Biasanya Stadium Darul Aman tidak semeriah malam tadi apatah lagi di awal musim perlawanan. Namun kerana sayangkan negeri yang kini berada di bawah pimpinan BR, beribu-ribu penyokong hadir (terima kasih kepada Keajaan Kedah yang telah memberikan tiket percuma) walaupun sebelum ini ada diantaranya tak pernah pun meminati bolasepak di dalam hidupnya.
Semacam ada satu seruan untuk masing-masing untuk "jom pergi ke stadium" serta menyaksikan satu perlawanan, perlawanan yang menemukan dua negeri dibawah naungan BR - satu detik permulaan di dalam sejarah negara terlakar.
Gegak gempita stadium tak terkata indahnya, Apatah lagi turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama-sama Menteri Besar, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Gol pertama Kedah dijaringkan pada minit ke-13 selepas pertahanan Perak, S. Subramaniam tertampan bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba menghalang larian solo Muhd. Khyril Muhymeen, seraya disambut dengan gegaran stadium dengan sorakan penonton yang telah telah sabar menanti sejak 5 petang.
Selang tujuh minit kemudian, Stadium Darul Aman sekali lagi gegak gempita dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Muhd. Khyril mudah menendang bola menewaskan penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad selepas mendapat hantaran Marlon Alex James sebelum menambah gol ketiga Kedah dan kedua peribadinya pada minit ke-28.
Alex James kemudian menambah derita pelawat apabila menyumbat gol keempat Sang Kenari, enam minit sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.
Perak pula yang beraksi tanpa penjaring terbanyaknya, Carlos Caceres mendapat gol sagu hati menerusi Mohd. Razali pada minit ke-72 sebelum pemain muda Kedah, Fadly Baharom melengkapkan 'malam pesta' bagi penyokong tuan rumah dengan gol kelima Sang Kenari hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti, 12 minit sebelum masa perlawanan sebenar tamat.
Dan peminat bolasepak negeri Kedah sebelumnya telah mewarnakan bulan penuh di bendera PAS dengan warna kuning iaitu warna cahaya, yang menyinari sebuah stadium di negeri kesayangan mereka.
2 ulasan:
Bulan juga berada di Litar F1 Sepang
http://strangelycharming.blogspot.com/2008/03/day-my-4th-f1-experience.html
Ada lagi ...
Bendera PAS di Litar Sepang
Catat Ulasan