25 Nov 2013

Yang Menang Menangis, Yang Kalah Tersenyum Manis....

Indahnya ukhuwwah Fillah.
Yang menang menangis, yang kalah tersenyum manis..
-ayat oleh Hapizah Mamat

Mahfuz: Saya redha kalah Naib Presiden

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan Naib Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali ini.

“Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno) tak menang juga.

“Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Melawati di sini kelmarin.

Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya dua penggal berturut-turut sebelum ini apabila kalah tipis dengan penyandang, Datuk Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364). Beliau bagaimanapun menolak dakwaan proses kiraan semula undi kelmarin menyebabkan kekalahannya dan mahu semua pihak menghormati keputusan 1,086 perwakilan yang memilih.

Beliau turut menepis dakwaan kekalahannya itu ada kaitan dengan prestasi PAS di Kedah semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menegaskan tidak adil jika beliau dihukum berdasarkan atas faktor tersebut.

“Saya tidak pasti perwakilan keliru atau tidak tapi apa pun bagi saya itu bukan persoalan kerana perwakilan telah buat keputusan dan ini harus dihormati semua pihak yang bertanding termasuk diri saya yang menerima keputusan itu dengan lapang dada,” katanya.

Tidak berkecil hati

Mahfuz juga dalam responnya tidak berkecil hati dengan keputusan Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini, Tuan Ibrahim untuk bertanding Naib Presiden menyebabkan peluangnya menjadi sukar.

Sebaliknya, beliau berkata dirinya tidak berasa kecewa malah sudah bersedia dengan jangkaan tewas dalam pemilihan kali ini.

“Setiap kali saya bertanding dalam pemilihan parti atau PRU saya menyiapkan ritual diri untuk kalah.

“Sebab itu saya tidak rasa apa-apa sebab saya telah bersedia untuk tewas.

“Saya terima dan redha kerana semua itu adalah ketentuan Allah,” katanya yang pernah tiga kali tewas bertanding Naib Presiden sebelum ini.

Ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz berkata itu terpulang kepada Pusat untuk memutuskannya.

“Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti.

“Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah kerana kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja,” katanya. -FMT

Husam nangis kesal kerana mahfuz tewas

Husam menangis sebaik sahaja keputusan diumumkan dalam pemilihan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ke 45 yang berakhir kelmarin.

Mahfuz Omar yang duduk bersebelahan dengan Husam hanya tersenyum menerima berita kekalahannya kepada tiga calon pilihan perwakilan termasuk Husam.

Beliau memeluk bahu Husam bagi mententeramkan rakannya itu.

Terbaik daripada semua pemimpin PAS
sama ada yang menang mahupun yang kalah -waksukalu


ULASAN GB

Hanya di dalam PAS, Mahfuz yang kalah mententeramkan Husam yang menangis kerana menang...


[VIDEO MELETUP] Mat Sabu Bercakap Dalam Bahasa Inggeris


Video di bawah ini telah disiarkan di dalam facebook Mat Sabu 4TP sebelum pemilihan dalam Muktamar ke-59. Ia telah masuk Youtube. GB petik dari blog Yong Suka Kuning.

Video terbahagi kepada 3 bahagian, satu wawancara oleh Zakiah Koya dari fz.com bersama Mohd Sabu di dalam rancangan face to face.

Mohd Sabu mengisahkan detik-detik beliau menyertai PAS, penjelasan bahawa beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini. Malah beliau menjelaskan konsep "kepimpinan ulamak" yang dilaksanakan PAS kini adalah usul yang beliau bawa bersama-sama dengan tokoh-tokoh PAS sezamannya sperti Datuk Mustafa Ali, Subky Latif dan Abu Bakar Chik. Dan pelbagai isu lain.

Apa yang menarik, meminjam kata-kata Yong, "Mat Sabu boleh speaking. Mungkin lebih baik dari ramai pemimpin UMNO". GB tambah, jauh lebih baik dari macai UMNO yang sentiasa mengutuk Mat Sabu...

Tontonan terbaik untuk malam ini...






24 Nov 2013

Walaupun Liberal, Wanita Ini Tetap Menentang Tindakan Zalim Kudeta

Kaherah - Kecewa dan bingung dapat dilihat pada wajah seorang pemberita yang mewawancarai Dr. Magda Adly, ketua Pusat Rehabilitasi Korban Kekerasan dan Penyiksaan “Nadim”.

Menanggapi meninggalnya seorang anak kecil kerana serangan penguasa dalam sebuah demonstrasi, pemberita tersebut menyampaikan pesanan bahawa demonstrasi-demonstrasi menentang kudeta harus segera dilarang karena menyebabkan jatuhnya banyak korban termasuk anak kecil.

Namun Magda yang menjadi tamu dalam acara di stesyen television ONTV tersebut telag menolak usaha larangan tersebut. Menurutnya, demonstrasi bukanlah sebab terjadinya aksi kekerasan. Demonstrasi adalah sebuah reaksi yang wajar terhadap aksi-aksi pembantaian yang dilakukan penguasa kudeta saat ini, terutama di Rabiah.

Magda mengatakan, “Tuduhan bahwa pihak Ikhwan yang membunuh anak kecil itu, bukanlah sebabnya. Sebabnya adalah aksi kekerasan yang dilakukan pihak keselamatan yang membubarkan demonstran dengan paksa dan kekerasan di Rabiah dan tempat lainnya.

Ketika keamanan bersikap keras, dan terjadi banyak korban ini dapat menyebakan kekerasan serupa. Ramai sahabatku, bahkan keluargaku yang menjadi korban. Ramai di antara mereka bukanlah merupakan anggota Ikhwanul Muslimin atau parti Islam lainnya, tapi mereka ikut dalam demonstrasi-demonstrasi menentang kekejaman penguasa.”

Menurut Magda, kebanyakan demonstrasi dilakukan oleh bukan orang Ikhwan. Demonstrasi-demonstrasi itu sementara ini masih bersifat aman. Pihak yang menuduhnya tidak aman tidak mempunyai bukti apa-apa.

Terakhir Magda mengatakan, “Kalau demonstrasi Ikhwan saat ini dilarang, maka seluruh demonstrasi dari pihak manapun harus dilarang. Lalu, di manakah demokrasi?” -sumber asal:dakwatuna

Mat Sabu Menang. Utusan Tiba-tiba Meroyan Seperti Orang Tidak Siuman...


Utusan Malaysia: Kemenangan Mat Sabu kemenangan PKR dan DAP

Kejayaan Mohamad Sabu (gambar) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu terhadap parti Islam itu.

Kolumnis Awang Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR.

“Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau,” tulis Awang Selamat yang merupakan nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel bertajuk, “Tanda aras PAS” tanpa menamakan pemimpin DAP itu.

Menurut Awang Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu.

“Selagi Mat Sabu membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar,” tulisnya lagi.

“Semoga ahli-ahli PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu.”

Menurut Awang Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan.

“Suatu hari kelak beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu kerana itulah tanda aras dalam PAS,” tulis Awang Selamat membuat spekulasi Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu hari nanti.

“Dengan Presiden PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan.”

Menjelang Muktamar PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus “berkempen” bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka tandingi pada pemilihan kali ini.

Akan tetapi ini mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka sandang.


Dalam keputusan pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 490 undi.

Ini menjadikan Mohamad menang dengan majoriti 98 undi. -TMI

ULASAN GB

Kesiannnn. UMNO bersama si Luncainya, Utusan mengharapkan Mohd Sabu tewas di dalam pemilihan PAS. Kerana apa? Kerana ia merupakan jalan mati kepada "Kerjaaan Perpaduan" yang mereka harapkan.

UMNO & BN amat sedar tentang masa depannya yang gelap - gelap jika PAS terus bersama Pakatan Rakyat. UMNO kini menjadi seperti kera sumbang (sumbing?) di dalam BN. MCA & Gerakan sudah tidak mewakili kaum Cina sementara MIC & PPP sudah tidak lagi menjadi parti pilihan kaum India. Kebanyakan mereka memilih DAP, PKR malah sudah ramai tidak segan silu untuk menyokong PAS.

Hampir keseluruhan kawasan bandar dikuasai oleh Pakatan Rakyat. UMNO semakin terpinggir ke ceruk kampung yang didominasikan masyarakat Melayu yang masih boleh mereka perboodohkan.

Mereka cuba hidupkan isu Kerajaan Perpaduan dengan pelbagai justifikasi - konon betapa pentingnya umat Islam dan orang Melayu bersatu - dan dlihat kumpulan pro-Ulama sebagai kumpulan yang masih boleh diajak "berunding" untuk tujuan itu. Justeru itu mereka telah keluar habis-habisan menyokong kumpulan yang dinamakan pro-Ulama. Mujurlah sudah ramai ahli-ahli PAS sudah lama tidak membaca Utusan, yang menyebabkan mesej itu tdiiak kesampaian dan cita-cita mereka untuk mengharu-birukan PAS dengan label-label Erdogan, *Anwarinas", pro-Ulama hancur berkecai.

Utusan sebenarnya sudah bankrap, bankrap segala segi. Ia adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri yang giat menabur fitnah selama ini. Benarlah firman Allah swt:

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Sunnatullah - itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan sepanjang zaman.

Apa Kata Mat Sabu Selepas Menang...


Shah Alam: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.

"Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.

"Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.

Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga..-mStar

: ULASAN GB

Walaupun diserang dri pelbagai arah dan dituduh dengan pelbagai tuduhan, hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan.

Tidak mudah untuk menafikan sumbangan besarnya terhadap parti, sehingga ke hari muktamar, beliau masih berjuang di mahkamah. Hampir-hampir beliau tidak dapat mengundi di muktamar bersama peguamnya Hanipa Maidin. Namun Allah Ynag Maha Belas Kasih Sayangnya kepada para hambaNya, mengizinkan kedua-duanya untuk dapat mengundi di muktamar.

Dan menang!

Semuga Allah membantu saf kepimpinan PAS 2013-2015 untuk membawa parti ke era kecemerlangan, ke arah menawan Putrajaya. Letakkan itu sasaran kita selepas ini.

Naib Presiden PAS: Keputusannya Ialah.....


Naib presiden PAS: Pengiraan semula, keputusan esok

dikemaskini Seperti yang dijangkakan, persaingan bagi tiga jawatan naib presiden PAS adalah sangat sengit danmembawa kepada pengiraan semula undi.

Persaingan kali ini menyaksikan penyandangnya, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa mempertahankan jawatan masing-masing.

Ketiga-tiga penyandang itu dicabar oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, mengumumkan proses pengiraan semula itu, selepas mengumumkan keputusan bagi jawatan timbalan presiden yang dimenangi oleh Mohamad Sabu.

Manakala Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ibrahim pula berkata keputusan pemilihan jawatan naib presiden diumumkan esok.

Dalam sidang media kemudiannya, Asmuni berkata pengiraan semula undi dijalankan kerana terdapat perbezaan undi "sangat rapat" antara kelima-lima calon yang bertanding.

"Kami bertanyakan kepada wakil-wakil calon dan mereka setuju untuk pengiraan semula jumlah undi bagi naib presiden," katanya.

Asmuni yang juga seorang peguam berkata beliau memberi jaminan keputusan jawatan nombor tiga dalam itu akan diumumkan jam 9.30 pagi esok.

"Kita akan habiskan pengiraan malam ini. Tidak ada kiraan semula selepas ini," katanya.

Sebanyak 1,057 perwakilan yang mengundi dan sebanyak lima undi rosak dicatatkan, tambahnya.

Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Muktamar Datuk Takiyuddin Hassan. -mk


Tak rasmi: Tuan Ibrahim, Salahuddin dan Husam menang Naib Presiden PAS


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa sudah memenangi jawatan Naib-naib Presiden PAS setelah selesai kiraan semula, kata sumber parti.

Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diumumkan esok di Muktamar PAS.

Menurut sumber, wakil bagi pihak-pihak yang bertanding sudah menandatangani borang pengesahan keputusan itu setelah kiraan kali terakhir dibuat.
-TMI



Kalaulah Tuan Ibrahim menang...


Teka-teki siapa yang bakal menggalas jawatan ketiga tertinggi dalam Pas bakal terjawab esok. Ekoran masalah teknikal, keputusannya tidak dapat diumumkan hari ini dan kiraan semula terpaksa dijalankan.

Ada yang menebak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal menang esok bersama dua penyandangnya, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Manakala dua calon lain ialah Datuk Husam Musa (penyandang) dan Datuk Abu Bakar Chik mungkin gagal menempa tempat di kerusi tersebut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, andai kemenangan berpihak kepada Tuan Ibrahim, keseimbangan bakal berlaku.

“Kalau keputusan Naib Presiden itu berlaku perubahan...apabila Tuan Ibrahim menang, ada wakil daripada golongan ulama. Seimbanglah di situ.

“Golongan profesional dominan berada dalam Pas dan boleh dikatakan, penyandang yang menang tapi kali ini mungkin ada perubahan sedikit,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai keseimbangan itu, beliau menyentuh soal kemenangan Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengekalkan kedudukannya dalam jawatan Timbalan Presiden Pas.

“Kemenangan Mat Sabu menunjukkan yang golongan profesional masih dominan dan mereka memilih beliau berbanding golongan ulama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah,” katanya.

Hari ini, Mat Sabu diumumkan kekal sebagai Timbalan Presiden Pas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar dengan majoriti 98 undi.

Mat Sabu meraih 588 undi manakala Nik Amar mendapat 490 undi.
-SH


ULASAN GB

SMS yang di forwardkan dari seorang rakan kepada GB ... yang menang ialah Salehuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa. Penyandang, Mahfuz Omar tewas tipis sebanyak 16 undi.

Satu gandingan yang mantap sekalipun GB pada sessi kali ini tidak berkempen untuk sesiapa pun untuk jawatan Naib Presiden kerana GB merasakan semua mereka yang bertanding Naib Presiden layak untuk memegang jawatan tersebut termasuklah Ust Abu Bakar Chik yang GB kenal sewaktu bertamrin di Terengganu zaman GB muda-muda dulu.

Apatah lagi GB rasa, calon-calon yang bertanding untuk kerusi Naib Presiden bukan terdiri dari mereka yang gila kuasa atau jawatan yang perlu berkempen dan melobi.

Kepada pemenang, GB ucapkan tahniah dan takziah terutama kepada Salehuddin Ayub. Beliau merupakan sahabat terbaik GB yang sering menyebut nama GB di dalam mana-mana program jika beliau ternampak GB ada turut serta. Selain beliau, dari kalangan AJK PAS Pusat yang menang, yang sering juga menyebut nama GB ialah Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad.

Walaupun muktamar kali ini, seperti muktamar-muktamar yang lepas-lepas, peranan blogger-blogger PAS lansung tidak diberikan perhatian (tak seperti UNIC, IKIM dll), namun kemenangan mereka yang mesra-blogger sudah cukup untuk mengubat hati GB .....

Ayuh, sekarang masa untuk kita bekerja dengan lebih gigih untuk mencapai kemenangan di dalam PRU14 nanti...

TAKBIR!!!

23 Nov 2013

Mat Sabu Menang Timbalan Presiden. Macamana Boleh Menang? -updated


Shah Alam: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.

Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi. -HD


Mat Sabu kekal Timbalan Presiden PAS


Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS selepas mengalahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 588 manakala Mohd Amar mendapat 490 undi.

Pengumuman untuk jawatan naib presiden PAS ditangguhkan kerana berlaku pengiraan semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi.

Sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat pula dimenangi Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nasrudin Hassan, Datuk Dr Mujahid Yusof, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Nik Zawawi Salleh, Dr Syed Azman, Dr Ridhuan Mat Nor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Nuridah Salleh.

Jawatankuasa ini membayangkan PAS dikuasai golongan profesional namun menyaksikan ramai muka baru di kalangan ulama.

Muka baru di kalangan pro ulama adalah Nasrudin bekas ketua Pemuda PAS, bekas timbalannya, Nik Abduh, setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi dan Dr Ridhuan.

Yang hilang dari senarai adalah Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding naib presiden, Abdul Ghani Samsudin yang tidak bertanding, Mohamad Abdul Wahid Endut yang turut tidak bertanding dan juga Mohd Amar yang tidak bertanding kerana bertanding untuk timbalan presiden.

Semua penyandang yang bertanding untuk AJK PAS Pusat menang dalam Muktamar ke-59 kali ini.
-TMI


ULASAN GB

Selain dari faktor populariti, Mohamad Sabu menang kerana kempen keterlaluan golongan yang mengaku diri mereka ulama dan pro-ulama.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Setiap yang keterlaluan dan melampau batas akan tewas.

Tidakkah kita lihat di dalam PRK Sungai Limau yang lalu bagaimana kempen melampau batas UMNO BN dengan "patung kaki" menyebabkan mereka kalah tertonggeng sekalipun segala jeentera, segala kekuatan kerajaan pusat dikerah untuk membantu calon mereka?

Begitulah di dalam pemilihan PAS. Kempen keterlaluan yang dilakukan oleh sekumpulan yang beriya-iya untuk menang akhirnya memakan diri. Buktinya:

Masya Allah - Timbalan Presiden Pas Haji Mat Sabu di tuduh sebagai KAFIR ?



Aku tak tau nak kata apa lagi dah,,, mereka-mereka ini lah sebelum ini melabelkan kepala anjing, mohon maaf, label lagi,, dan terkini mereka sanggup mengkafir saudara mereka sesama islam,,, 


Pakat tengok sendirilah, kerana nak memenangkan calon yang kononnya ulama,,, mereka ini sanggup ..... Astagfirullah hal aazim..





Boleh semak sendiri kat Klik Sini

Terpulang dan nilailah apa akan terjadi masa depan Parti islam,, kalau penyokong ulama bersikap demikian....
sumber: manjongmari

Firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah, ayat 190)

Mahasiswa Jadi Sasaran Pihak Kudeta Mesir


Kaherah - Sekurang-kurangnya dua pelajar terbunuh dan puluhan yang lain ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan keselamatan di universiti Al-Azhar di sini, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, pasukan keselamatan memasuki kawasan kampus itu bagi meredakan protes pelajar yang kian memuncak terhadap kerajaan sementara.

“Salah satu bangunan kampus terbakar. Kelas dan asrama turut mengalami kerosakan teruk.

Dinding bangunan juga dilukis dengan pelbagai grafiti memaparkan kekejaman pemerintahan tentera,” menurut laporan itu kepada Press TV.

Minggu lalu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap 12 pelajar selepas menyerang ibu pejabat universiti terbabit pada Oktober lalu.

Susulan kejadian itu, ribuan pelajar dan penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi mengadakan protes terhadap pemerintahan tentera di sekitar ibu negara termasuk di Iskandariah, Tanta dan Helwan.

Laporan dipetik dari Press TV, penunjuk perasaan juga melaungkan anti Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang didesak supaya berundur.

Sementara itu Mahkamah Rendah Nasr City, Kaherah, telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun setengah keatas 36 mahasiswa Al-Azhar. Hal itu setelah mitentera liter menuduh mereka melakukan rusuhan di dalam asrama mahasiswa dan melakukan penyerangan terhadap pihak tentera.

Ahmad Sa’ad, peguam 36 mahasiswa tersebut, menyatakan bahawa pihaknya akan mengfemukakan rayuan. Apalagi dirinya tidak diberi penjelasan tentang sebab0sebab hukuman tersebut dikenakan berserta bukti-bukti kejadiannya.

Syeikhul Azhar Ahmad Thayib, telah menuduh mahasiswa yang menjadi penyebab terjadinya rusuhan di asrama mahasiswa pada hari Rabu (20/11/2013) malam. Syeikhul Azhar menyebutkan terdapatnya beberapa mahasiswa yang hendak membakar asrama dan memprovokasi mahasiswa lain untuk melakukan rusuhan. Hal itulah, menurut Syeikh, yang menyebabkan pihak keselamatan dari tentera dan polis masuk ke dalam asrama untuk menggagalkan niat mahasiswa.

Di kota Iskandariah, Khamis (21/11/2013) para mahasiswa Universiti Alexandria telah melakukan demonstrasi besar-besaran mengecam aksi serangan tentera ke asrama mahasiswa Al-Azhar yang menyebabkan terkorbannya 3 orang mahasiswa. Mereka menuntut Syeikhul Azhar, rektor Al-Azhar dan juga ketua asrama mahasiswa meletak jawatan.

[MUHASABAH] Pemuda PAS Dilanda Sindrom "Perasan Kuat"?


Simptom “perasan kuat” faktor Pemuda PAS tidak lihat realiti sebenar, kata pemerhati

Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.

Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.

"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.

"Mereka tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?" soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.

Usul semalam yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengkaji kerjasama dalam PR menurut pemerhati tersebut adalah suatu yang tidak masuk akal dan tidak bijak, ketika prestasi dan kredibiliti sayap generasi Y dalam parti Islam tersebut masih lagi jauh belakang berbanding PKR dan DAP.

"Adakah mereka berbangga dengan hasil pemimpin muda daripada Pemuda PAS yang dilahirkan?

"Adakah dua pemimpin daripada Pemuda PAS tersebut mempunyai nilai tambah kepada Pakatan Rakyat di Parlimen?" soal pemerhati tersebut yang merujuk kepada bekas ketua dan timbalan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Prestasi calon pemuda PAS semasa pilihan raya umum ke-13 menjadi ukuran, apabila sekadar menang lima kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sejumlah 19 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang ditandingi.

Pemuda PAS juga digesa supaya melihat realiti sebenar dan memahami politik negara, bukan semata-mata bergantung kepada tarbiah ataupun ideologi parti mereka kerana ia tidak akan membawa mereka sampai ke peringkat tertinggi.

Ditengah kekalutan dan cakap berdegar-degar kritikan terhadap rakan mereka dalam PR, mujurlah perwakilan daripada Johor semalam menggesa supaya pemimpin pemuda berfikir sebagai seorang anak muda untuk menjadi "cool".

"Pemuda PAS perlukan keseimbangan, antara tarbiah dan realiti politik semasa," kata pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang hadir sebagai pemerhati pada muktamar kali ini.

Pemimpin AMK yang turut tidak mahu namanya dikenali berkata, Pemuda PAS sewajarnya menerokai pembaharuan Islam baru serta mempelopori idea-idea baru, bukan sekadar masih lagi dengan dogmatik lama.

"Politik berubah-ubah, idea-idea baru politik Islam juga banyak.

"Perubahan dan pembaharuan juga diperlukan seiring dengan rentak semasa, ini yang Pemuda PAS sepatutnya terokai. Bukan lagi sekadar masih bergantung kepada idea-idea lama," katanya lagi.

Sememangnya pemerhati menanti usul berbentuk transformasi untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat yang bermula hari ini, bagaimanapun harapan tersebut tinggal harapan apabila usul kitar semula sama seperti dikemukakan oleh Dewan Ulama yang diluluskan.

Pemerhati tidak melihat wujudnya sebarang idea ataupun strategi mapan yang dibawa oleh Pemuda PAS semalam.

"Adakah dengan usul tersebut mereka rasakan selepas ini Pemuda PAS akan mampu berdiri setinggi dengan pemimpin muda PKR ataupun DAP?

"Adakah Pemuda PAS mampu mengeluarkan sebuah polisi dan dasar negara dalam kerangka masyarakat majmuk negara?" soal pemerhati daripada UM lagi.

Bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin sendiri mengakui PAS perlu mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang semasa ucapan pembukaan.

Keputusan pemilihan semalam menyaksikan kumpulan anak muda pro-ulama memenangi hampir keseluruhan jawatan yang disandang, kecuali bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dari golongan professional yang dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS manakala anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi dipilih sebagai timbalan.

Dalam pada itu, pemimpin muda DAP Zairil Khir Johari mengambil pendirian menggesa supaya semua parti dalam PR mengenepikan ideologi dan fahaman demi memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"PR adalah gabungan politik yang memberi harapan baru kepada rakyat, sebelum PR dibentuk pada tahun 2008, tiada siapa yang dapat bayangkan pemerintahan bermaharajalela BN (Barisan Nasional) boleh dibendung.

"Walaupun ideologi ketiga-tiga parti memberi persepsi tidak bersehaluan, hakikatnya kerjasama antara tiga parti sejak 2008 membuktikan keutuhan politik ini kerana kami semua bersehaluan dalam hal pendemokrasian, kebajikan dan ekonomi yang manfaatkan rakyat," kata beliau.

Zairil mengingatkan semua pihak dalam PR agar mengelak daripada permainan jahat BN dan menjauhi isu perkauman.

"Yang penting, kita harus elak daripada permainan jahat BN yang akan sentiasa mengipas sentimen perkauan dan agama untuk memecah-belahkan PR," tegasnya lagi.

