UMNO yang bersidang petang semalam.



Tiada ulasan: