Sewaktu Dewan Rakyat hari ini bersidang untuk membincangkan usul yang dibawa oleh BN menggantung tugas ahli parlimen DAP Gobind Singh Deo selama setahun kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana menteri, di dapati ramai ahli palimen Pakatan Rakyat tidak berada di dalam dewan rakyat.
Akibat daripadanya di dalam menentukan keputusan samada usul itu perlu dibahaskan atau tidak, suara dari parti pembangkang untuk menyatakan tidak bersetuju seperti seolah-olah lansung tidak kedengaran yang menyebabkan akhirnya usul tersebut diterima untuk dibahaskan.
Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh selama setahun, akhirnya diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.
Rakyat tertanya-tanya kemanakah perginya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sewaktu satu usul penting hendak dibentangkan di parlimen sedangkan semua mereka mengtahui sebelum ini bahawa sessi dewan rakyat akan mengambil ketetapan untuk membincangkan usul yang menentukan nasib seorang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat?
Jika dahulu kita sering menyatakan bahawa ahli-ahli parlimen BN tidak kelihatan di dalam dewan, namun kini penyakit itu telah dibawa oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat pula.
Nampaknya perlu ada lembaga disiplin di kalangan ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat supaya kehadiran dan penyertaan mereka di dalam parlimen dapat dipantau kerana sebarang perbuatan tidak menghadirkan diri tanpa sebab yang menasabah tidak boleh dimaafkan kerana ia adalah satu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.
Kita difahamkan ada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berada di luarnegara ketika ini sewaktu sepatutnya tugas utama mereka ialah menunaikan tanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka dan ini sepastinya mengecewakan.
Sindrom membelakangkan tugas utama dan meletakkan tugas-tugas lain untuk didahulukan ini perlu dihentikan segera.
Wakil rakyat sedemikian sepatutnya meletakkan jawatannya untuk memberi laluan jkepada rakyat memilih wakil yang baru dan supaya mereka tidak memakan hasil yang haram kerana tidak menunaikan tanggungjawab kepada rakyat tetapi sanggup memakan hasil dari rakyat yang meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada mereka selama ini.
Mereka TIDAK sepatutnya dipilih lagi oleh parti kerana ia bukan sahaja menggagalkan visi dan visi perjuangan di dalam konteks menjaga amanah rakyat tetapi adalah sebenarnya petualang yang merosakkan Pakatan Rakyat tanpa mengira samada mereka pemimpin kanan parti ataupun tidak.

4 ulasan:
bro,, klu tak silap aku ahli pembangkang lain keluar dewan sebagai membantah usul tersebut....
momotoro, kalau keluar dewan bantah usul, semua akan keluar, tapi yg jelas mmg ramai yg tak hadir macam GB bagitahu.
apa lagi buatlah laporan polis kerana speaker menggantung ahli dewan. PM kan cadangkan begitu dalam kes perak. pandai, pandai.polis malaysia siasat speaker segera!
klu aku pon mls aku nk sokong kafir yg menghalang pelaksanaan hudud ni..
Catat Ulasan