Muktamar ke-59 bermula secara rasminya hari ini menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.

Pilihan Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).

PAS hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kekalahan di Kedah yang mereka kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu. -TMI

ULASAN GB

Benar atau tidak tanggapan berkenaan adalah sesuatu yang tidak penting. Yang terlebih utama ialah Pemuda PAS perlu bermuhasabah. Menerima kritikan dengan dada terbuka kemudian memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Jangan mudah melenting apabila dikritik.

Sentiasa pandang dari sudut yang positif terhadap kritikan yang diterima.

[BERGAMBAR] Gambar Menarik Semasa Muktamar

Gambar Sempoi Yang Tidak Akan Di Siar Oleh Media Perdana.

Lim guan Eng ketawa besar dengan TGHA
Abd Samad Said turut hadir
  Wan Azizah Turut hadir
 Mohamad Taib Dan Azmin Turut Hadir
Tuan Guru Hadi Awang
Wakil Wanita DAP .Teresa Kok
sumber:kachipemas

Ugut Keluar Pakatan, PAS Pulau Pinang Bertindak Keterlaluan


Hadi akan jumpa pemimpin PR Pulau Pinang SHAH ALAM: PAS akan mengadakan rundingan tertutup dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut isu dalaman antara parti itu dengan pentadbiran di Pulau Pinang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini pihaknya masih belum berjumpa dengan pimpinan PAS Pulau Pinang namun berjanji untuk bertemu dan meyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

“Sehingga kini saya tak juma lagi rakan di Pulau Pinang, hanya baca melalui media sahaja.

“Saya akan jumpa dalam masa terdekat bila dapat penjelasan dan bincang sama-sama dengan Pakatan.

“Isu ini akan diselesaikan secara dalaman bukan melalui media,” katanya dalam sidang media selepas merasmika n Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjayanya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof, Rabu lalu membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana gagal mengamalkan sistem kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) terutamanya dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Muhammad Fauzi berkata kerajaan Pulau Pinang meminggirkan PAS serta tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Ekoran itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula kedudukan mereka dan tidak menolak kemungkinan keluar Pakatan Rakyat jika kemelut itu berterusan.

Mengulas mengenainya, Abdul Hadi bagaimanapun mengakui masalah pasti berlaku memandangkan kekuatan PAS yang hanya ada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun menghargai kerjasama rakan sekutu Pakatan Rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu walaupun hanya satu kerusi.

Katanya, walaupun tidak sempurna tetapi banyak lagi perkara positif yang berjaya dicapai PAS dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Peranan yang diberi sangat besar cuma terpulang kepada PAS untuk isi peranan itu maka sudah tentulah ada masalah yang belum selesai,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya menyalahkan sistem federalisme yang sekian lama jadi amalan pentadbiran Pusat menyebabkan agenda tahaluf siyasi (kerjasama) sehingga kini gagal terlaksana sepenuhnya.

“Saya percaya kalau konsep federalisme diamalkan dengan lebih baik, banyak yang boleh kita tunjukkan kepada masyarakat.

“Apa yang ditimbulkan itu disebabkan banyak perkara yang masih belum diselesaikan lagi, itu perkara biasa kepada mana-mana negara dan perjuangan politik pun,” katanya.


Ugut keluar Pakatan: PAS Pulau Pinang tidak bijak, kata Mujahid


Langkah PAS Pulau Pinang meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika tuntutan mendapatkan jawatan mereka tidak diendahkan, ditempelak pelbagai pihak.

Selain pihak yang memerhati, pemimpin PAS juga tidak senang dengan langkah itu.

"Saya tidak nafikan ada masalah yang timbul dalam konteks hubungan antara parti PR dalam kerajaan negeri dan ia perlu diselesaikan.

"Tetapi membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak," kata AJK PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar).

Mujahid mengulas tindakan sebahagian pemimpin PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya Fauzi Yusof, yang mengugut akan meninggalkan PR.

Mereka membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Fauzi Yusof dalam sidang media di Seberang Jaya berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam PR.

Mujahid berkata, semua masalah boleh dibincang dan tidak perlu ugutan dalam mencari penyelesaian.

Mujahid sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun selepas beberapa penggal tidak bersedia untuk meneruskannya kerana menganggap ia tidak berkesan dengan pendekatan kepimpinan yang ada.

Bagi Mujahid, apa yang perlu dibuat oleh PAS Pulau Pinang sekarang adalah mengukuhkan kedudukannya di negeri itu.

PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.

Mujahid yang bertanding di Parit Buntar, Perak dan menang memberikan tiga isu untuk difokus oleh PAS Pulau Pinang.

Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan, mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam dan memastikan perpaduan di kalangan parti dalam PR.

"Ketiga-tiga isu ini perlu digarap dengan baik jika PAS mahu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan," kata Mujahid.

Menurut Mujahid, aset terbesar PAS Pulau Pinang adalah pemimpinnya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

"Dengan kutipan zakat RM70 juta setahun, pelbagai perkara boleh dibuat oleh mereka khasnya terhadap umat Islam dan orang Melayu Pulau Pinang di samping peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri," kata Mujahid.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man yang juga Adun Permatang Pasir adalah Yang Dipertua MAIPP.

