3 Mac 2009

Para Peguam Persoal Keputusan Hakim

Para peguam hari ini mempertikaikan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim di Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengarahkan supaya Sivakumar diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Ahmad Kamal Md Shahid dan bukan oleh peguam peribadi beliau, Tommy Thomas yang hadir di mahkamah hari ini.

Ridwan telah menolak penjelasan Thomas bahawa Ahmad Kamal telah membuat pendirian terbuka membelakangkan Sivakumar dan oleh itu beliau tidak akan mewakili kepentingan Speaker berkenaan.

Pertama kali mahkamah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili Speaker apabila Ridwan Ibrahim di dalam kes Zambry yang memohon perintah mahkamah untuk membatal dan menghentikan semua sidang dewan undangan negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat di bawah peruntukan Akta Tatacara Kerajaan 1956.

Para peguam mendakwa keputusan hakim berkenaan tidak sejajar dengan di bawah peruntukan Akta Tatacara Kerajaan 1956 yang dibaca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan.

Section 24(3) Akta Tatacara Kerajaan 1956 "Kerajaan Negeri" atau "Pegawai Kerajaan Negeri" hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri atau Jabatan Peguam Negara di dalam apa-apa “prosiding awam oleh atau ke atas Kerajaan sesebuah negeri atau Pegawai Kerajaan Negeri”.

Persoalan yang timbul apakah jawatan Speaker termasuk di dalam takrif "Pegawai Kerajaan Negeri atau Pegawai penjawat Awam?".

Istilah “pegawai awam ” tidak didefinasikan di bawah Akta Tatacara Kerajaan 1956. Akta Tafsiran menyediakan definasi berikut:-

“pejabat awam” ertinya pejabat di dalam mana-mana-mana perkhidmatan awam;

“pejawat awam” ertinya sesiapa yang secara undang-undangnya memegang, bertindak dan melaksanakan fungsi-fungsi sesebuah pejabat awam;

“perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan-perkhidmatan awam yang disebutkan di dalam Artikel 132 (1) Perlembagaan Persekutuan;

Artikel 132(1) dari Perlembagaan Persekutuan menyenarai perkhidmatan awam seperti tentera, perkhidmatan guaman dan kehakiman, perkhidmatan polis dan dan perkhidmatan am yang lain. Initipatinya perkhidmatan awam ialah apa yang biasa dikenali sebagai perkhidmatan kerajaan.

Tetapi Artikel 132(3)(b) adalah instruktif. Ia jelas mengkategorikan bahawa “perkhidmatan awam tidak melibatkan” Speaker Parlimen dan juga Speaker dewan-dewan undangan negeri.

Justeru itu, penghalangan Akta Tatacara Kerajaan ke atas pegawai penjawat awam menggunakan peguam persendirian hanya dengan izin Peguam Negara tidak terpakai untuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perak membela dirinya dari pendakwaan yang dibawa ke atasnya di dalam kapasitinya sebagai seorang Speaker.

Justeru itu keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menghalang Tommy Thomas dan lain-lain bagi pihak Speaker Sivakumar (with respect) adalah salah.




Tiada ulasan: