31 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Zambry Kecut Kerana Aminkan Qunut Nazilah

Menteri besar kerajaan haram BN di Perak sudah tidak mepunyai isu yang lain tetapi terpaksa menggunakan isu "rampas masjid" yang direkanya untuk mencemarkan imej Nizar dengan harapan rakyat mempercayainya.

Hari ini beliau sekali lagi menuduh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah merancang untuk menimbulkan suasana tidak senang di Masjid Simpang malam kelmarin ketika Barisan Nasional (BN) menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan Yassin.

Mungkin kerana rasa "terpukul" kerana telah terperangkap dan terpaksa mengaminkan doa "qunut nazilah" yang dibacakan oleh Nizar menyebabkan beliau tidak tidur lena apatah lagi merasakan keaiban yang menimpanya di hadapan pembesar nombor dua negara ketika itu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang ada turut serta di dalam majlis tersebut.

Walaupun Nizar berkata telah dijemput oleh imam masjid, bagi saya ini satu adalah tindakan yang telah dirancang awal oleh Nizar," kata Zambry.

Kata Zambry, tidak dapat dinafikan bahawa Nizar boleh mengimamkan solat dan seterusnya menyampaikan ucapan mentafsir ayat-ayat yang diucapkan sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini.

"Bagaimanapun ketika itu, pada majlis anjuran BN, ada ramai pemimpin termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno)... sekurang-kurangnya beliau hormati tetamu majlis dan mengelakkan suasana tidak senang," kata beliau yang turut menekankan bahawa Nizar seharusnya telah mengelak daripada berucap walaupun diminta oleh imam

Banyak pihak mempersoalkan kenyataan Zambry di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan "suasana tidak senang"? Bukankah masjid tempat semua umat Islam tanpa mengira kedudukan dan parti? Bukankah masjid itu "rumah Allah" yang tidak boleh dihadkan penggunaaannya kepada kelompok-kelompok tertentu seperti yang dilakukan oleh Zambry dan golongannya? Bukankah beliau dan Tan Sri Muhyiddin yang sepatutnya menghormati Nizar didalam menunjukkan semangat kesetiakawanan dan ukhwah islamiah sekalipun berbeza pandangan politik?

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Mustafa Ali sebelum ini telah membidas sikap Zambry yang menyatakan Nizar sebagai calon DAP sebagai satu sikap yang mengamalkan politik era cara lama yang amat "koman" (tak bernilai). Ia bertentangan dengan seruan pemimpin tertinggi UMNO yang menyeru ahli UMNO mengamalkan politik baru untuk perubahan tetapi yang nyata ahli UMNO gagal menghayatinya dan masih gagal untuk berubah.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sungguh kejam nizar seorang umat islam sanggup berbuat demikian.Adakah kalian nampak berapa terdesaknya beliau?MENJADIKAN masjid tempat untuk mainan politik.saya salah seorang saksi yg ternampak perkara itu.Tidak percaya tidak apa.ALLAH nampak apa yg telah dilakukan beliau.FIKIR-FIKIRKANLAH

Tanpa Nama berkata...

dah dasar umno penipu termasuk jugalah ahli2 mereka di alam siber ni.

Nizar pasti menang!!!!

Tanpa Nama berkata...

ummm patut malam tu
nizar bagi je zamri jadi imam...

Tanpa Nama berkata...

Orang yang kejam dan zalim ialah orang yang merampas kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat secara sah, mempergunakan polis dan FRU sebagai milik parti dan peribadi sehingga boleh disuruh membunuh, membunuh wanita Mongolia, membunuh orang kampung Melayu (Memali), mengelirukan rakyat tentang Islam untuk kepentingan duniawi, redha dengan ribuan orang Islam yang murtad, menghina Rasulullah, menggadai Singapura, menghadiahkan Genting Highland dan Pulau Pangkor seolah-olah bumi Malaysia ini adalah milik peribadi, menggunakan 'orang mati' sebagai pengundi dan seribu satu dosa dah jenayah yang telah dilakukan. Kita saksikan di Masyar kelak.

Tanpa Nama berkata...

mengapa hal ini boleh dijadikan isu oleh puak2 BN yg kolot dan jahil?? adakah dgn adanya org bn dlm masjid maka penyokong parti lain x dibnrkn masuk?? apa yg susah sgt nk faham wahai puak2 bacul!! Tuan imam sudah tentu tau siapa yg layak diberikan tggjwb sbgi imam..HANYA ORG BODOH&BANGANG YG MAHU JD MAKMUM KPD PENGHINA RASULULLAH..

johan berkata...

UMNO PERLU CERMINKAN DIRI TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENEGUR PIHAK YANG LAIN...SETELAH MENILAI DIRI SENDIRI DENGAN TELITI BARULAH BOLEH MENEGUR ORANG LAIN...HAL YANG BERLAKU DI BUKIT GANTANG MENGENAI ISU YB DATO SERI NIZAR DI MASJID TERSEBUT TIDAK PERLU DIPERBESARKAN OLEH ZAMBRY SEHINGGA SATU DUNIA TAU. UMNO PERLU BERUBAH DAN SENTIASA BERSIKAP PROFESSIONAL DALAM SEGALA HAL...UMNO JUGA PERLU TAHU KINI RAKYAT TIDAK MUDAH DITIPU DAN DIPERBODOHKAN MENGENAI ISU-ISU KECIL YANG REMEH. INI MENUNJUKKAN UMNO MASIH LAGI BELUM BERUBAH. SEKIRANYA BEGINI CARA POLITIK ZAMBRY MAKA PILIHANRAYA DI BUKIT GANTANG UMNO DAN BARISAN NASIONAL AKAN KALAH DAN MALU BESAR..WAHAI AHLI UMNO SEKALIAN SEDARLAH BAHAWASANYA PEMIMPIN YANG SUKA BERMUKA-MUKA DAN GILA KUASA MESTI DISINGKIRKAN SUPAYA UMNO BOLEH BERSAING DENGAN PARTI-PARTI POLITIK YANG LAIN.