Selain Mujahid, para pengguna Facebook mempermainkan pemimpin PAS Pulau Pinang ekoran 'ugutan' yang dibuat mereka semalam.

"Berhajat nak jawatan atau nak berkhidmat? Ukur kekuatan kita dengan tuntutan yang kita buat. Sepadankah? Jangan cepat melenting," tulis Abdul Wahad Jusoh dalam Facebooknya.

Bagi beliau, perkara ini boleh dirunding.

"Jangan terlalu geli dengan geletekan kecil. Kalau ini dah geli besar macam mana nak hadapi gelombang lebih besar. '

"Kena ada tolak ansur melalui rundingan, bukannya melepaskan melalui kenyataan akhbar. Kalau macam ni, lambat lagi PAS nak merintah. Asyik melatah saja," tulisnya.

"Kalau nak keluar daripada PR teruskan tidak payah nak ugut-ugut. Kita lihat PRU14 nanti bolehkah PAS menang dan tawan Putrajaya bersendirian. Penyokong PAS kena faham Melayu Islam pun tolak PAS bukan pasal kerjasama dengan DAP dan PKR," tulis Danny Jay pula.
-TMI


ULASAN GB

GB hairan bagaimana PAS Pulau Pinang boleh bertindak bersendirian dan keterlaluan apabila mereka membuat sidang medianya tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan PAS Pusat.

Sidang media itu kemudiannya mendapat liputan meluas dan dimanipulasi oleh wartawan akhbar pro-UMNO untuk menunjukkan kononnya kerajaan PR Pulau Pinang tidak amalkan CAT (kecekapan, akauntabiliti, ketelusan).

Dipandang dari sudut mana pun, PAS Pulau Pinang bersalah kerana masalah itu sepatutnya dihighlightkan terlebih dahlu kepada kepimpinan PAS Pusat.

Apa yang berlaku menjelaskan bahawa nampaknya masih ramai di dalam PAS yang belum faham tatacara berorganisasi dan ini menyebabkan PAS masih lemah dan belum berupaya untuk menjadi parti yang dominan di dalam PR.

Bukankah sepatutnya PAS Pulau Pinang yang perlu menemui Presiden parti, bukan disebaliknya?

Sungguh aneh dan pelik. Muktamar perlu membincangkan tindakan PAS Pulau Pinang tersebut dan membuat ketetapan yang perlu supaya ianya tidak berlaku lagi oleh mana-mana PAS negeri di masa akan datang supaya kepimpinan PAS Pusat tidak dibelakangi.

22 Nov 2013

Mat Sabu Berjaya Membuang Undi Di Muktamar


Daripada foto yang tersiar di dalam portal malaysiakini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kelihatan sedang membuang undi bersama-sama dengan Presiden PAS< TG Hj Abdul Hadi Awang.

Ini bererti Mohamad Sabu berjaya memohon penangguhan selepas memberi keterangan di Mahkamah Tinggi untuk bergegas ke Stadium Melawati, tempat dimana Muktamar PAS Ke 59 sedang berlansung.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Mohamad Sabu bersama peguamnya, Hanipa Maidin berkemungkinan terpaksa melakukan undian dari mahkamah apabila mahkamah enggan untuk menangguhkan prosiding saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.

Proses pengundian bagi memilih kepimpinan PAS bagi 2013-2015 telah bermula petang ini dan mendapat tumpuan penuh media dan masyarakat negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menyatakan proses pengundian untuk Timbalan Presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat bermula jam 4 petang dan dijangka selesai pada 7 petang ini.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian beliau menyatakan pengundian bagi AJK Pusat PAS ditunda keesokan harinya berikutan masalah teknikal.

Seramai 1,129 perwakilan layak mengundi dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Asmuni pagi esok.

Bercakap kepada media, Asmuni Awi menjelaskan, masalah teknikal hari ini melibatkan kesilapan mencetak nama bagi jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS.

"(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon," jelasnya.

"Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati.

Katanya, proses pemilihan jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada jam 8.15 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi.

Keputusan rasmi untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan sekali, dijangka petang esok.

[VIDEO] Ust Hadi: PAS Akan Terus Jadi Rakan Aktif Pakatan Rakyat


Hadi jamin PAS akan terus jadi rakan aktif Pakatan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan PAS akan terus menjadi rakan aktif Pakatan Rakyat (PR) dan bukan penumpang semata-mata.

Ia bertujuan untuk memenuhi mesej tema "PAS adalah Rahmat Untuk Semua" yang menjadi tema muktamar PAS ke-59 ini, katanya ketika memberikan ucapan dasar dalam majlis perasmian muktamar PAS di Stadium Melawati, Shah Alam pagi ini.

"Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih maju," katanya.

Kenyataan Abdul Hadi boleh dianggap sebagai menjawab beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini khasnya oleh PAS Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya membuat sidang akhbar khas bagi mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP kononnya mereka (PAS) adalah penumpang sahaja.

Dalam ucapan di depan kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara dan lebih 5,000 pemerhati, Abdul Hadi berkata, PAS dan Pakatan Rakyat adalah pilihan majoriti rakyat negara ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan," katanya.

Katanya, kedudukan itu sedikit pun tidak melemahkan semangat untuk ahli PAS terus berjuang.

"Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan.

"Kita masih menjadi pilihan di DUN Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baharu sahaja berlalu," katanya. -TMI


Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar


Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.

Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.

Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:

Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.

Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.

Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.

Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.

Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.

Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.

Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.

Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.

Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.

Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.
-HD



Mat Sabu, Hanipa Mungkin Mengundi Dari Mahkamah


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan peguamnya yang juga ahli jawatankuasa pusat, Mohamad Hanipa Maidin tidak dapat menghadiri muktamar parti pagi ini kerana mereka perlu berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hanipa berkata, mereka mungkin terpaksa mengundi dari mahkamah sekiranya mahkamah terus tidak membenarkan penangguhan.

"Apapun, kami berdua akan berada di mahkamah pagi ini dan mungkin tidak dapat menghadiri perasmian muktamar oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana mahkamah tidak membenarkan penangguhan, malaysiakini terbitan semalam dipetik.

"Tetapi kita akan cuba untuk memohon penangguhan sekejap selepas Mat Sabu memberi keterangan di mahkamah untuk memudahkan kita mengundi di sebelah petang. Jika ini tidak dibenarkan, kami berharap pihak parti akan membenarkan kami mengundi dari mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang semalam.

Ini berikutan saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.

Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap timbalan pengerusi SPR itu.

Wan Ahmad telah memberi keterangan dalam perbicaraan semalam dan mengikut Hanipa, Mat Sabu akan memberi keterangan sebagai defendan pertama dalam saman itu hari ini.

Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, mereka telah memohon untuk penangguhan bagi menghadiri muktamar itu kerana ia diadakan setiap dua tahun sekali tetapi Hafarizam bertegas membantahnya, menyebabkan mereka perlu hadir di mahkamah.

[VIDEO] Keputusan Penuh Pemilihan Pemuda & Muslimat PAS Pusat 2013-2015


Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru selepas meraih undi tertinggi iaitu sebanyak 320, mengalahkan rakan-rakan pencabarnya Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Shariff.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman mengekori rapat di belakang dengan mendapat 307 undi manakala peguam Zulhazmi hanya berjaya 7 undi.

Keputusan telah dikeluarkan pada 9:50 malam tadi. Pengundian bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 4:15 petang. Seramai 638 perwakilan dari 162 kawasan telah membuang undi bagi pemilihan Pemuda PAS.

Mantan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi tidak mempertahankan jawatan kerana beliau telah mencapai usia 43 tahun ini.

Nasrudin berkata beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda untuk memberi laluan kepada calon-calon yang baru. Walau bagaimanapun, beliau akan bertanding untuk salah satu kerusi jawatankuasa PAS Pusat.

Untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi Awang menewaskan mantan naib ketua pemuda Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss Raja Yaacob.

Mohd Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS Marang dan juga merupakan anak presiden parti Abdul Hadi Awang.

Mohd Khalil mendapat 355 undi lebih suara 282 Raja Ahmad.

Mantan Timbalan Ketua Pemuda, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz tidak mempertahankan jawatannya.

Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi - yang bertanding bagi kerusi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum lepas tetapi tewas kepada Johari Ghani - telah dikalahkan oleh pesaingnya Khairil Nizam Khirudin untuk kerusi Naib Ketua.

Khairil mencapai 411 undi manakala Zamri mendapat 226 undi.

Lain-lain calon dipilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS Pusat untuk 2013-2015 istilah ialah:

Syed Abdul Kadir Al-Jofree (433)
Afnan Hamimi Taib Azamuddin (433)
Ahmad Fadhli Shaari (417)
Mohd Shahir Sulaiman (415)
Abang Ahmad Kerdee (404)
Zaharudin Muhammad (379)
Ahmad Yahya (377)
Mohd Faizol Salleh (371)
Mohd Fadhli Ghani (359)
Mohd Zawawi Abu Hassan (358)
Nurul Islam Mohd Yusof (355)
Mohd Sany Hamzan (340)


Berikut pula ialah senarai keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2013-2015

PENGERUSI TETAP
Norhashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Nor Azlin Md Samsudin

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Siti Zailah Muhd Yusoff

TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Dr. Siti Mariah Mahmud

NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Mumtaz Md. Nawi

AHLI JAWATANKUASA KERJA DMPP

Aida Yusof Rawa
Aiman Athirah
Dr. Asiah Ali
Dr. halimah Ali
Khairiah Mohammad
Normala Sudirman
Wan Ubaidah Wan Omar
Mastura Mohammad
Siti Aisyah Ghazali
Azizah Khatib Mat
Wan Hasrina Wan Hassan
Kartini Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA - Menang tanpa bertanding

Basmatul ‘Uyun Yusoff
Siti Fathiah Daud