25 Mac 2008

Idris Pohon Keampunan Sultan

ABekas menteri besar Terengganu itu sekali lagi memohon keampunan daripada Sultan Terengganu di atas segala kesilapan yang telah menimbul kemurkaan baginda.

Beliau bagaimanapun tidak menerang lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Pada masa yang sama, beliau juga mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said, dengan seokongan istana, sebagai menteri besar yang baru.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, memulakan tugasnya sebagai menteri besar mulai hari ini.

Idris yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata, sebelum ini, beliau juga telah mengadap baginda sultan, yang juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 Februari lalu dan telah memohon keampunan baginda.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini, Idris berkata, beliau sepatutnya menghadap baginda sekali lagi pada 9 Mac lalu, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Tanggal 8 Mac merupakan sehari selepas berlangsungnya pilihanraya umum di mana BN Terengganu mempertahankan negeri itu apabila memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negerinya.

Laporan malaysiakini

CATATAN GB

Laporan Berita Harian pula berbunyi:

Idris Jusoh sedia berundur

KUALA LUMPUR: Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini sedia menerima sebarang keputusan berkaitan jawatan Menteri Besar demi kebaikan rakyat negeri itu, termasuk sekiranya beliau diminta berundur.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbarnya di Hyatt Saujana, di sini, jam 3 petang.

TETAPI YANG JANGAL IALAH LAPORAN UTUSAN MALAYSIA

Idris tidak tahu apa `dosanya’ terhadap Sultan

KUALA LUMPUR 25 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hubungan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah baik dan tidak tahu apa kesalahannya terhadap Sultan Terengganu itu.

Menurutnya, beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.

``Sebagai hamba Allah, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan,'' katanya. – Utusan.

Tiada ulasan: