21 Mac 2009

Fairus Letak Jawatan Timbalan KM Pulau Pinang

Bernama melaporkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga EXCO kerajaan negeri kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuatkuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimili awal pagi ini.

"Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim," kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lim yang juga setiausaha agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.

Beliau berkata kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai EXCO kerajaan negeri iaitu sebagai pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

"Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti," kata beliau.

Ditanya siapa yang sesuai untuk mengganti Fairus, Lim berkata: " kedudukan itu pada kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuatkuasa", katanya.

Beliau berkata Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa.

Sebelum ini, ada spekulasi bahawa Fairus akan mengosongkan jawatannya Khamis lepas tetapi pemimpin parti mengatakan ia hanya khabar angin.

Semalam, Lim juga memberikan penjelasan dengan mengatakan bahawa Fairus bercuti pada minggu ini dan akan kembali bertugas Isnin ini melainkan beliau menyambung cutinya.

Dari Perisek-Rakyat

Benarlah telahan kami Mohammad Fairus Khairuddin menghidapi masalah mental kronik yang perlu rawatan segera.

Apa tidaknya, TKM 1 itu mengugut akan memenggal kepala Exco Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan hasrat menghantar memorandum kepadanya.

“Dia telefon saya mengugut akan parang kepala kami seorang demi seorang sekiranya kami meneruskan hajat untuk menghantar memorandum kepadanya,” tegas seorang Ketua AMK Bahagian.

Sementara itu, temannya yang juga ketua AMK bahagian turut menerima ugutan yang sama.

“Dia menefon saya lebih daripada enam kali. Dia marah-marah sambil ugut akan potong kepala kami,” ceritanya.

“Biarpun saya telah memberi penjelasan, dia masih bertegas enggan menerima sebarang memorandum sebaliknya mahu AMK hanya menghantar kepada dua exco lain,” katanya.

Jelasnya kejadian berlaku pada Selasa petang, ketika dia dan beberapa AJK Biro Politik AMK negeri dalam perjalanan untuk menyampaikan memorandum berupa cadangan dan pandangan bagi membantu tiga exco kerajaan negeri (keADILan) meningkatkan prestasi dan tugas mereka.










Tiada ulasan: