3 Mac 2009

Sivakumar : "Saya Tak Lantik Penasihat Undang-undang Wakili Saya"

V.Sivakumar hari ini di dalam kenyataannya memaklumkan tidak pernah melantik Penasihat Undang-undang Negeri Perak mewakilinya di dalam kes permohonan injunksi Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri bagi menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar mengadakan sebarang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sivakumar terkejut untuk mengetahui Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid telah hadir untuk mewakilinya di dalam kes tersebut sedangkan beliau tidak dimaklumkan lansung mengenainya oleh Ahmad Kamal.

Sivakumar melalui peguamnya M.Kulasegaran telah menghantar surat bantahan kepada hakim Ridwan beliau tidak melantik penasihat Undang-undnag kerajaan perak mewakilinya.

Sebelum itu Mahkamah Tinggi telah meluluskan permohonan peguam Zambry Abd Kadir untuk menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada memanggil sebarang persidangan dewan itu lagi.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim petang ini selepas mendengar permohonan baru yang dikemukakan oleh pasukan peguam Zambry dan enam Exco yang lain pagi tadi.

Dilaporkan bahawa pasukan peguam memasuki semula kamar Ridwan dan keputusan diumumkan kira-kira 4.45 petang.

Pada sebelah pagi, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak pasukan peguam swasta mewakili untuk Speaker. Para peguam telah mempertikaikan tindakan Hakim berkenaan.

Ketua pasukan peguam Zambry, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, ia merupakan satu bentuk perintah, bukannya injunksi, bagi membolehkan Menteri Besar menghalang Speaker daripada mengadakan lagi sidang DUN yang tidak sah.

Tiada ulasan: